Tahniah duiucapkan kepada Encik Razmi bin A. Razak (Juruteknik Kanan) di atas kelahiran bayi lelaki pada 18 Ogos 2013.
Melaksanakan tanggungjawab membesar dan mendidik anak-anak bukan sesuatu yang mudah, pada hari ini kita terpaksa mebesarkan anak dizaman yang terlalu rosak persekitarannya.
Sehubungan itu dikongsikan tips mempamir kasih sayang ibu bapa kepada anak sebagai maklumat dan panduan kita bersama.
Sentuhan : Sentuhan sederhana pada kepala, bahu atau belakang ketika bercakap dengan mereka. Kadang kala, sifat ego ibubapa menghalang sentuhan di dalam sesetengah keadaan khususnya terhadap anak remaja, sedangkan kesan sentuhan terhadap anak remaja adalah lebih ketara berbanding kanak-kanak yang lebih muda usianya.
Berbual : Berbual dengan mereka mengenai perkara yang mereka minati. Luangkan sedikit masa anda bersama untuk berbual mengenai kecenderungan dan minat mereka. Tawarkan bantuan dan tunjukkan sokongan sekiranya minat dan kecenderungan mereka tersebut merupakan sesuatu yang memberi manfaat buat mereka serta tidak bercanggah dengan ajaran agama.
Ungkapan : Zahirkan kasih saying melalui ungkapan. Anda boleh beritahu mereka bahawa anda mengasihi mereka. Mungkin juga sebuah ungkapan berbunyi - "Umi saying pada Farid, Farid sayang umi tak?" Ungkapan seperti ini mesti disesuaikan dengan situasi yang tenang dan jauh daripada kebisingan supaya memberi kesan yang lebih baik.
Mendengar : Luangkan masa mendengar dengan aktif (mencerap) - Sifat ini sukardipraktikkan bagi ibubapa yang terlalu sibuk. Lima minit yang anda luangkan untuk mencerap terhadap keluhan, cerita dan bisikan daripada anak-anak akan memberikan makna dan kesan yang sangat baik untuk jangka masa panjang.
Menatap wajah : Melihat wajah anak ketika bercakap. Merenung mata dan wajah anak dengan penuh kasih sayang ketika bercakap akan memberikan kesan emosi yang dalam. Perhatian mereka terhada[p percakapan ibubapa juga meningkat dengan merenung wajah mereka ketika bercakap malah walaupun percakapan berbentuk memberi arahan. Malangnya, ada ibubapa terlalu sibuk sehinggakan bercakap dengan anak tetapi muka menghadap computer atau menoleh ke tempat lain.
Sedangkan Rasulullah SAW mengajar kita supaya menghadap badan kepada seseorang ketika bercakap dengannya, bukan sekadar menolehkan muka kita kepadanya.
Berkongsi perasaan : Tidak salah kita berkongsi perasaan dengan anak-anak asalkan bersesuaian dengan tahap mereka. Walaubagaimanapun pastikan supaya perkongsian tersebut berunsur peerkara-perkara positif yang mana dapat meningkatkan tahap kualiti emosi mereka. Ibubapa yang bijak melayan peresaan anak-anak akan Berjaya menawan hati mereka lantaran meningkatkan kecenderungan untuk sentiasa berkongsi masalah yang dihadapi oleh mereka dengan ibubapa.
Suapkan makanan : Katika anak masih kecil, sememangnya ibubapa akan suapkan makanan dan merupakan aktiviti yang seronok. Cubalah suapkan makanan ke mulut anak sekali sekala walaupun mereka sudah remaja. Ramai pakar menyarankan supaya ibubapa dapat makan bersama anak-anak sekurang-kurangnya sekali dalam sehari.
Beri pujian : Beri pujian sekiranya mereka memperolehi sesuatu pencapaian walaupun sekecil-kecil alas an. Pujian merupan penghargaan. Penghargaan yang diberi melambangkan sebahagian kasih sayang. buktinya, orang yang tidak menyayangi kita tidak akan memuji kita dengan ikhlas.
iluvislam

Label: Berita Kelahiran
Catat Ulasan