Perintis

Pertama admin ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Unit Latihan HRD, UTeM kerana berjaya menganjurkan satu program yang cukup santai dan bersahaja, namun berjaya menyatukan warga FKM dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Pujian ini juga harus diberikan kepada Ketua fasilitator yang berjaya mengelola dan mengawal urus program dengan sempoi iaitu Encik Mohd Isa bin Mat Dom. Tidak lupa juga kepada fasilitator yang terlibat kerana sanggup menerima dan bersabar dengan kerenah warga FKM yang 'masuk air'.

Tahniah dan terima kasih juga patut diberikan kepada beberapa warga FKM yang agak berusia seperti Pak Mail, Prof. Razali, Prof. Radzai dan Ir Dr Talib yang berjaya mengharungi segala aktiviti dan rintangan dengan jayanya. Mereka Berjaya membuktikan bahawa usia bukan penghalang dalam apa jua halangan yang  ditempuh.

Admin amat berbangga dengan seluruh warga FKM di atas ketabahan dalam mengarungi segala cabaran dengan semangat juang yang kental. Mereka seolah-olah telah bersedia dengan mental dan fizikal untuk mengharungi program dengan jayanya.

Short Cut for Symbol

 
 
Kali ini admin akan kongsikan short cut untuk membuat simbol bagi memudahkan kerja-kerja menaip.

Selain itu ianya akan membuatkan anda berasa teruja untuk mencuba disamping kelihatan seperti pakar dalam word walaupun kita orang biasa-biasa saja...


Alt   +     0169    ©
Alt   +     0153    ™           
Alt   +     0174    ®

Duit...

Di zaman meterialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa sekeping kertas yang diberi nama "duit" ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan menusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, meragut, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan seseorang itu juga diukur dengan banyaknya duitnya.


Walau bagaimanapun, duit masih tidak boleh membeli perkara berikut :

MAPPA XIII

Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas yang diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada jam 11.00 pagi tadi yang bertemakan "Tranformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020".


Majlis tersebut telah dihadiri lebih kurang 10,000 anggota perkhidmatan awam dari seluruh Malaysia.

Di majlis tersebut Perdana menteri, YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah mengumumkan 'berita baik' 10 perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam.

Taklimat ISO

Taklimat ISO 9001: 2008 telah diadakan semalam yang disampaikan oleh Y.Bhg. Prof Madya Shahdan bin Md Lani. Terima kasih diucapkan kepada staf yang hadir untuk memahami kepentingan dan pelaksanaan sistem ISO.


Pelihara Janggut


Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki iru kelihatan lebih 'tulen'. Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seseorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah :-
  • Menampakkan kelakian
  • kelihatan lebih macho
  • Lebih  hensem dan berkarisma
  • Nampak soleh
  • Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
  • 'Lebih diminati wanita'
  • Mempunyai manfaat kesihatan
  • Mencontohi fizikal pemimpin terdahulu
Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu diambil berat malah seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat untuk berjanggut semata-mata ingin megamalkan sebahagian daripada sunnah Rasulullah SAW.

Kenaikan Pangkat secara Time-Based

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyambut baik dan bersetuju dengan cadangan kerajaan supaya kenaikan pangkat secara "timedbased", yang kini dinikmati sektor pendidikan dan kesihatan, diperluas kepada perkhidmatan awam lain.

Presidennya, datu Omar Osman berkata langkah ini sememangnya dinantikan penjawat awam lain.

"Kalau semua kementerian menggunakan kaedah time-based, itu satu perkara yang amat ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam. Sebab di situ nanti mereka akan dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi kerja mereka."

"Time-based ini tidak sama dengan kenaikan pangkat KUP (Khas untuk Penyandang). Time-based mesti ada satu mekanisma supaya yang naik berdasarkan kaedah time-based hanya yang betul-betul layak sahaja. Kalau dia naik jawatan tapi tak tau nak buat kerja apa pun, baik tak payah." Katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kad Skuad Pengguna kepada anggota CUEPACS.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkaitan cadangan kerajaan berhubung perkara itu.

Sumber : Cuepacs.blog

Insentif Khas

Kongress Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menyediakan insentif khas kepada penjawat awam yang tidak berpeluang dinaikkan pangkat meskipun mempunyai ijazah dan diploma. Presidennya Datuk Omar Osman berkata, pihaknya mencadangkan agar insentif khas sebanyak RM350 diberikan kepada pemegang ijazah dan RM200 kepada pemegang diploma.

Beliau bagaimanapun berkata, insentif berkenaan hanya layak diberikan kepada petugas yang mempunyai ijazah atau diploma yang berkaitan dengan jawatan mereka " Sekarang kita ada hampir 5000 pekerja sektor awam yang mempunyai ijazah atau diploma tetapi terhad untuk meningkat kepada jawatan lebih baik tertakluk kepada jawatan kosong. Jadi kita mahu walau[pun tidak dinaikkan pangkat tetapi diberi insentif tersebut memandangkan mereka dibebankan dengan tugas berdasarkan pengalaman mereka." katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysai (GAKUM) di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Menurut Omar, pemberian insentif itu akan dapat memberikan keadilan kapada penjawat awam selain menaikkan semangat mereka untuk bekerja bersungguh-sungguh. Sementara itu, beliau berharap kerajaan menetapkan kauta ke atas pengambilan jawatan kosong sektor awam bagi memberi keadilan kepada semua penjawat awam.

