Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Yuszrin bin Yacob (Juruteknik) di atas kelahiran bayi lelaki pada 20 November 2012.

Antara sunnah yang perlu diamalkan terhadap bayi ialah 'tahnik', iaitu menggosok langit-langit bayi dengan kurma.

Caranya : Kurma yang dikunyah diletakkan di atas jari, kemudian memasukkan jari berkenaan ke dalam mulut bayi. Gerak-geraknya ke kanan dan ke kiri dengan lembut hingga merata.

Jika sukar untuk memperoleh kurma, boleh diganti dengan manisan lain.

Dan yang lebih utama, "tahnik" ini hendaklah dilakukan oleh seorang yang mempunyai sifat taqwa dan soleh. Ini adalah sebagai suatu penghormatan dan harapan agar anak ini juga akan menjadi seorang yang bertaqwa dan soleh.

Hadis Rasulullah SAW dari abu Burdah, dari Abu Musa RA, katanya :"Aku telah dikurniakan seorang anak. lalu aku membawanya kepada Nabi SAW dan baginda menamakannya dengan Ibrahim, men'tahnik' nya dengan kurma serta mendoakannya dengan keberkatan. Kemudian Baginda SAW menyerahkannya kembali kepadaku." (HR Bukhari & Muslim)