Sukan Antara jabatan (SAJ) merupakan aktiviti sukan tahunan yang diadakan pada setiap tahun. Selain beriadah, ianya juga merupakan pencarian bakat dikalangan warga UTeM dalam bidang sukan bagi mewakili UTeM untuk kejohanan sukan seperti SUKUM, Badan-badan Berkanun dan MTUN (Sukan antara unuversiti MTUN).

SAJ tahun ini, Ketua Biro Sukan KeSURI telah mensasarkan untuk meningkatkan pencapaian sukan berbanding tahun lepas. Banyak muka-muka baru diketengahkan bagi persiapan SAJ2013 seperti Bola Sepak, Bowling, Balapan dan juga sukan-sukan lain.

Beberapa acara telah berlangsung bagi kejohanan SAJ2013. Berikut adalah keputusan acara tersebut :

Dart Campuran


Pasukan dart campuran berjaya mengekalkan kejuaraan bagi 2 tahun berturut-turut. Dengan latihan yang padat serta komitmen pemain. Ucapan tahniah ditujukan kepada pengurus pasukan Encik Mohd hairi bin Md Rahim yang berjaya membimbing pasukan. Tidak lupa kepada pemain-pemain yang berjaya mengekalkan kosentrasi sepanjang kejohanan berlangsung.

Tenpin Bowling


Pelbagai kategori dipertandingan dalam kejohanan tenpin bowling di SAJ2013 yang diadakan di MIBC pada 17 Mac 2013 iaitu

- Perseorangan Lelaki
- Double lalaki
- Perseorangan Wanita
- Double wanita

Biro Sukan meletakkan sasaran kepada 5 terbaik, namun pada kejohanan ini, keputusan bagi tenpin bowling ini sedikit merosot berikutan kejohanan yang dibuat begitu cepat sehinggakan pemain-pemain FKM tidak sempat membuat persediaan dan persiapan.

Keputusan bagi tenpin bowling bagi FKM adalah tempat ke-7 keseluruhan. Apa pun tahniah diucapkan kepada pemain yang bermain bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran. Tapi bukan 'luck' kita pada kali ini. Bagi kejohanan tahun hadapan kita akan pastikan pasukan tenpin bowling mempunyai daya mental yang kuat dan mempunyai skill yang tinggi bagi mendapatkan sekurang-kurangnya satu pingat.

Bola Sepak

Kejohanan Bola Sepak SAJ2013 masih lagi berlangsung namun pasukan FKM telah mencapai sasaran untuk ke suku akhir.  Gabungan muka lama dan baru telah memantapkan pasukan bola sepak FKM serta percaturan yang bijak oleh pengurus Dr. Hady Effendy. Selain itu, dengan kemasukkan bekas pemain malaysia Md Noor bin Md. Derus di dalam FKM juga merupakan faktor pasukan bola sepak berjaya mencapai sasaran yang diletakkan.

Beberapa shot sewaktu berlangsung kejohanan SAj yang melibatkan Bowling dan bola sepak.

Pingat yang ditawarkan untuk Bowling

Barisan Pemain Lelaki

Pos istimewa dari pengurus dan pemain wanita

Barisan Pemain Wanita

Peserta kejohanan

Pemain Yang turut menyumbangkan Qudrah

Gelagat Penyokong setia bola sepak FKM

Pengurus pasukan

Crew merangkap Penjaga Gol simpanan

Penyokong yang bersemangat

Jersi 14 = JDT