Hujung minggu ini, 19 Mei 2012 & 20 Mei 2012 akan berlangsung satu lagi kejohanan SAJ 2012 iaitu Acara Bola Tampar Lelaki dan Perempuan. Mampukan Pasukan Bola Tampar lelaki untuk menggalas sasaran untuk memenangi Emas? Sama-sama kita nantikan…
Sejarah pernah berlaku, di mana pada tahun 2010 di bawah pengurusan Encik Mohd Rizal bin Roosli Pasukan Bola Tampar Lelaki telah menjuarai kejohanan ini. Dengan berbekalkan keazaman dan semangat juang, kita Mampu lakukan! Apa yang paling penting adalah semangat kesukanan dan semangat berpasukan perlu ditanam dalam diri. Elakkan emosi, kerana setiap anggota pasukan akan berikan yang terbaik dan membuktikan bahawa mereka juga berhak ke atas setiap kutipan mata yang akan membuatkan pasukan Bola Tampar Lelaki FKM menjadi juara.
Bukan sahaja pasukan lelaki yang perlu diberi penekanan, pasukan wanita tidak kurang hebatnya. Dengan pengorbanan yang telah mereka berikan seharusnya kita perlu berbangga dengan pencapaian mereka. Adakah kita tahu, susah payah dan pahit maung yang perlu mereka hadapi? Mereka  terpaksa menahan atau membuangkan seketika sifat feminin yang ada dalam diri semata-mata mahu turut berjuang bagi menaikkan mana FKM dalam persada sukan UTeM.
FKM Boleh!
Chaiyok...Chaiyok...
"Bersama merapatkan ukhuwah melalui bersukan"