Ketika di "JJ lama", admin telah singgah ke satu kedai yang menjual pelbagai peralatan yang diberi nama Mr. D.I.Y (M) Sdn. Bhd. yang terletak berhampiran dengan kedai buku POPULAR. Pada pikiran admin DIY mungkin bermaksud "Do It Yourself" kerana kebanyakan peralatan yang dijual memerlukan kemahiran sendiri untuk memasangnya.

Sebenarnya admin amat teruja apabila masuk ke kedai berkenaan kerana marasakan setiap peralatan yang dijual adalah barang-barang keperluan harian, antaranya peralatan paip, spanar, tombol pintu dan sebagainya. Harga untuk setiap barangan pula adalah amat berpatutan.

Admin ada mencapai beberapa peralatan yang dirasakan sesuai untuk digunakan dirumah antaranya :

Tooth Paste Press - beharga rm1.50 untuk 2 unit. Ianya dirasakan perlu kerana memudahkan anak-anak untuk menggunakan ubat gigi. Pada kebiasaannya setiap orang akan memicit dibahagian bawah setiap kali menggunakan ubat gigi tetapi lain pula sekiranya kanak-kanak yang gunakan. (Rasanya semua dah boleh agak). Peralatan ini juga boleh digunakan untuk item bertiub contohnya pembersih muka dsb.

Door/Window Entry Alarm - beharga rm1.80. Walaupun ianya murah sekurang-kurangnya ianya dapat melindungi rumah dari diceroboh oleh orang yang tidak dikenali. Kekuatan bunyi penggeranya ialah 90dB, rasanya cukup untuk memaklumkan kepada tuan rumah @ jiran untuk menjengah atau memberitahu pencuri bahawa rumah tersebut telah dilengkapi dengan penggera keselamatan.


Safety Flashing Light - beharga 3.30. Ianya dikawal oleh  ic dengan 7 mod pelbagai lampu keselamatan. LED yang berkuasa, terang dan dapat dilihat dalam lingkungan melebihi 180 darjah. Ianya amat sesuai bagi penunggang basikal terutama pada waktu malam.

So, tak rugi untuk singgah ke kedai tersebut sekiranya terlanjur ke "JJ lama" mungkin anda terjumpa peralatan yang boleh dipraktikkan dirumah atau kegunaan harian.