Semalam telah berlangsungnya Majlis Makan Malam Formula varsity 2012 bertempat di Kefeteria Kampus Industri, UTeM. Majlis ini berbentuk santai bagi memberikan kelainan walaupun beberapa VIP dijemput bagi memeriahkan lagi Majlis. 

Antara VIP yang hadir ialah :
  1. Y.Bhg. Datuk Prof Madya Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
  2. Y.Bhg. Ir. Dr. Mohamad Nor bin Berhan
  3. Encik Mahamad Rizal bin Maktob
  4. Encik Hassan bin Che Ku Hindong
  5. Encik Che Ku Hasrin b in Hassan
 
 
 

Majlis semalam bertujuan meraikan pelajar yang menjadi AJK pelaksana Kejohanan Formula Varsity UTeM 2012 berikutan ramai dikalangan pelajar akan menamatkan pengajian mereka pada semester ini. Di dalam majlis ini sjiil penghargaan turut diberikan kepada AJK dan kepada semua pelajar yang terlibat.


Majlis bermula dengan bacaan doa oleh Encik Fadhli Syahrial diikuti dengan ucapan ringkas dari pengarah program iaitu Dr. Musthafah bin Mohd Tahir. Di dalam ucapan beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan salah satu program yang besar yang dianjurkan oleh FKM. Kemudian hadirin dijamu dengan tayangan Montaj.

Selesai tayangan montaj, serahan sijil penghargaan kepada peserta oleh Y.Bhg. Datuk Prof Madya Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah dan serahan cenderamata kepada jemputan VIP. Selesai serahan sijil penghargaan hadirin dijamu dengan Nasi Arab dengan iringan Video sewaktu 3 hari Kejohanan Formula Varsity 2012 bermula persiapan kenderaan, ujian bebas, dan perlumbaan . Majlis Berakhir jam 10.30 malam.