"CUEPACS mencadangkan 50% kouta dibnerikan kepada penjawat awam sedang berkhidmat manakala 50% lagi kepada pemohon baharu." katanya. " Bagi memastikan kebajikan kira-kira 45000 pekerja kontrak, kerajaan diminta menyerap kesemua pekerja kontrak yang berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun ke jawatan tetap. Sekiranya tidak dapat dilaksanakan serentak, kontrajk pekerja tersebut perlu disambung selain pengambilan pekerja kontrak baharu tidak diteruskan lagi." " Saya kesal kerana ada agensi yang menamatkan pekerja mereka dan melantik pekerja baharu sebab mereka dapat membayar gaji yang murah kepada pekerja baharu." ujarnya lagi.

Sumber : CUEPACS

Gaji Penjawat Awam naik 5% setahun

Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan sehingga lima peratus bermula tahun hadapan.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Hamsa berkatakajian itu bagi membantu penjawat awam menangi masalah kos hidup yang semakin meningkat.

"Kita akan mengambil kira mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula." katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam Di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manafaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.

Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.

"Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan mengambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun hadapan." katanya.

sumber : cuepacs.blogspot

Bumi Akan Bergelap Pada 23,24 & 25 Disember 2012

Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena Bumi kan bergelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23,24 dan 25 Disembar 2012. Apakah ini satu bencana atau satu anugerah? Entah benar atau tidak ia hanyalah jangkaan manusia sahaja.



Para saintis NASA menjangkakan perubahan alam semester dengan kegelapan penuh pada Bumi selama 3 hari bermula 23 Disember 2012 bukanlah akakan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah "Penyejajaran Alam Semester", dimana matahari dan Bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bum,i akan bertukar tempat dari dimensi ke -3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke-4.

Perniagaan Berjaya tidak Perlu Business Plan

Penyediaan kertas kerja perancangan perniagaan sebenarnay tidak perlu dan ia tidak pernah menjamin kejayaan sesebuah perniagaan.


Walaupun pendapat ini tidak disokong oleh mana-mana pakar, namun ia adalah hasil dari pengalaman dan pemerhatian terhadap rakan-rakan yang berjaya dalam perniagaan masing-masing.

Pendapat tersebut bukannya cakap kosong kerana Havard Business review ada mengeluarkan artikel dengan tajuk yang sama. Penulis menolak keperluan menyediakan business plan sebagai pra-syarat menjayakan sesebuah perniagaan.

Belanjawan 2013

Selepas pembentangan Belanjawan 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak, rata-ratanya berpuas hati dengan apa yang dibentangkan terutama kebajikan rakyat. Penjawat awam juga rasa amat bersyukur dengan pemberian bonus 1 1/2 bulan. Namun terdapat rasa tidak puas hati dikalangan swasta dengan imbuhan bonus kepada penjawat Awam in. Tidakkah mereka bersyukur dengan bonus yang diberikan setiap tahun oleh majikan mereka?

Berbalik kepada pembentangan Budget 2013 yang bertemakan "Memakmur negara, Mensehjahtera rakyat, sebuah janji ditepati" , berikut adalah antara belanjawan yang telah dibentangkan:


MERINGANKAN KOS SARA HIDUP

1. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2)
    * Bantuan tunai RM500 - Isirumah berpendapatan < RM3000
    * Bantuan tunai RM250 - Individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan < RM2000

2. Program Penyeragaman Harga (Sabah& Sarawak)
    * Subsidi pengangkutan (contoh : LPG asal RM70 ; harga subsidi RM26.60)
    * Membuka 57 buah Kedai Rakyat 1Malaysia

3. Diskaun Komuter KTMB
    * Diskaun 50% kadar tambang komuter bagi pengguna berpendapatan < RM3000

4. Pesara Tentera tidak berpencen
    * Bantuan tunai RM1000 kepada bekas tentera yang menamatkan perkhidmatan kurang 21 tahun.

5. Pengurangan Cukai Pendapatan Individu
    * Kadar cukai pendapatan diturunkan 1 mata peratusan bagi kumpulan pendapatan bercukai tahunan > RM2500 ~ RM50000.

6. Diskaun Tambang Feri (Labuan ke Sabah & Sarawak)
   * Diskaun 50% ke atas tambang penumpang feri
   * Diskaun 50% ke atas tambang feri bagi kenderaan pengangkutan barangan.

7. Mempermudahkan Ibadah Haji
    * Membenarkan pencarum KWSP menggunakan simpanan Akaun 2 untuk menampung kekurangan tambang menunaikan haji.

8. Diskaun Bayaran Pasport
    * Diskaun 50% kepada warga emas & kanak-kanak bagi bayaran pemprosesan pasport antarabangsa bertempoh sah laku 5 tahun.

9. Bonus kakitangan Kerajaan
    * Pemberian Bonus kepada kakitangan awam sebanyak 1.5 bulan.

10. Menaikkan Pencen
     * Bayaran pencen dinaikkan RM720 ke RM820 (pesara kerajaan yang telah berkhidmat melebihi 25 tahun)