Pasti ada dikalangan kita pernah menerima saman kerana tidak memakai tali pinggan keselamatan ketika memandu. Dan ramai juga yang mempersoalkan mengapa kita diwajibkan untuk memakai tali pinggang keselamatan sedangkan polis tidak memakai dan suak-suka untuk menyaman kita.

Tapi tahukah anda bahawa terdapat peruntukan undang-undang yang membolehkan pegawai polis untuk tidak memakai tali pinggang keselamatan. Namun tidak terlepas tindakan undang-undang sekiranya menggunakan kenderaan persendirian.

Undang-undang sedia ada iaitu kaedah-kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) 1977 [P.U. (A) 327] mewajibkan setiap pemandu dan penumpang-penumpang kenderaan bermotor menggunakan tali pinggang keledar berkuat kuasa sejak 1 hb Januari 1979. Walaupun begit, pada 1978 satu seksyen peraturan kenderaan bermotor telah dikuatkuasa iaitu seksyen 7(a) keselamatan tali pinggang [P.U. (A) 378] memberikan pengecualian kepada sesiapa yang berada dalam kenderaan polis, tentera, bomba dan ambulan daripada memekai tali pinggang keledar. Pengecualian diberikan hanya kepada anggota polis kereta peronda dan dalam tugas kawalan VVIP bagi memudahkan dia orang melakukan pergerakan sekiranya berlaku kecemasan.

Cuba bayangkan jika anda seorang petrugas kereta peronda dan anda teserpak atau berdepan dengan kejadian tembak menembak atau yang memerlukan anda melakukan tindakan segera. Pasti tali pinggang ini akan menghalang tindakan pantas dan mampu menyebabkan anda berada dalam keadaan bahaya ketika situasi kelam kabut. Fikirkan. PDRM tidak membekalkan setiap anggotanya memakai senjata berat tetapi pistol yang kedudukannya berada di pinggang. Jadi tali pinggang keledar akan jadi penghalang, kerana itu diberi pengecualian.

so...