
Apapun tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Irwan dan Puan Nadlene di atas kelahiran cahaya mata kembar sepasang pada 10 Julai 2012.
Fakta Kelahiran Kembar
- Kembar seiras berasal dari 1 telur yang bersenyawa dengan 1 sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan rupa yang sama. Manakala kembar tidak seiras pula berasal dari telur-telur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.
- Ubat kesuburan menambahkan risiko mendapat anak kembar, Clomid memberikan 10% risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30%. Kandungan kembar kembar mempunyai lebih risiko untuk lahir pra-matang, keguguran dan kejadian bayi cacat.
- Bayi selalunya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.
- Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan sama ada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca dari masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.
- Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk mengambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi 1. Ia selalunya terjadipada awal kehamilan iaitu 6-7 minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasound.
- Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami PRE-ECLAMPSIA, satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.
- Disebabkan uri yang lebih besa, ibu lebih berkemungkinan untuk mendapat Placenta Previa, satu keadaan di mana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh memberikan pendarahan faraj semasa hamil.
- Ibu sering mendapat "morning sickness" yang berganda dari biasa dan sakit-sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk dari kandungan biasa.
- Peluang hamil kembar menjadi tingg sekiranya anda mempunyai saudara terdekat yang mempunyai anak kembar.
- Hamil kembar bermakna, ibu hamil kembar memerlikan lebih permakanan vitamin dan zat dari kandungan tunggal kerana akan lebih kerap mendapat anemia iaitu kekurangan sel darah merah.
- Ibu lebih berisiko untuk menjalani pembedahan ceaseran kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.
- ibu kembar kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan sama ada melalui ceasereanmahupun kelahiran normal.
Label: Berita Kelahiran

Catat Ulasan