Biro Sukan KeSURI akan mengadakan Kejohanan Badminton Tertutup KeSURI 2013 pada ketetapan berikut :
 
Tarikh : 16 Februari 2013 (Sabtu)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Pusat Sukan UTeM

Tujuan kejohanan ini adalah bagi memupuk jalinan kekeluargaan disamping mengeratkan silaturahim dikalangan staf dan keluarga dalam aktiviti riadah. Kejohanan ini adalah terbuka kepada seluruh warga FKM yang berminat dan pasangannya (suami/isteri) di dalam acara yang dipertandingkan.
 
Piala Pusingan

beregu Lelaki

2010 - Zul Ishak + Izwan
2011 - Johardi + Edy
2013 -?


Beregu Campuran

2010 - Azhar + Isteri
2011 - Firdaus + Isteri
2013 - ?
Kejohanan ini menawarkan piala pusingan dan piala kejuaraan sehingga tempat keempat. 2 katogori yang akan dipertandingkan iaitu Beregu Lelaki dan Beregu Campuran dan mungkin akan mewujudkan Beregu Wanita sekiranya terdapat lebih dari 6 beregu yang berdaftar. Yuran penyertaan yang dikenakan adalah RM10 bagi setiap pemain dan tiada yuran tambahan dikenakan sekiranya pemain tersebut menyartai kedua-dua katogori.
 
Pasangan beregu lelaki adalah melalui hasil cabutan undi oleh AJK penganjuran manakala pasangan beregu campuran adalah pilihan sendiri.
 
Untuk mendaftar sila hubungi penama dibawah :
  1. Encik Azhar bin Ab Aziz
  2. Encik Hairul Nezam bin Wahid
  3. Encik Aiza Azwadi bin Abdul Wahab
  4. Puan Nor Faizah binti Haminudin
Tarikh akhir untuk pendaftaran adalah pada atau sebelum 4 Februari 2013.