Tentatif Hari Keluarga FKM2013

Aktiviti Hari Keluarga FKM 2013 yang akan diadakan pada hunjung minggu ini diharapkan dapat berjalan lancar seperti yang dirancang.



 
Banyak aktiviti menarik telah dirancang juga beberapa kejutan bagi mendatangkan nostalgia dan kenangan kepada para peserta. Kami merasakan sedikit kerugian kepada warga FKM yang tidak mengambil bahagian dalam aktiviti Hari Keluarga FKM 2013 ini kerana ianya bertujuan merapatkan ukhwah sesame staf.

Jamuan Hari Raya

Tahniah diucapkan kepada pensyarah-pensyarah wanita yang berjaya mengadakan jamuan hari raya pada 18 Ogos 2013 yang lalu.



Terima kasih juga kepada penganjur yang sudi menjemput admin untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut. Pelbagai juadah seperti nasi beryani, nasi impit, sate, mee kari, kek, aiskrim dan pelbagai jenis kueh-mueh, semuanya disediakan secara potluck, dan ianya sungguh lazat. Namun admin tidak sempat untuk merasa air sirap bandung special dan kek kuning spesial

Iftar Ramadhan FKM 2013

Alhamdulillah, Majlis Iftar Ramadhan FKM 2013 sempurna dilaksanakan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan salah satu program besar yang di anjurkan oleh KeSURI. Program ini dibuat di Masjid Saidina Abu Bakar adalah bertepatan dengan program mengimarahkan masjid yang dilancarkan oleh Pusat Islam.

Memang diakui melaksanakan satu-satu program di dalam bulan puasa amat memenatkan, namun ianya amat berbaloi dan semoga diberkati Allah SWT.


Iftar Ramadhan FKM

Setiap tahun KeSURI pasti akan mengadakan program Iftar Ramadhan yang diadakan di perkarangan Pejabat Pentadbiran FKM yang mengumpulkan seluruh warga FKM dan keluarga untuk berbuka puasa bersama.


Pelbagai Aktiviti telah dijalankan sewaktu program tersebut antaranya tazkirah ramadhan, solat maghrib dan isyak berjemaah, meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal, berbuka puasa serta moreh. Program tersebut berjalan dengan jayanya serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan staf. Tidak kurang juga yang membawa pot luck untuk dikongsikan bersama dengan rakan sekerja dan sahabat handai.

Lokasi Hari Keluarga 2013

Pada 17 Jun 2013 yang lepas, beberapa AJK dan Timbalan Pengarah Program Hari Keluarga FKM 2013 telah pergi ke beberapa lokasi yang dirasakan sesuai untuk melaksanakan program.


Seperti yang diputuskan oleh mesyuarat yang menyarankan bahawa program tersebut akan diadakan berhampiran dengan pantai. Sehubungan dengan itu, AJK yang terlibat telah menyusuri pantai bermula dari Pantai Tanjung Bidara dan berakhir di Kuala Sungai Linggi.

Beberapa lokasi telah disinggah yang dirasakan sesuai. Setelah berbincang dengan beberapa Pengurus Program Resort mengenai perjalanan program beserta kos yang terlibat, beberapa lokasi telah dipilih oleh AJK. Namun terpulang kepada tuan/puan untuk memilih lokasi tersebut berdasarkan beberapa justifikasi dan borang yang akan diedarkan kelak.

Taklimat PERiNTiS

PERiNTiS merupakan satu program yang santai  ke arah transformasi dimana setiap peserta akan merasai dan mengharungi segala aktiviti yang dirancang yang akan memberikan satu pengalaman yang cukup beharga.


Program ini adalah cetusan idea Naib Canselor UTeM iaitu YBhg. Prof. Dr. Ahmad Yusoff bin Hassan. Ianya merupakan kesinambungan kepada Program Intergrasi Insan Terbilang (PINTAR) yang dilaksanakan secara menyeluruh kepada warga UTeM pada tahun lalu.

Program ini bertujuan untuk melahirkan warga UTeM yang bersahsiah murni dan Profesional. Selain itu, ianya juga akan menjadikan seluruh warga berfikiran strategik berinovasi dan menjana kreativiti dalam menterjemahkan perancangan university. Antara tujuan lain program ini ialah menggalakkan staf untuk mengamalkan gerak kerja yang berinovatif untuk mencapai keunikan dan kecemerlangan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sepanjang perkhidmatan.

Keputusan Kejohanan Badminton Tertutup FKM 2013

Selesai sudah program riadah dan mencari bakat baru dalam sukan badminton bagi mewakili fakulti pada Kejohanan SAJ 2013.



Tumpuan yang hilang

Pada pendapat admin program ini berjaya, berikutan banyak bakat baru yang boleh diasah terutama pemain wanita yang dilihat banyak peningkatan. Dengan hanya sedikit suntikan semangat dan sedikit skill training pemain ini mungkin akan menghasilkan pingat untuk fakulti di kejohaan SAJ nanti.

Tazkirah Jumaat



Sebentar tadi telah berlangsungnya Tazkirah Jumaat bagi Bulan Februari 2013. Tazkirah pada kali ini adalah bertajuk Amalan Sunnah dan kelebihan Hari Jumaat yang disampaikan oleh Ustaz Aswanzie Abbyd. Seramai lebih kurang 50 orang staf yang mempunyai kelapangan masa telah hadir ke tazkirah tersebut.


