Tahniah diucapkan kepada Puan Bahirah binti Johal [Pembantu Tadbir (Pengkeranian & operasi) Kanan] yang telah memperolehi cahayamata lelaki pada 14 Ogos 2012.




Hadis Rasulullah SAW tentang penyakit 'ain:

 "Amir bin Rabi'ah pernah melewati Salh bin Hunaif yang sedang mandi, lalu ia berkata,  "Aku tidak pernah melihat seperti hari ini dan aku tak pernah melihat kulit seperti kulit wanita yang dipingit".

Tidak berapa lama, Sahl terjatuh. Kemudian dia didatangkan ke hadapan Nabi.

Orang -orang pun mengatakan kepada beliau, "(Wahai Rasullullah), segera selamatkan Sahl, ia telah terbaring ".

Rasulullah bertanya, "Siapa yang kalian tuduh dalam hal ini?".

Mereka menjawab, "Amir bin Rabi'ah".

Rasulullah SAW pun berkata.  " Atas dasar apa salah seorang di antara kalian hendak membunuh saudaranya? Apabila seseorang melihat sesuatu yang menakjubkan dari diri saudaranya, hendaklah ia mendoakan kebaikan kepadanya". Kemudian Baginda meminta air dan memerintahkan Amir untuk berwuduk.

Maka Amir pun membasuh wajahnya, kedua tangan hingga kesiku, kedua kaki hingga lututnya, serta bahagian dalam sarungnya. Lalu Rasulullah memerinmtahkan untuk menuang air itu pada Sahl. (HR Ibnu Majah)

Ain adalah pandangan mata. Berdasarkan Hadis yang disebut di atas, ternyata benar adanya pengaruh daripada pandangan mata. Sama ada seseorang itu memandang dengan hasad dengki dalam hatinya, ataupun sekadar takjub, ia boleh membahayakan.