Tahniah diucapkan kepada Nurdiyana binti Samsudin (juruteknik) di atas kelahiran cahayamata perempuan pada 31 Januari 2013.

 

Ramai pasangan melakukan kesilapan kerana hanya berdoa meminta dikurniakan anak, tetapi tidak ramai yang meminta dikurniakan anak soleh.

Setiap pasangan perlu sentiasa berdoa supaya dikurniakan anak yang soleh. Jesteru pendidikan awal daripada ibu bapa kepada anak amat penting dalam menentukan baik buruk hala tuju  anak-anak.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud " Setiap anak dilahirkan seperti kain putih, ibu bapanya yang mencorakkannya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau majusi."

Tidak cukup ibu bapa hanya berbangga  sekiranya anak mereka mampu memperoleh keputusan terbaik dalam peperiksaan kerana yang lebih penting daripada itu ialah mereka turut melakar kecemerlangan kerana menjiwai watak anak soleh.