Aku berasa amat seronok bekerja disini dan berasa sedih untuk meninggalkan kalian semua kerana terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang diperolehi sepanjang bertugas disini. In Shaa Allah ilmu yang diperolehi selama aku berada disini akan dimanfaatkan sepanjang aku berkhidmat dan berharap ianya akan membuatkan aku lebih kuat dan tabah dalam mengharungi hari yang mendatang.
Aku yakin dan percaya bahawa dengan ketiadaan aku, kalian tidak akan terjejas malah akan terus maju seiring dengan kehendak university dengan adanya staf yang berkualiti dan komitmen yang tinggi terutama rakan sekerja.
Aku juga berharap agar blog ini akan sentiasa aktif kerana banyak maklumat dan peristiwa yang dapat dikongsikan kepada semua terutama anggota KeSURI itu sendiri.
Sekali lagi terima kasih kepada semua dan aku amat menghargai segala ilmu dan pengalaman yang dicurahkan kepada aku yang masih sedasng belajar dalam melaksanakan segala tugasan sepanjang aku disini.
Akhir kata, aku memohon ampun dan maaf di atas segala kekhilafan dan kesilapan sepanjang aku menjalankan tugas kerana selaku seorang menusia aku tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan. dan aku masih berusaha untuk memperbaiki diri. menjadi insan yang bersyukur.
Label: Lain-Lain
Catat Ulasan