Tahniah diucapkan kepada Dr. Rainah binti Ismail di atas kelahiran bayi perempuan pada 31 Julai 2013.

Didiklah anak-anak perempuan kita untuk menjadi :



1. Dai'eyah (داعية)

Berusaha untuk menghidupkan dakwan Nabi SAW, dengan tujuan untuk memperbaiki diri kepada iman yang sahih, dan amal yang mengikut sunnah Rasulullah SAW. Dan dalam masa yang sama, menggalakkan suami & mahramnya untuk memeperbaiki diri mereka juga dengan membuat pengorbanan diri, harta dan masanya untuk berjumpa umat di serata alam.

2. A'limah (عالمة)

Fasih dalam ilmu pengetahuan agama, mengetahui selok belok ilmu masaiel (hukum hakam agama) dan fadhaiel (kelebihan amalan agama), dan berusaha untuk menghidupkan majlis taa'lim di dalam rumahtangganya dan untuk wanita & anak-anak di kawasan kejiranannya.

3. A'bidah (عابدة)

Melapangkan masa hariannya untuk beribadah kepada Allah dengan mengam,alkan zikir, doa dan memperbanyakkan bacaan Al-Qur'an. Dan yang paling penting ialah dia menjaga solat di awal waktu, memperbanyakkan solat sunat (terutama tahajjud) dan menggalakkan mahramnya untuk solat berjemaah di masjid.

4. Khodimah (خادمة)

Mahir dan suka berkhidmat untuk suami, anak-anak, ibubapa, keluarga dan masyarakat. pandai memasak, menjahit, mengemas rumah, mengurus anak-anak dan lain-lain. Sifat ini akan mendekatkankan seseorang dengan Allah serta menjadikan anak kita lebih tawaddhu dan taat.


5. Murobbiyah (مربية)

Menjadi pendidik buat anak-anaknya, kerana sekolah yang pertama buat anak-anak ialah ibunya. Mendidik anak-anaknya mengikut sunnah, dan menjadikan Rasulullah SAW dan sahabat RA sebagai idola kejayaan mereka kerana matlamat kejayaan yang dikehendaki olehnya adalah matlamat kejayaan disisi Allah iaitu taat perintah Allah mengikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.

Semoga Allah SWT kurniakan kepada kita taufiq dan hidayat untuk mengamalkannya dan menyam,paikan kepada orang lain. In Shaa Allah. Amin

anakkusoleh