Bersabda Rasulullah S.A.W. maksudnya
"Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanKu & Ramadhan adalah
bulan umatku.” Rejab ertinya MULIA dimana berlaku nya Peristiwa ISRA’ &
MIKRAJ. Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata mata
kerana mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari
Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. maksudnya,
I.
Sesiapa
yang berpuasa sehari maka akan mendapat keredaan Allah
II.
Sesiapa
yang berpuasa 2 hari maka akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah
III.
Sesiapa
yang berpuasa 3 hari maka akan dijauhkan oleh Allah dari dugaan dunia, diselamatkan
dari penyakit merbahaya,dibina benteng penghalang dari api neraka di akhirat
kelak & dari fitnah dajjal
IV.
Sesiapa
yang berpuasa 4 hari maka akan dijauhkan oleh Allah dari bala bencana
V.
Sesiapa
yang berpuasa 5 hari maka akan dihindarkan oleh Allah dari seksaan kubur
VI.
Sesiapa
yang berpuasa 6 hari maka akan dikeluarkan oleh Allah dari kubur dengan muka
bercahaya
VII.
Sesiapa
yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahanam
VIII.
Sesiapa
yang bepuasa 8 hari maka akan dibukakan oleh Allah 8 pintu syurga baginya
IX.
Sesiapa
yang berpuasa 9 hari maka Allah tidak akan menolaknya dari masuk syurga
X.
Sesiapa
yang bepuasa 10 hari maka Allah akan memperkenankan semua permintaan, hajatnya
& diberikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di Titian Siratal Mustaqim
XI.
Sesiapa
yang berpuasa 15 hari maka Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lalu
disamping akan digantikan segala amal kejahatannya dengan amal kebaikan
XII.
Sesiapa
yang bepuasa lebih dari 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalnya
dengan berlipat kali ganda lagi
XIII.
Orang
yang berpuasa dalam bulan ini di syurga kelak akan diberi minum dari air sungai
yang bernama Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan
& lebih dingin dari salji
XIV.
Dalam
bulan yang lain setiap amalan kebaikan akan membalas dengan 10 kebajikan tetapi
dalam Rejab Allah akan membalas setiap amalan kebaikan dengan 70 kebajikan
Digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan doa,
zikir, bertasbih, istighfar, selawat serta mendengar kisah dan peristiwa yang
berlaku dalam bulan ini seperti Isra’ dan Mikraj.
Melaksanakan Solat Sunat Rejab iaitu Solat
sunat Awal Rejab ( 1 Rejab ) , Malam Pertengahan ( 15 Rejab ) dan Malam Akhir (
30 Rejab ).
Solat – sunat lain seperti Taubat, Hajat,
Tahajjud dan lain-lain. Semoga segala amalan yang dilakukan diterima dan
mendapat keberkatan didunia dan diakhirat kelak. INSYAALLAH
Label: Agama
Catat Ulasan