Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak. Namun disebalik kebahagiaan ini tersimpan tanggungjawab yang amat berat yang harus dipikul. Anak amat bererti kepada ibubapa, antaranya :

1. Anak sebagai rahmat Allah SWT
2. Anak sebagai amanat Allah SWT
3. Anak sebagai saham di Akhirat
4. Anak sebagai sumber kebahagiaan
5. Anak sebagai penguji keimanan


Admin mengucapkan tahniah kepada Dr Nor Salim bin Muhammad di atas kelahiran bayi perempuan pada 30 Oktober yang lalu.


TANGGUNGJAWAB BAPA TERHADAP KELAHIRAN ANAK

1. Menanam uri - Kebanyakkan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluarga tidak mengambil uri, klinik atau hospital akan mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya.

Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibubapa cuma membuangkannya tanpa memikirkan bahawa uri adalah teman rapat bayi di dalam kandungan. Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam. Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.

2. Mengazan dan mengamatkan bayi yang baru lahir - Telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan Tuhan di alan rohani.

3. Mendoakan anak - Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukan lah suatu yang dapat dipastikan kejayaannya. Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah SWT.

Antara doa-doa yang patut diamalkan ialah :

a) Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Baqarah : 128

    Yang bermaksud " Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani."

b) Doa agar diberi anak yang baik - Ali Imran : 38
   
    Yang bermaksud "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang b aik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan."

c) Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati Furqan : 74

    Yang bermaksud "Wahai Tuham kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami; perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa."

d) Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40

    Yang bermaksud " Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan Kami, perkenankanlah doa permohonanku.

e) Doa ketika memberi nama anak