Pertamanya admin dan seluruh warga FKM mengucapkan Tahniah kepada penama berikut di atas kenaikan pangkat mereka:
1. Dr. Mohd Nizam bin Sudin
2. Encik Wan Mohd Farid bin Wan Mohamad
3. Encik Wan Mohd Zailimi bin Wan Abdullah @ Zakaria
4. Encik Shafizal bin Mat
5. Encik Mohd Azli bin Salim
Juga ucapan terima kasih kerana sudi menjamu kami tanda syukur di atas kenaikan pangkat.
Menu yang dijamu adalah Nasi Beryani Ayam dan Daging serta Coconut Shake Klebang yang lazat. Juga terima kasih kami kepada Encik Faizil yang bertungkus lumus membantu dalam melaksanakan amanah untuk menguruskan pengagihan makanan tersebut, serta melayan kami semua dengan baik dan ikhlas.
Allah melimpahkan rahmatNya kepada manusia sepanjang masa, tanpa sedetik pun terlepas. Tanpa rahmat Allah sedetik, pasti musnah seluruh alam ini termasuk manusia dan segala kemegahan yang dikagumi selama ini.
Justeru, hendaklah kita sentiasa sedar dan menyatakan rasa bersyukur kepadaNya di atas segala nikmat hidup yang dianugerahkan. Sifat menunjukkan rasa syukur bukan sahaja satu amalan seperti mengucapkan terima kasih sesama manusia. Sebaliknya, perbuatan yang berkaitan tanda bersyukur juga menjadi bukti tanda keimanan seseorang. Apa yang dinikmati dan dimiliki di dunia ini adalah milik Allah yang dipinjamkan sementara sahaja.
Sesungguhnya, kehidupan ini serba lengkap dan sempurna. Manusia tidak mampu menghitung apa yang dinikmati kerana tidak ada satu pun melainkan ianya adalah ihsan kurniaan Allah.
Sedangkan Allah tidak meminta sebarang balasan terhadap apa yang dianugerahkan kepada manusia melainkan beribadat dan bertakwa kepadaNya.
Biasanya orang yang tidak bersyukur mudah lupa apabila mendapat kemewahan dan kejayaan hidup. Mereka menganggap itu adalah hasil daripada usahanya sendiri, serta menjadi kufur dan ingkar kepada Allah.

Label: Lain-Lain
Catat Ulasan