
Banyak perkara yang bermain difikiran mengenai prestasi dan kelakuan anak terutama di tahun satu. bak kata Najwa Latif "Banyak persoalan yang berada diminda...banyak tanda tanya dan juga kata kerja...otak kata jangan hati pula kata ya...hidup tak menentu adakah ini...Banyak soalan banyak juga jawapannya...kata hati dan rasa tak dibiar saja..setiap yang berlaku ada kebaikannya...harus pejam mata dan cuba apa saja..."
Sudah pasti ibubapa tidak runsingkan kakak atau abang kerana pastinya kita tahu prestasi mereka berdasarkan tahun-tahun sebelum ini. apa yang diinginkan adalah peningkatan dalam pembelajaran. Apapun kita pasti mahukan mempunyai anak yang cemerlang.
Kepada ibubapa yang mempunyai anak di Sekolah Rendah Agama juga akan memanggil ibubapa bagi mengambil buku laporan. Ternyata ilmu agama juga ditekankan untuk mengimbangi ilmu dunia dan ilmu akhirat.
Terpulang kepada ibubapa untuk membahagikan masa atau membuat pembahagian yang adil dimana sekolah rendah bapa pergi dan sekolah agama ibu yang pergi. he he he
Tumbuh itu adalah ciri-ciri makhluk hidup, Berkembang adalah ciri-ciri seorang manusia, Berkembang itu pula dimulai dari belajar.
Label: Lain-Lain

Catat Ulasan