Melahirkan kembar memang menjadi idaman setiap pasangan, lebih-lebih lagi apabila melihat pasangan yang mempunyai anak kembar yang cukup comel. Tapi tahukah anda memiliki anak kembar tidak semudah yang disangka dan meletakkan kandungan anda sebagai kehamilan berisiko.

Apapun tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Irwan dan Puan Nadlene di atas kelahiran cahaya mata kembar sepasang pada 10 Julai 2012.


Fakta Kelahiran Kembar



  • Kembar seiras berasal dari 1 telur yang bersenyawa dengan 1 sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan rupa yang sama. Manakala kembar tidak seiras pula berasal dari telur-telur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.


  • Ubat kesuburan menambahkan risiko mendapat anak kembar, Clomid memberikan 10% risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30%. Kandungan kembar kembar mempunyai lebih risiko untuk lahir pra-matang, keguguran dan kejadian bayi cacat.

  • Bayi selalunya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.

  • Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan sama ada  salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca dari masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.

  • Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk mengambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi 1. Ia selalunya terjadipada awal kehamilan iaitu 6-7 minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasound.

  • Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami PRE-ECLAMPSIA, satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.

  • Disebabkan uri yang lebih besa, ibu lebih berkemungkinan untuk mendapat Placenta Previa, satu keadaan di mana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh memberikan pendarahan faraj semasa hamil.

  • Ibu sering mendapat "morning sickness" yang berganda dari biasa dan sakit-sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk dari kandungan biasa.

  • Peluang hamil kembar menjadi tingg sekiranya anda mempunyai saudara terdekat yang mempunyai anak kembar.

  • Hamil kembar bermakna, ibu hamil kembar memerlikan lebih permakanan vitamin dan zat dari kandungan tunggal kerana akan lebih kerap mendapat anemia iaitu kekurangan sel darah merah.

  • Ibu lebih berisiko untuk menjalani pembedahan ceaseran kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.


  • ibu kembar kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan sama ada melalui ceasereanmahupun kelahiran normal.