Sukan Antara Jabatan 2012 akan berlangsung sekitar bulan Februari hingga Mei 2012. Sehubungan dengan itu, kepada seluruh warga FKM yang berminat mewakili fakulti, boleh berbuat demikian dengan memberi nama kepada pengurus pasukan yang dilantik (rujuk lampiran).


Pada temasya kali ini, terdapat dua acara sukan baru akan dipertandingkan iaitu Catur campuran dan Tarik tali .Sesi pemilihan dan saringan akan dijalankan oleh pengurus pasukan yang dilantik bagi mendapatkan skuad yang mantap dan terbaik.


Penyertaan staf-staf baru amat digalakkan untuk turut serta bagi memberikan cabaran baru pada skuad senior FKM dan cabaran getir buat pasukan lawan.


FKM optimis untuk membawa sekurang - kurangnya 2 kejuaran daripada 19 permainan yang dipertandingkan


Bagi memudahkan perancangan rakan sekalian, berikut saya maklumkan tarikh dan lokasi bagi setiap pertandingan :


Bola Sepak
Tarikh : 20 Feb - 23 April 2012
Lokasi : Stadium UTem / Padang A


Kejohanan Olahraga Tahunan
Tarikh : 25 Mac 2012
Lokasi : Stadium UTem


Tarik Tali Lelaki
Tarikh : 25 Mac 2012
Lokasi : Stadium UTem


Bola jaring
Tarikh : 31 Mac 2012
Lokasi : Dewan Sukan, UTeM


Dart Terbuka
Tarikh : 31 Mac 2012
Lokasi : Dewan Cubic, Kampus Industri

Tennis Campuran
Tarikh : 31 Mac - 1April 2012
Lokasi : Court Tennis UTem


Tenpin Bowling ( Lelaki & Wanita )
Tarikh : 1 April 2012
Lokasi : MIBC, Ayer Keroh


Badminton Campuran
Tarikh : 20 - 22 April 2012
Lokasi : Dewan Sukan


Futsal Lelaki
Tarikh : 21 April 2012
Lokasi : Sports Planet Cheng


Karom Campuran
Tarikh : 21 April 2012
Lokasi : Dewan Cubic, Kampus Industri


Boling Padang Campuran
Tarikh : 21 - 22 April 2012
Lokasi : Kompleks Hang Jebat


Catur Campuran
Tarikh : 5 Mei 2012
Lokasi : Dewan PPS


Bola Tampar ( Lelaki & Wanita )
Tarikh : 5 - 6 Mei 2012
Lokasi : Dewan KBS


Sepak Takraw Berpasukan
Tarikh : 5 - 6 Mei 2012
Lokasi : Dewan Sukan


Ping Pong Campuran
Tarikh : 5 Mei 2012
Lokasi : Dewan Sukan


Adalah diharap pada SAJ kali ini dapat memberikan kejayaan dan kebaikan kepada kita semua.


Wassalam


"Bersama merapatkan ukhuwah melalui bersukan"