Rasulullah SAW bersabda, maksudnya ."Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta supaya orang lain tertawa. Celakalah!" (Hadis riwayat Abu Daud)
Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau menggelikan hati orang lain. Sinonimnya kelakar adalah jenaka, lawak dan gurau senda.
Membuatkan orang lain senang hati termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah SAW juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan sahabat Baginda.
Namun, Bergurau mempunyai adab yang digariskan oleh Islam seperti:

- Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah.
- Gurauan itu bukan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
- Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
- Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
- Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
- Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
- Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati seorang muslim.
Label: Lain-Lain
Catat Ulasan