Syukur Alhamdulillah, pada SAJ 2012 kali ini pasukan bola tampar wanita FKM Berjaya meraih tempat ke- 3 pada kejohanan tersebut.  Berbekalkan latihan yang gigih sebelum tarikh kejohanan berlangsung, pasukan bola tampar wanita tampak bersemangat dan mempunyai keazaman yang tinggi untuk bermain mewakili FKM seterusnya berjuang  bagi  meraih pingat untuk fakulti. 


 Jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Herdy Rusnandi yang sudi memberi tunjuk ajar sebelum dan semasa kejohanan berlangsung.  Juga ucapan terima kasih kepada staf-staf FKM yang telah memberikan kata-kata semangat serta titipan doa untuk pasukan bola tampar wanita untuk terus mara dalam SAJ 2012. 


Semoga kemenangan ini dapat dipertahankan dan semakin bertambah baik pada masa yang akan datang.  Sekian, terima kasih.



“Bersama merapatkan Ukhuwah melalui bersukan”