Di awal tazkirah, beliau menerangkan kepada setiap sesuatu perkara atau perbuatan perlu berasaskan kepada 5 hukum asas iaitu wajib, sunat, makruh, harus dan Haram. 5 Hukum ini menjadi asas dalam kehidupan seharian terutama bagi umat islam. Cermin mata merupakan contoh yang diberikan oleh Y.Bhg. ustaz iaitu seseorang yang rabun wajib memakai cermin mata untuk melaksanakan aktiviti harian seperti membaca dan sebagainya.

Makan Malam FV2012




 
Semalam telah berlangsungnya Majlis Makan Malam Formula varsity 2012 bertempat di Kefeteria Kampus Industri, UTeM. Majlis ini berbentuk santai bagi memberikan kelainan walaupun beberapa VIP dijemput bagi memeriahkan lagi Majlis. 

Antara VIP yang hadir ialah :
  1. Y.Bhg. Datuk Prof Madya Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
  2. Y.Bhg. Ir. Dr. Mohamad Nor bin Berhan
  3. Encik Mahamad Rizal bin Maktob
  4. Encik Hassan bin Che Ku Hindong
  5. Encik Che Ku Hasrin b in Hassan
 
 
 

Tazkirah & Jamuan Perpisahan

Tamat sudah majlis tazkirah dan Jamuan perpisahan yang diadakan sempena staf yang telah meletakkan jawatan sebagai staf UTeM iaitu Encik Mohd Irwan bin Mohd Azmi.

Majlis ini dimulai dengan bacaan doa diikuti tazkirah dari pengerusi KeSURI iaitu Encik Reduan bin Mat Dan. Di dalam tazkirah, beliau menerangkan tentang kepentingan berdakwah dalam menyebarkan ajaran islam. Seperti para sahabat Rasulullah SAW yang telah menyebarkan ajaran islam hingga ke seluruh pelusuk dunia.

Bacaan Doa Makan memulakan majlis

Penceramah Encik Reduan
 

Rekreasi bersama NC

Bergambar di depan banner
Semalam telah berlangsungnya Program Rekreasi bersama Naib Canselor  UTeM (RNC) 2012 yang melibatkan FKM, FTK dan pejabat Keselamatan Kampus Industri.

Antara staf UTeM

Mulanya ramai menyangka program tersebut akan dibatalkan berikutan hujan lebat yang bermula  lebih kurang jam 4.30 petang. Namun ianya reda dan berhenti jam 5.30 petang, itu bemakna program tersebut boleh berjalan seperti yang dirancang.

Aktiviti Riadah staf

Kawasaki + Victor
Sukan badminton merupakan salah satu sukan yang diminati ramai selain dari bola sepak. Selain dari datu Lee Chong Wei, pastinya peminat sukan badminton mengenali pemain-pemain bertaraf dunia dari negara lain yang mempunyai skil dan tetangkasan dalam mengawal bola seperti Lin Dan, Chen Jin, Peter Gade, Jung Jae Sung dan ramai lagi.

Sukan ini turut diminati sebahagian dari staf FKM malah turut mengasah skil dalam sukan badminton ini. Bukan untuk mengantikan Datuk Lee Chong Wei tetapi merupakan aktiviti riadah dalam menangani stress di tempat kerja.

Majlis Sambutan Eidulfitri 1433 Hijrah


Selesai sudah Majlis Sambutan Eidulfitri 1433H yang diadakan di Perkarangan Dewan Besar UTeM. Program ini merupakan acara tahunan UTeM dimana semua PTj terlibat.

Setiap PTj akan diberikan 1 Khemah dan terpulang kepada PTj tersebut untuk menghias khemah tersebut. Selain itu, pertandingan Khemah tercantik juga diadakan oleh pihak penganjur bagi memeriahkan Majlis tersebut.

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal telah menggunakan khidmat rasedycanopy bagi pemasangan langsir hijau yang merupakan identiti fakulti. Hiasan-hiasan lain juga ditambah bagi  menyerikan lagi Khemah lain seperti belon, lampu liplap, bungan-bungaan dan lain-lain. Kerja hiasan ini dijalankan secara kerjasama dikalangan staf FKM seperti pensyarah, juruteknik mahupun staf pentadbiran.

Iftar KeSURI 2012

Program Iftar KeSURI 2012 yang dirancang selama ini telah selesai dilaksanakan. Ribuan terima kasih kepada semua anggota yang terlibat, tidak lupa juga kepada staf yang turut memeriahkan majlis iftar ini. Anak-anak yati dari Rumah Tunas Harapan Semarak Kasih juga telah diraikan di dalam majlis tersebut.

Program tersebut bermula agak lewat berikutan terdapat sedikit masalah namun tetap berjalan dengan sempurna. Program dimulai dengan tazkirah ramadan yang disampaikan oleh Y. Bhg. Ustaz Muhammad Asyraf bin Sulaiman yang dijemput khas dari Pusat Islam, UTeM.

Tazkirah Ramadan

Program Jalinan Kasih 2012

Di awal Ramadan yang lalu KeSuri telah mengadakan satu program yang dinamakan Jalinan Kasih 2012. Program ini bertujuan untuk mengumpul sebanyak yang boleh sumbangan dari kalangan staf  untuk di agihkan dan diserahkan kepada badan kebajikan. Jenis dan bentuk sumbangan tidak dikhususkan namun sumbangan dalam bentuk yang tunai amat dialukan begi memudahkan badan kebajikan tersebut membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

Hasil kutipan sumbangan staf bagi program tersebut adalah berjumlah RM2891. Sumbangan ini telah dibahagikan kepada dua badan kebajikan iaitu Rumah Tunas Harapan Semarak Kasih di Bemban dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, Bahagian Negeri Melaka.