Selamat Hari Raya, rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan ucapan ini kepada semua.

Kemeriahan dan keseronokan beraya di kampung halaman, berjumpa sanak saudara, rakan taulan dan saling bermaafan, pastinya memberikan pengalaman yang cukup indah. Disajikan pelbagai juadah kepada tetamu dan pastinya air tangan ibu sentiasa dinantikan setiap kali raya menjelang. Tidak kurang juga anak-anak yang sibuk mengumpul "duit raya".

Undangan rumah terbuka juga sinonim dengan sambutan hari raya. Selain dari majlis kahwin kesempatan menghadiri rumah terbuka perlu dipenuhi bagi mengeratkan silaturrahim dikalangan saudara dan teman-teman, kerana dikesempatan ini kita dapat berjumpa dengan saudara terutama saudara jauh yang mungkin anak-anak kita tidak berpeluang untuk mengenali mereka secara dekat.


Setelah bercuti hampir seminggu, pastinya agak "malas" dan berat untuk bangun pagi untuk bekerja pada hari pertama ini. Namun disebabkan tanggungjawab yang dipikul, semuanya perlu dilakukan dengan penuh keikhlasan. Lebih-lebih lagi minggu yang agak sibuk dengan urusan persediaan kemasukkan pelajar baru pada 10 September 2012.

Diselitkan beberapa gambar yang sempat diabadikan pada Hari Raya Aidilfitri 1433H.

Sekeluarga di pagi raya

Bersama ibu dan adik beradik

Raya berempat

Di kampung Halaman

Balik Kampung

Menziarahi sanak Saudara

Di pagi Raya

Mengeratkan silaturrahim