Tahniah diucapkan kepada Encik Mohamad Shukri bin Zakaria (Pensyarah) di atas kelahiran bayi lelaki pada 29 Ogos 2013 yang lalu.

 
Konsisten bererti kita mempunyai peraturan yang standard yang diketahui dengan jelas oleh anak-anak. Peraturan itu tetap dikenakan walau apa keadaan sekali pun kecuali dalam keadaan darurat (misalnya keadaan yang bersangkut paut dengan keselamatan dan kesihatan anak). Sikap konsisten ibu bapa menjadi sumber kekuatan bagi anak-anak untuk melatih diri mereka sendiri supaya menjadi seorang yang berdisiplin.

Intergriti ibu bapa iaitu contoh dan keteladanan kita yang dapat diperhatikan oleh anak-anak. Misalnya, jika menurut peraturan yang dibuat dan diketahui serta difahami bersama bahawa sampah mesti dibuang ke dalam tong sampah, maka kita sebagai ibu bapa terlebih dahulu mengawal tangan-tangan kita dari mencampakkan sampah merata-rata. Ibu bapa tidak wajar menjadi ' seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul'.

fb/ibubapacemerlang