Baru-baru ini admin telah menerima undangan Majlis korban oleh
Pertubuhan Kebajikan Al-Muhibbin yang terletak di Taman Asean. Al-Muhibbin membawa maksud kasih sayang dan ianya merupakan satu pertubuhan kebajikan dalam mencanting kanvas kehidupan masyarakat yang terbiar agar nasib mereka terus terbela dalam meneruskan liku kehidupan yang kian mencabar. Pertubuhan ini adalah sebuah badan kebajikan yang diuruskan oleh orang persendirian.
Tujuan Pertubuhan Kebajikan Al-Muhibbin ini adalah untuk menjaga kebajikan terhadap golongan yang tidak bernasib baik seperti fakir miskin, anak-yatim dan ibu-ibu tunggal. Kehidupan golongan ini seperti "retak menanti belah" dek kerana nasib mereka terpinggir jauh daripada merasai kenikmatan hidup lantas hanyut dalam ledakan permodenan dunia.
Selain itu, Pertubuhan ini juga akan menempatkan pelajar-pelajar tahfiz yang akan menghasilkan penghafaz-penghafaz Al-Quran dan mendalami Agama.
Apabila siap kelak pertubuhan ini akan dilengkapi dengan sebuah musolla, Asrama anak yatim, rumah ibu-ibu tunggal, asrama pelajar tahfiz dan kelas-kelas pembelajaran seperti kelas agama, kelas tuition PMR, SPM, kelas bahasa arab, kelas mengaji, kelas Tahfiz dan dewan kuliah.
Namun disebabkan ianya diuruskan oleh orang persendirian, kekurangan dana adalah menjadi penghalang dalam mempercepatkan proses pembinaan bangunan. Sehubungan dengan itu, Pihak Pertubuhan Kebajikan Al-Muhibbin amat berbesar hati sekiranya ada insan-insan yang tampil untuk memberi sunbangan (dalam bentuk kewangan) kepada pertubuhan tersebut.
Untuk menyumbang, dana boleh masukkan ke dalam akauan CIMB BANK atas nama:
Pertubuhan Kebajikan Al-Muhibbin, Melaka Tengah, Melaka. (No Akaun : 0407-0000159-10-9) atau
kepada Encik Edy (FKM) bagi tujuan pengumpulan sebelum diserahkan kepada pertubuhan tersebut.
Rasulullah SAW telah bersabda :" Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang manafaat dan anak soleh yang berdoa kepadanya." (HR Muslim)
Rasulullah SAW telah bersabda :" Jangan kamu malu dengan pemberian yang sedikit kerana tidak memberi langsung lebih sedikit daripadanya."
|
Musollah yang juga menempatkan kelas tahfiz dan kuliah |
|
Ruang kelas @ kuliah |
|
peralatan pembinaan |
|
peralatan pembinaan |
|
Stor sementara, akan dirobohkan dan digantikan dengan rumah ibu-ibu tunggal |
|
Tanah tertambak merupakan tapak asrama |
|
Tapak Asrama |
Catat Ulasan