Assalamualaikum

Satu program bercuti sedang dirancang oleh Kelab kepada ahli yang berminat untuk disertai. Program ini dirancang untuk memudahkan anda bagi membuat perancangan percutian keluarga pada hujung tahun sempena cuti sekolah. Beberapa tempat dicadangkan kepada staf yang berminat. Staf juga boleh mencadangkan tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi bersama keluarga pada kadar yang berpatutan. Namun semuanya bergantung kepada sambutan yang akan diterima.


Cameron Highland terkenal dengan hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi. Di sini banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi yang memberikan kepuasan dan pengalaman baru kepada para pengunjung sama ada dewasa mahupun kanak-kanak. Ladang Teh Boh di Sungai Palas misalnya, peserta boleh merasai proses memetik daun teh di ladang tersebut, menjengah kilang memproses teh, menonton tayangan audio video yang memaparkan maklumat tentang sejarah dan aktiviti Boh. Pengangkutan disediakan dengan bayaran rm5 bagi dewasa bagi yang tidak sukakan untuk memandu di kawasan yang bercerun dan sempit.


Selain itu, staf juga boleh melawat ke tempat ternakan lebah di Honey Bee Farm. Di sana terdapat kedai-kedai yang menjual produk-produk berasaskan madu lebah. Satu lagi tempat menarik ialah Butterfly Garden untuk melihat perbagai spesis rama-rama. Juga terdapat rama-rama yang sudah diawet dan dibingkaikan untuk dijadikan cenderahati atau sebagai koleksi peribadi. Kea Farm Market menjadi tempat tumpuan pengunjung untuk membeli hasil tani seperti sayur-sayuran, bunga, buah-buahan, strawberry dan macam-macam lagi. Antara hasil tanian yang paling popular ialah jagung mutiara kerana rasanya yang sungguh manis dan ianya juga boleh dimakan mentah tanpa hilang rasa kemanisannya.
Keistimewaan Pulau Langkawi tidak hanya bergantung kepada cerita legenda yang diturunkan dari mulut ke mulut itu sahaja. Keindahan perkampungan Melayu, sawah padi terbentang luas dan pantai yang bersih juga memainkan peranan sebagai tarikan pelancong ke pulau ini. Panorama ini memberi inspirasi dan menyumbang kepada ketenangan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Pada musim cuti, pasti ramai yang membanjiri lokasi-lokasi percutian di sini. Paling menjadi tumpuan pastinya kawasan-kawasan yang sedang pesat membangun seperti kawasan Pantai Cenang. Jarak perjalanan dari Kuah ke Pantai Cenang yang mengambil masa 15 minit, menjadi faktor utama tumpuan pelancong ke sini.

Pantai Cenang menjadi tumpuan pengusaha chalet dan resort bertaraf sehingga lima bintang. Tarikan dengan akuarium terbesar di Asia, pesisir pantai yang putih bersih airnya biru, serta aktiviti sosial yang berlarutan ke lewat malam, menggamit ramai pelancong terutama sekitar bulan November hingga Mac.

Bila air laut surut, akan timbul beting pasir yang membolehkan anda melihat kehidupan dalam air dengan lebih dekat. Anda boleh jalan di atas beting pasir ini untuk ke pulau berdekatan, terutamanya antara bulan November hingga Januari. Bagaimanapun, perjalanan hanya boleh dilakukan dalam masa 2 jam pada waktu air surut.

Satu lagi pulau berdekatan ialah Pulau Payar, yang mana boleh dikunjungi dengan menyewa sebuah bot Pantai Cenang. Di bahagian selatan Pantai Cenang, terdapat Zon Bebas Cukai Kompleks Membeli-Belah. Waterwater World pula adalah akuarium terbesar untuk melihat kehidupan laut. Pusat akuarium ini dibuka dari pukul 10 pagi hingga 6 petang setiap hari;

Di bahagian utara pantai ini pula, terdapat sebuah muzium baru yang nakan Muzium Laman Padi (Rice Garden), dengan pemandangan padi dan taman lanskap yang menarik. Muzium ini menyediakan pelbagai informasi berkenaan pertanian padi dan pengunjung bagi mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan.

Manakala kepada yang sukakan adventure boleh memilih untuk mengunjungi Tasek Chini.Ianya merupakan sebuah tasik air tawar yang kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan 12,565 ekar, ia mengandungi 12 tasik. Ia dianugerahkan dengan alam semulajadi yang kaya dengan biologi dimana terdapat 138 spesis flora, 300 spesis hidupan bukan akuatik dan 144 spesis ikan air tawar.

Pengunjung bebas untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti berkhemah, Jungle tracking, menyusuri 12 tasik dengan bot, memancing dan sebagainya.



Antara kemudahan yang ada
Chellet untuk bermalam

Kadar sewa bot untuk menyusuri tasik

 
No.
Tempat
Kos (anggaran)
Catatan
1.
Cameron Highland
RM400
Kos anggaran adalah bagi kos pengangkutan (bas) dan penginapan (2 hari 1 malam) bagi 2 dewasa dan 2 kanak-kanak.
2.
Langkawi
RM600++
3.
Tasik Chini
RM300