Ketupat nasi ketupat palas,
Masakan timur dan juga barat,
Maaf dihati mohonnya ikhlas,
Salah ditegur maaf beradat,
Ketupat Rendang kuih bahulu,
Enak dimakan bersama keluarga,
Wahai teman wahai saudaraku,
Mari bermaafan di hari raya,
Di akui dalam mengharungi kehidupan seharian pelbagai masalah datang menduga, selaku manusia yang serba kekurangan ada kalanya tidak mampu untuk mengawal kemarahan, riak dan takbur, mengungkit dan sebagainya. Justeru itu besempena kehadiran bulan yang mulia ini bersamalah kita bermaafan dengan penuh keikhlasan.
Kata Al-Ghazali : "Yang jauh itu WAKTU, yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH, yang mudah itu BERBUAT DOSA, yang panjang itu AMAL SOLEH, dan Yang indah itu SALING MEMAAFKAN."
Kepada mereka yang pulang ke kampung, kami doakan perjalanan anda selamat sampai ke destinasi dan semoga ianya diberkati Allah SWT.
Rancang perjalanan dan dapatkan rehat yang secukupnya bagi menjamin perjalanan yang selamat, yang selebihnya kita serahkan kepada Yang Maha ESa.
Buat Boss yang dihormati |
Disempatan ini kami selaku AJK KeSURI mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh warga FKM. Sepuluh jari disusun memohon ampun dan maaf di atas segala kekhilafan dan kekurangan diri dalam mentadbir urus kelab juga segala aktiviti harian.
Di akui dalam mengharungi kehidupan seharian pelbagai masalah datang menduga, selaku manusia yang serba kekurangan ada kalanya tidak mampu untuk mengawal kemarahan, riak dan takbur, mengungkit dan sebagainya. Justeru itu besempena kehadiran bulan yang mulia ini bersamalah kita bermaafan dengan penuh keikhlasan.
Ikhlas dari lubuk hati |
He he he |
Rancang perjalanan dan dapatkan rehat yang secukupnya bagi menjamin perjalanan yang selamat, yang selebihnya kita serahkan kepada Yang Maha ESa.
Label: Lain-Lain
Catat Ulasan