Setiap orang mempunyai citarasa tersendiri dalam memilih warna kereta sama ada terang atau cukup selesa dengan warna asal sahaja. Warna kereta yang dipilih oleh seseorang dapat mengambarkan peribadi si pemiliknya. Berikut dikongsikan beberapa warna kenderaan bersama ciri-ciri personaliti pemiliknya.
 
 

 

 Perak/ Silver
 
Warna ini membuatkan kereta itu nampak 'mahal' dan baru. Warna ini merupakan warna asas kapal terbang, roket, kapal atau peluru. Pemilik kereta bewarna ini adalah seorang yang pantas bertindak dan membuat keputusan. Tidak suka meremehkan atau menangguhklan sesuatu pekerjaan. Sekiranya sesuatu pekerjaan boleh diselesaikan segera maka lebih elok diselesaikan segera. Sebaik masalah dikenalpasti, mereka akan bertindak untuk menyelesaikandan tindakan itu banyak menyelamatkan keadaan daripada menjadi bertambah buruk. Tidak ada satu perkarapun yang bleh menghalang mereka daripada melakukan apa yang mereka inginkan dan ini ada juga ada keburukannya kerana mereka bertindak mengikut kata hati. Namun begitu, sikap mereka yang sensitif lebih membuatkan teman-teman pening kepala.
 
 
 
 
Putih
 
Pemilik kenderaan ini dikatakan seorang yang gemarkan kedamaian hidup dan inginkan kehidupannya sentiasa tenang dan tenmteram. Mereka ini juga cepat berpuas hatidengan kehidupanmereka sekarang. Selain itu, sudah pastinya mereka ini seorang yang pembersih. Orangnya juga lebih tenang dalam menangani sebarang masalah. Kelemahan meraka pula ialah suka bersikap acuh tak acuh dan memandang remah tentang sesuatu perkara.
 
 
Hitam
 
Hitam kelihatan eksklusif dan penuh misteri. Hitam juga  melambangkan kuasa, prestij dan kesenangan hidup. Pemilik kenderaan ini sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan diri mereka serta keluarga. Selain itu, merekatidak mudah berputus asa kerana mereka akan mencuba hingga mencapai apa yang dihajati. Tapi sikap panas baran sering membuatkan teman-teman makan hati, Namun begitu, sikap mereka yang terlalu mementingkan persahabatan membuatkan mereka disenangi ramai.
 
 
Merah
 
Mereka yang memilih warna in dikatakan dikuasai oleh emosi dari segi perasaan. Mereka lebih gemar bertindak mengikut kata hati dan naluri sahaja. biarpun begitu, kebanyakkan keputusan yang diambil itu tepat seperti yang diduga. Mereka jiga mempunyai kelebihan untuk meneka dan "mambaca" perasaan orang lain walaupun tidak dinyatakan secara terang-terangan. Sebab itu juga, mereka ini sering menjadi teman mengadu hal kerana mereka lebih memahami.
 
 
Biru
 
Warna ini dikaitkan dengan sikap romantis, selain itu, ia turut melambangkan sikap optimistik dan yakin boleh. Mereka maintain cool walau apapun keadaan dan susah nak "naik darah". Mereka ini juga gemar membuatkan orang lain rasa gembira ketika bersama mereka. Mereka juga suka buat lawak.
 

Hijau

Warna ini sering dikaitkan dengan duit. Biarpun begitu, mereka juga dikatakan seorang yang pemurahdan tidak lokek dalam soal duit serta baik hati.Pemilik kenderaan ini sanggup bekorban masa dan wang ringgit demi menolong mereka yang memerlukan bantuan mereka. Sebenarnya mereka ini suka jika dapat membantu orang lain hidup gembira. Prinsip mereka, lebih mulia jika menolong orang lain tanpa mengharapkan balasan. Itu semua antara faktor yang membuatkanmereka popular dikalangan teman-teman. Cuma kadang  kala sikap mereka inisukar untuk dibaca dan lebih senang berahsia soal peribadi dirinya.

 
Kuning
 
Pemilihan warna ini tampak menonjol. Mungkin sesuai dengan pemiliknya yang gemar dirinya menjadi perhatian orang lain. Selain itu, mereka juga seorang yang bersemangat di dalam hidup. Biarpun begitu, hidup mereka sering dilanda kesunyian. Mungkin kerana sikap mereka sendiri yang sukar untuk didampingi. Mereka nak orang lain yang menghulurkan persahabatan dulu.