Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. malah diperbolehkan untuk berwuduk menggunakan air bekas minuman kucing.
Kenapa Rasulullah SAW berani menyatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia?
Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis?
Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.
Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing. Benjolan ini berbentuk bengkok menguncup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Kajian
Telah dilakukan pelbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir dan ekor. pada bahagaian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berda pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
- Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
- Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat pada air liurnya. Ini menynjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
- Cairan yang diambil dari permukaan lidah jiga menunjukkan ketidakhadiran kuman.
- hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasik dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalan jumlah kecil seperti anterobacter, streptococcus dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
- Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Pelbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Selain itu, Dr Gen Gustafsir menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.
Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing.
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat suka menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.
Hadis-hadis mengenai kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu di amenuangkan air untuk wuduk. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas dia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum.
Kabsyah berkata, "Perhatikanlah."
Abu Qatadah berkata, "Apakah kamu hairan?."
Kabsyah menjawab, "ya."
Lalu Abu qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda " "Kucing itu tidak najis, Kucing binatang yang sujka berkeliling dirumah (binatang rumahan)" (HR At-Tirmizi, An-Nasai, Abu Dawud dan Ibnu Majah)
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, "Ya Anas, tuangkan air wuduk untukku ke dalam bekas."
Lalu Anas menuangkan air. Ketia sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilat bekas air tersebut.
Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwuduk. Nabi ditanyamengenai kejadian tersebut, Beliau menjawab "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis."
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, ternyata Aisyah sedang solat. Lalu dia memberikan isyarat untuk menyimpannya.
Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, dia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memekan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memekannya.
Rasulullah SAW berdabda, " Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling". Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwuduk dari sisa bekas jilatan kucing, (HRAl-Baihaqi, Abd Al-Razzaq dan Al-Daruqithni)
Kalaulah bukan
dari wahyu Allah tentulah Rasulullah SAW tidak akan berani mengatakan bahawa
kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada
zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak
1500 tahun yang lalu.
Label: Info
Catat Ulasan