Berkati Umur Dengan 4 Perkara


Bagaimanakah persiapan kita menjelang kehidupan hakiki yang penuh berkat ?

Rasulullah SAW telah meninggalkan satu pesanan yang amat berharga buat kita semua sebagai umatnya. Baginda SAW telah Bersabda: "Memberi sedekah, menyuruh pada kebaikan, berbakti kepada ibubapa dan silaturrahim dapat mengubah penderitaan menjadi kebahagiaan, menambah berkat umur dan menolak kejahatan." (HR Abu Naim)

Empat perkara di atas sangat perlu dititikberatkann oleh kita semua sebagai umat Islam dalam meraih keberkatan hidup dan keredhaan Allah SWT demi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. maka seharusnya kita jadikan elemen tersebut sebagai " The way of life".

Syaitan Pun Berduka


 
Ketika fajar Ramadhan dating menjelma, langit, bumi dan seluruh isinya bergembira menyambut kedatangannya. Bumi yang kita pijak, udara yang kita hirup, matahari yang menynari bumi, bulan yang bberputar mengelilingi matahari, bintang-bintang dan planet-planet diseluruh alam maya, burung-burung yang terbang di angkasa, binatang yang berjalan dan melata, pohon-pohon, gunung, lembah, ikan-ikan yang berenang di lautan dan di perairan daratan, semuanya bergembira menyambut fajar Ramadhan yang datang menjelma.


Hikmah Al-Qur'an diturunkan beransur-ansur

Setiap satu kejadian itu pastilah mempunyai sebab dan akibatnya, dengan kata lain terdapat proses disebalik itu semua, ungkapan inilah yang sangat masyur dikalangan manusia yang sangat lemah ini. Dan disebalik itu semua, ada pelajaran yang mampu untuk dijadikan hikmah dalam kehidupan. Begitu juga dengan Sang Pencipta, Dia tidak serta merta menciptakan sesuatu hal yang Ia sukai tanpa adanya proses.


Begitu juga dengan KalamNya, Allah tidak menurunkan Al-Qur'an sekaligus, namun dengan cara yang beransur-ansur, dan tentunya hal yang demikian ini mempunyai faedah dan hikmah tersendiri.

Mazmumah

Agama Islam adalah agama yang suci dan diterima oleh Allah SWT. Ia mengajar manusia menjadi hamba yang beriman, taat dan berakhlak baik. Pada asasnya agama Islam didirikan dan dibangunkan oleh kekuatan yang unggul iaitu iman dan ukhwah. tidak mungtkin Islam dapat ditegakkan dalam suasana perpecahan.

Rasulullah SAW telah berjaya mendidik para sahabat supaya menyintai saudara meraka lebih dari diri meraka sendiri dan tidak berhasad dengki atau iri hati tetapi sanggup berkorban untuk kepentingan bersama.


Asal Usul Solat

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT  untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat Nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat Nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan di hari pembalasan kelak.


Menjaga Lisan

Awasi kata-kata, walau hanya sekadar memneri komen di muka buku.

Setiap hari manusia tidak akan terlepas dari menggunakan lisan dalam aktiviti harian, apatah lagi pada masa kini teknologi canggih yang memungkinkan penggunaan laman sosial seperti Muka buku, tweeter, Instegram dan sebagainya sebagai perhubungan sosial yang sering digunapakai.

Tapi tahukah anda bahawa setiap kata mungkin akan mengembirakan atau menyakiti hati seseorang dalam sedar mahupun tidak.

Allah SWT berfirman :


"Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukan) melainkan
 ada disisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya)."
(Surah Qaaf, 50:18)

Santapan Rohani

 
Santapan Rohani merupakan satu aktiviti tazkirah Jumaat ringkas yang dikelolakan oleh staf pentadbiran. .

Aktiviti ini adalah satu cetusan idea yang menarik dari Y. Bhg. Dekan yang sedikit sebanyak membantu merapatkan lagi ukhwah dikalangan staf pentadbiran. Ia merupakan aktiviti perkongsian  ilmu dan maklumat disamping memperingatkan tentang apa sahaja yang akan membantu meningkatkan ilmu serta kerjaya dikalangan staf pentadbiran.