Ibn Umar meriwayatkan bahawa Pesuruh Allah, Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Apabila kamu hendak makan, hendaklah kamu makan dengan tangan kanan,
dan apabila hendak minum, minumlah dengan tangan kanan, kerana syaitan makan
dengan tangan kiri dan minum dengan tangan kiri.” (Sahih Muslim)
Sudah menjadi kebiasaan masyarakat timur untuk mendahulukan apa jua
perbuatan dengan tangan kanan, baik bersalam, makan, menunjuk dan sebagainya,
jadi apabila kita mendengar hadis di atas bukanlah ia menjadi sesuatu yang
janggal. Akan tetapi rata-rata masyarakat moden di zaman ini mula makan dengan
tangan kiri, baik di majlis-majlis rasmi hinggalah ke makan di tempat-tempat
ternama seperti di hotel-hotel besar.
Akan tetapi Nabi berpesan agar makan menggunakan tangan kanan dan
sesiapa yang makan menggunakan tangan kiri, mereka mengikut amalan syaitan.
Melihat tamadun barat yang menyuap makanan dengan tangan kiri malah itu juga
diikuti oleh golongan elit bangsa kita di majlis-majlis “high level”, pasti ada
hikmah mengapa Nabi melarang berbuat demikian.
Otak manusia terbahagi kepada dua hemisfere kiri dan kanan, bahagian
kiri badan dikawal oleh bahagian kanan otak dan sebaliknya. Kajian sains
mengenai aktiviti otak menunjukkan, secara amnya lebih banyak aktiviti di bahagian
kiri otak ketika seseorang itu sedang berada dalam keadaan yg positif contohnya
mesra, riang gembira dan sebagainya. Sifat-sifat negatif seperti menyendiri
lebih aktif di otak sebelah kanan.
Mengapa apabila kita dilanda masalah, meluahkan perasaan ataupun
bercakap sama ada kepada diri sendiri ataupun kepada manusia lain serba sedikit
dapat mengurangkan tekanan di dalam diri kita? Ini berkemungkinan disebabkan
otak kiri terlibat lebih aktif dalam bahasa pertuturan, aktiviti berkomunikasi
dengan tidak secara langsung membuat bahagian kiri otak aktif lantas
menimbulkan perasaan positif dan mengurangkan tekanan perasaan.
Jadi jika kita kaitkan dengan aktiviti makan menggunakan tangan kanan
yang mana akan mengaktifkan bahagian kiri otak, bukankah ia akan menimbulkan
perasaan positif? Lebih positif semasa kita menjamu selera, lebih mudah makanan
dihadamkan dan makin sihatlah tubuh badan.
Makan dengan tangan kiri mengaktifkan otak kanan yg dikaitkan dgn
sifat-sifat negatif, sebab itulah makan dengan tangan kiri meniru syaitan
kerana sifat syaitan itu sendiri yang penuh dengan dengki dan sombong. Lebih
bahaya lagi apabila perbuatan makan dengan tangan kiri itu juga akan membuatkan
manusia lebih mementingkan diri sendiri dan tidak peduli lagi pada insan-insan
lain terutamanya dalam hal makan tersebut.
Persoalannya adalah, jika etika makan ala barat di praktikkan oleh
golongan elit masyarakat kita, maka lebih kerap otak kanan diaktifkan ketika
makan yg mana ianya boleh dikaitkan dgn sikap negatif, menyendiri dan
pentingkan diri sendiri. Mungkinkah ini penjelasan mengapa manusia yang kaya
makin bertambah kaya, berniaga dan mengambil untung berganda-ganda tanpa
mengira kesan terhadap masyarakat dan persekitaran?
Sumber: http://syurgadidunia.blogspot.com/
Label: Info
Catat Ulasan