Bersabda Rasulullah S.A.W. maksudnya "Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanKu & Ramadhan adalah bulan umatku.” Rejab ertinya MULIA dimana berlaku nya Peristiwa ISRA’ & MIKRAJ. Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata mata kerana mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. maksudnya,                                                                        

      I.        Sesiapa yang berpuasa sehari maka akan mendapat keredaan Allah

    II.        Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah

   III.        Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka akan dijauhkan oleh Allah dari dugaan dunia, diselamatkan dari penyakit merbahaya,dibina benteng penghalang dari api neraka di akhirat kelak & dari fitnah dajjal

  IV.        Sesiapa yang berpuasa 4 hari maka akan dijauhkan oleh Allah dari bala bencana

   V.        Sesiapa yang berpuasa 5 hari maka akan dihindarkan oleh Allah dari seksaan kubur

  VI.        Sesiapa yang berpuasa 6 hari maka akan dikeluarkan oleh Allah dari kubur dengan muka bercahaya

 VII.        Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahanam

VIII.        Sesiapa yang bepuasa 8 hari maka akan dibukakan oleh Allah 8 pintu syurga baginya

  IX.        Sesiapa yang berpuasa 9 hari maka Allah tidak akan menolaknya dari masuk syurga

   X.        Sesiapa yang bepuasa 10 hari maka Allah akan memperkenankan semua permintaan, hajatnya & diberikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di Titian Siratal Mustaqim

  XI.        Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lalu disamping akan digantikan segala amal kejahatannya dengan amal kebaikan

 XII.        Sesiapa yang bepuasa lebih dari 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalnya dengan berlipat kali ganda lagi

XIII.        Orang yang berpuasa dalam bulan ini di syurga kelak akan diberi minum dari air sungai yang bernama Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan & lebih dingin dari salji

XIV.        Dalam bulan yang lain setiap amalan kebaikan akan membalas dengan 10 kebajikan tetapi dalam Rejab Allah akan membalas setiap amalan kebaikan dengan 70 kebajikan                   

Digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan doa, zikir, bertasbih, istighfar, selawat serta mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan ini seperti Isra’ dan Mikraj.

Melaksanakan Solat Sunat Rejab iaitu Solat sunat Awal Rejab ( 1 Rejab ) , Malam Pertengahan ( 15 Rejab ) dan Malam Akhir ( 30 Rejab ).

Solat – sunat lain seperti Taubat, Hajat, Tahajjud dan lain-lain. Semoga segala amalan yang dilakukan diterima dan mendapat keberkatan didunia dan diakhirat kelak. INSYAALLAH