Berniaga adalah satu sunnah yang sudah dilupakan oleh sesetengah orang. Disebabkan sudah biasa dengan makan gaji, apabila ingin memulakan perniagaan, pelbagai tanggapan akan muncul seperti :

"Hidup sederhana sajalah, buat apa nak kejar kekayaan..."

"Bersyukurlah dengan apa yang ada..."

"Kalau kaya tapi hati tak tenang, lupa Tuhan buat apa..."

"Cukuplah dengan harta yang ada, bukan boleh bawa mati..."

"Berniaga tu sebab nak kaya cepatlah tu..."

Menjadi usahawan itu adalah salah satu karier yang dijalankan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya. tapi disebabkan tidak ramai yang mengetahui sirah Baginda, maka tidak ramai yang tahu akan kerjaya Baginda sebagai Businessman disamping seorang pemimpin agama, negarawan, pendakwah dan sebagainya.

Rasulullah S.A.W. telah didedahkan dengan ilmu perniagaan sejak kecil lagi. Baginda sering mengikuti Abu Talib berniaga, malah pernah dibawa ke Negeri Syam (Syria), Semasa berusia 12 tahun. dari situ Rasulullah S.A.W. berlajar selok belok perniagaan sehinggan baginda diberikepercayaan untuk mengendalikan perniagaan bapa saudaranya dan juga orang Quraisy yang lain.

Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam , malah ia sering disebut dalam Al-Qur'an contohnya :



"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan Solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara sembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian." (35:29)



"Wahai orang-orang yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan Ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik dari kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (61:10-11)

Kenapa Allah menyebut perniagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah sesuatu yang menguntungkan dan memerlukan usaha sendiri, dan juga merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul.

"9/10 daripada harta ialah dari hasil berniaga" (HR Tirmizi).

Ramai yang salah faham tentang konsep berniaga.. Berniaga bukan bertujuan untuk mengumpul harta(ia menjadi begitu sekiranya pernia berniat begitu)



" Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang bathil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku atas dasar suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu" (4:29)

Bermakna berniaga itu adalah sesuatu yang mesti dilakukan atas dasar suka sama suka dan tidak menipu atau menindas orang lain. Nyatalah Islam sendiri menyuruh kita menjalankan perniagaan.


"(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan" (24:37)

rasulullah S.A.W. bersabda: "Peniaga yang jujur akan ditempatkan di kalangan para Nabi, Para Syuhada dan Siddiqin" (HR Tirmizi)

Di sini dinyatakan bahawa sifat yang tercela ialah bila dilalaikan oleh [erniagaan hingga lupa Allah, dan tidak membayar Zakat. Bermakna berniaga adalah salah satru perkara yang utama selagi tidak melupakan Allah dan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti menunaikan zakat. Memang menjadi masalah kalau dah mula meniaga, dah untung mula rasakan diri best, nak keluarjkan zakat rasa sayang, takut habis pula harta. Sedangkan Allah sudah berjanji dalam ayat seterusnya dalam surah di atas.

"(Mereka mengerjakan semua itu) supaya Allah membalas mereka dengan ysebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung." (24:38)

Bermakna semakin kita jujur dalam perniagaan, semakin kuat pergantungan kita kepada Allah, semakin banyak kita infak harta, semakin banyak kurniaan-Nya kepada kita.

Mencari dan memiliki harta adalah dituntut dalam Islam. Buktinya  banyak surah yang menyebut tentang jihat dengan harta dan jiwa. Jiwa memang sedia kita miliki selagi kita belum mati. Harta?



"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepad Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan jarta benda dan jiwa meraka pada jalan Allah; Mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)."(49:15)



"Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran- dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah(untuk membela Islam) dengan hartadan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan pahala yang amat besar." (4:95).

Berjuang yang dimaksudkan dalam ayat-ayat di atas bukanlah tertakluk kepada jihar berperang semata-mata, malah mencukupi setiap sudut kehidupan (rujuk Ibnu Kathir).

Kenapa kita perlu memiliki harta?
  • Dengan harta kita boleh mengeluarkan zakat, sedekah dan membantu sesama Islam.

  • harta boleh digunakan untuk membangunkan agama. Rasulullah bersabda : "Ketiadaan harta (fakir) boleh mendekatkan kita kepada kekafiran". Ia memeng benar-benar terjadi. Apabila terjebak dalam desakan hidup, manusia sanggup buat apa saja, malah sanggup jadi pelacur untuk sesuap nasi.

  • harta untuk penyebaran dakwah Islam. Pemilikan harta membolehkan kita beribadah dengan tenang. sebagai contoh pemilikan rumah yang membolehkan kita beribadah di dalamnya.

  • Suara kita tidak didengar bila kita miskin. bayangkan kita dengan niat nak berdakwah tetapi tiada duit. Pergi ke rumah orang akan disangka nak minta derma. Bila ada kes kecurian, orang mudah menuduh kita oleh sebab kita miskin. Bila nak beri pendapat dalam "mesyuarat" orang taknak dengar sbb kita tak ada pengaruh.
Rasulullah pernah bersabda tentang pemilikan harta : " Harta itu merupakan kekayaan terpuji tetapi hanya bagi orang yang soleh, kerana orang yang soleh akan menggunakan hartanya secara bijaksana, tidak dikotori rasa angkuh yang menghilangkan keberkatan dari Allah"

Jadi ternyata amat besar perkaitan antara ketakwaan dan pemilikan harta. harta itu boleh menjadi satu medium yang sangat kuat dalam perjuangan dan boleh juga jadi punca kemurkaan Allah seperti yang terjadi kepada Firaun dan Qarun.

Jika diteliti sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W. dan ayat -ayat Al-Qur'an harta dan hasil perniagaan adalah alatalat untuk menyampaikan kita kepada Allah. Namun itu tertakluk kepada sejauh mana hubungan kita dengan-Nya pada peringkat awal. Harta dan perniagaan juga boleh menjadi pintu ke Neraka sekiranya ia makin menjauhkan kita dengan-Nya.

Jadi penuhilah tuntutan agama untuk berjihad dengan sebenar-benar jihad. Jihad itu bukannya dengan menawarkan diri untuk menjadi suicide bomber. Kita lihat kebangkitan Islam di zaman Rasulullah S.A.W. bermula dengan pembinaan akidah, bukan terus memerangi orang kafir Quraisy. Zaman sekarang ini lebih teruk lagi dari zaman Jahiliyah. Orang Jahiliahsekurang-kurangnya ada pedoman hidup juga dari 'Tuhan' mereka (yang dipanggil Latta dan Uzza) tapi sekarang ramai orang tidak bertuhan. Orang Jahiliyah bunuh anak perempuan kerana peraturan dalam bangsa mereka, orang sekarang bunuh anak sebab hasil zina. Orang Jahiliyah kuat ikatan kekeluargaannya mengikut kabilah-kabilah tertentu. Orang sekarang, mak bapak pun di buat musuh.

Akhir zaman, itu satu. Tapi selagi dunia belum kiamat, kita tak boleh tunggu aje. Ingat kiamat itu datang esok ke? Kita kene buat sesuatu sebelum semua yang kita makan /pakai/guna adalah 'agenda Yahudi'.