Alhamdulillah, Majlis Iftar Ramadhan FKM 2013 sempurna dilaksanakan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan salah satu program besar yang di anjurkan oleh KeSURI. Program ini dibuat di Masjid Saidina Abu Bakar adalah bertepatan dengan program mengimarahkan masjid yang dilancarkan oleh Pusat Islam.
Memang diakui melaksanakan satu-satu program di dalam bulan puasa amat memenatkan, namun ianya amat berbaloi dan semoga diberkati Allah SWT.
Pak Mail merupakan warga FKM pertama yang tiba dan beliau telah memulakan proses menumis bahan untuk memasak bubur lambuk dengan bantuan beberapa staf Pusat Islam. Manakala staf wanita sedang sibuk dengan aktiviti rewang. Admin tiba agak lewat dari masa yang ditetapkan iaitu jam 9.00 pagi disebabkan menyelesaikan beberapa kerja.
|
Kesungguhan Otai |
|
Antara bahan Bubur lambuk |
|
Aktiviti Rewang |
Lebih kurang jam 10.30 ketibaan staf lelaki untuk mambantu mengacau bubur tersebut, kelewatan mereka mungkin disebabkan faktor kerja yang perlu diselesaikan. Dengan kehadiran staf tersebut suasana menjadi meriah dengan gurau senda dan gelak tawa yang memupukkan semangat ukhwah di kalangan warga FKM, lebih-lebih dengan kehadiran Ketua Jabatan (KJ), Timbalan Dekan (TD) dan Dekan sendiri yang bersama-sama dengan yang lain sehingga ke proses akhir iaitu basuh dan kemas.
|
Abang Mie dan antara staf wanita yang turut mengambil
kesempatan untuk mengacau bubur lambuk |
|
Pembersihan daging kisar |
|
Rehat kejap |
|
Ni Baru betul tekniknya... |
|
Bersama TDA |
|
Antara kerja orang perempuan. hi hi hi |
|
Pelan-pelan kayuh |
|
Tengah Demam |
|
KJ Anas |
|
Tunjuk muka |
Walaupun bubur lambuk FKM ini tidak sesedap bubur lambuk Kg. Baru, namun kami amat berpuas hati dengan hasil yang diperolehi dengan sedikit bantuan dari Pegawai Pusat Islam, UTeM.
|
Mengemas |
|
Ceduk untuk Iftar malam nanti |
|
Posing sikit.... |
|
Bungkus |
|
berlajau untuk persiapan kahwin nanti |
|
Membasuh bersama Dekan |
Dalam kesibukkan membersihkan peralatan memasak bubur lambuk ini beberapa staf mengambil kesempatan untuk membayar zakat Fitrah kepada pegawai yang dilantik. Untuk makluman semua, jumlah zakat yang ditetapkan oleh Pusat Zakat Melaka adalah RM6.50 seorang.
|
Lafaz akad |
Proses ini selesai kurang lebih jam 1 petang diikuti dengan pengagihan bubur lambuk kepada staf yang datang untuk mengambil bubur tersebut.
Sebahagian dari kami pulang ke rumah dan sebahagian lagi sempat menunaikan solat Zuhur di Masjid tersebut sebelum berangkat ke pejabat,
|
Bergambar bersama bubur lambuk |
Selain bubur lambuk, peserta Iftar Ramadhan FKM 2013 turut dijamu dengan Nasi Beryani. Program iftar ini berakhir pada jam 10.30 malam setelah selesai terawih. berjemaah.
Catat Ulasan