Setiap Orang mempunyai keinginan untuk menjadi yang terbaik dan hampir kesemua dari kita punyai naluri inginkan keselesaan yang terbaik dalam apa saja yang ingin kita lakukan. Menjadi yang terbaik biasanya tersimpan kemas di dalam hati sanubari.

Walaupun secara zahirnya, mulut menafikan untuk menjadi yang terbaik, hakikatnya sesekali kita cuba berangan untuk meletakkan diri dalam keadaan terbaik.

Permudahkan Hidup

Menjadi orang yang berjaya dengan cara tersendiri adalah dengan meringkas dan memudahkan hidup dengan menikmati apa yang sedang kita miliki. Kita perlu mencipta sejarah sendiri tanpa cuba menjadi orang lain. Petuanya :

"Bila ada yang baik, jangan tunggu yang terbaik."

Amalkan petua di atas dan sematkan di dalam hati, In shaa Allah hidup akan menjadi ringkas dan mudah. Dengan beristiqamah mengamalkannya, lambat laun kita bakal mencipta sejarah sendiri menjadi yang terbaik tanpa perlu terkejar-kejar.

"Apa saja yang kita miliki sudah berada dalam kategori yang baik, maka bersyukurlah"

Amalan falsafah di atas juga boleh mengawal nafsu yang tidak pernah puas dengan apa yang kita ada. Tidak ada orang yang berjaya dengan selamat dengan terikut-ikut dengan nafsu. Sukar untuk berjaya sekiranya kita tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada.

Sebagai contoh mudah untuk diamalkan ialah setiap kali ke pasaraya untuk membeli barangan keperluan dengan menaiki kereta, anda boleh melatih diri dengan mengamalkan budaya falsafah di atas tadi.

Sewaktu memandu kereta di perkarangan pasaraya untuk mencari parkir. Kita istilahkan kedudukan seperti berikut :

1.   Yang terbaik - Parkir di depan pintu masuk pasaraya.
2.   Baik - Ada tempat parkir walau agak jauh sedikit.
3.   Yang terburuk - Tiada ruang parkir.


Setiap kali masuk ke kawasan pasaraya maka sematkanlah falsafah jika ada yang baik tidak perlu tunggu yang terbaik. Dengan falsafah tersebut kita akan sentiasa mendapat ruang letak kereta dengan cepat dan pantas kerana tidak perlu menantikan yang terbaik.

Pastinya ramai yang sudah dapat yang baik tetapi masih mahukan yang terbaik dan berakhir dengan membuat pusingan demi pusingan. Masa akan terbuang dan perasaan tidak puas hati mula timbul. Keadaan menjadi lebih parah jika kawasan tersebut sesak.

Amalan yang menjanjikan tempat terbaik

Tidak tamak menjadi yang terbaik dengan merebut peluang yang baik kebiasaannya membawa kepada menjadi yang terbaik. Ini disebabkan yang terbaik itu sentiasa berada dikalangan yang baik, ini menjadikan usaha untuk mendapat yang terbaik berlaku dalam keadaan yang santai dan tanpa tekanan.

Dalam perniagaan, setiap peluang yang ada perlu direbut tanpa menunggu yang terbaik. Setapak demi setapak ia membawa kepada yang terbaik tanpa tekanan.

Begitu juga dalam hal berumah tangga, jangan tunggu yang tercantik, yang tersoleh atau solehah, yang berada, yang terserasi dan berbagai-bagai ter...lagi

Jika ada yang baik tidak perlu tunggu lagi yang terbaik, anda sebenarnya membina sikap menjadi yang terbaik dengan cara tersendiri...


darikakigunungjerai.blogspot