Lagu raya

Terlebih dahulu admin ingin memohon kemaafan sebab agak lama tidak memuat naik artikel di blog ini.

Penyepian admin adalah disebabkan kesibukan berikutan kehadiran cahayamata yang ketiga.

Di sertakan beberapa lagu raya untuk halwa telinga dalam meniti 10 hari terakhir ramadhan.


Kelebihan Memiliki Anak Perempuan

Tahniah diucapkan kepada staf berikut di atas kelahiran bayi mereka:

Nama : Aiza Azwadi bin Abdul wahab
Tarikh : 19 Julai 2013
Bayi : Perempuan
 
Qaisara Syakirah
Nama : Mohd Rizal bin Roosli (Juruteknik Kanan)
Tarikh : 20 Julai 2013
Bayi : Perempuan

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : " Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah SWT akan memasukkannya ke dalam Syurga dengan kelebihan rahmatNya untuk mereka."

Resepi Paceri Nenas

Hari ini merupakan hari kesembilan berpuasa, bagi kaum hawa pastinya tengah memikirkan lauk untuk berbuka nanti.

Masak stim...sudah,

Masak kari...sudah,

Masak gulai...sudah,

Masak kicap...sudah,

Sweet sour...sudah

so masih memikir apakah lagi jenis masakan yang belum dibuat untuk santapan berbuka pada petang nanti.


Iftar Ramadhan FKM 2013

Alhamdulillah, Majlis Iftar Ramadhan FKM 2013 sempurna dilaksanakan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan salah satu program besar yang di anjurkan oleh KeSURI. Program ini dibuat di Masjid Saidina Abu Bakar adalah bertepatan dengan program mengimarahkan masjid yang dilancarkan oleh Pusat Islam.

Memang diakui melaksanakan satu-satu program di dalam bulan puasa amat memenatkan, namun ianya amat berbaloi dan semoga diberkati Allah SWT.


Petua Jaundice

Tahniah diucapkan kepada Encik Ridhwan bin Jumaidin di atas kelahiran anak perempuan pada 12 Julai 2013 yang lalu.


Demam kuning atau jaundice kini menjadi kebiasaan bagi bayi baru lahir. Dianggarkan 60 hingga 70 peratus daripada bayi yang lahir mengalami penyakit demam kuning juga dikenali sebagai jaundice ini . Ia merujuk kepada bayi yang mempunyai simptom seperti bahagian putih mata dan kulit yang bewarna kuning-kekuningan. Warna ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan lembut, ia kelihatan kekuningan. ujian ini boleh dilakukan pada semua bangsa.

Ada banyak rawatan susulan/petua yang boleh dipraktikkan untuk mengurangkan kesan demam kuning atau jaundice ini pada anak atau bayi.

Iftar Ramadhan FKM

Setiap tahun KeSURI pasti akan mengadakan program Iftar Ramadhan yang diadakan di perkarangan Pejabat Pentadbiran FKM yang mengumpulkan seluruh warga FKM dan keluarga untuk berbuka puasa bersama.


Pelbagai Aktiviti telah dijalankan sewaktu program tersebut antaranya tazkirah ramadhan, solat maghrib dan isyak berjemaah, meraikan anak-anak yatim dan ibu tunggal, berbuka puasa serta moreh. Program tersebut berjalan dengan jayanya serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan staf. Tidak kurang juga yang membawa pot luck untuk dikongsikan bersama dengan rakan sekerja dan sahabat handai.

Dodol


Dewasa kini, makanan tradisional dodol masih boleh didapati di nagara ini meskipun masyarakat umum lebih terdedah kepada hidangan moden lain seperti kek lapis dan biskut moden. Dodol merupakan salah satu makanan tradisi yang tidak lapok dek hujan, tak lekang dek panas, dari dulu hingga sekarang. Ianya masih diminati walaupun rupa parasnya tidak cantik, hitam manis tapi kesedapannya yang menjadi pilihan.

Bagaimanapun, kewujudannya terhad dan hanya boleh didapati dengan banyak menjelang musim perayaan terutama ketika sambutan Aidilfitri.

Syaitan Pun Berduka


 
Ketika fajar Ramadhan dating menjelma, langit, bumi dan seluruh isinya bergembira menyambut kedatangannya. Bumi yang kita pijak, udara yang kita hirup, matahari yang menynari bumi, bulan yang bberputar mengelilingi matahari, bintang-bintang dan planet-planet diseluruh alam maya, burung-burung yang terbang di angkasa, binatang yang berjalan dan melata, pohon-pohon, gunung, lembah, ikan-ikan yang berenang di lautan dan di perairan daratan, semuanya bergembira menyambut fajar Ramadhan yang datang menjelma.


Salam Ramadhan 2013


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ.
 
" Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."

Puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar sehingga terbenam matahari. Humkum puasa adalah wajib bagi umat Islam. Puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri, secar tidak langsung amalan puasa ini akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus diperaktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

 
Seluruh AJK KeSURI mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada seluruh warga FKM yang beragama Islam. Dikesempatan ini juga kami menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf di atas segala kekhilafan yang telah kami lakukan dsama ada sengaja ataupun tidak, kerana segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala yang buruk itu datannya dari diri kami sendiri yang merupakan hamba Allah yang serba kekurangan.
 

Belaian Kasih

Belaian kasih adalah nama yang diberikan kepada tabung kutipan sumbangan ikhlas dari semua. Tujuan tabung ini diwujudkan adalah bagi membantu sesiapa yang memerlukan tidak kira apa jua musibah yang melanda atau menampung keperluan seharian bagi insan-insan yang kurang bernasib baik seperti anak yatim, ibu tunggal, mualaf dan sebagainya.


Hikmah Al-Qur'an diturunkan beransur-ansur

Setiap satu kejadian itu pastilah mempunyai sebab dan akibatnya, dengan kata lain terdapat proses disebalik itu semua, ungkapan inilah yang sangat masyur dikalangan manusia yang sangat lemah ini. Dan disebalik itu semua, ada pelajaran yang mampu untuk dijadikan hikmah dalam kehidupan. Begitu juga dengan Sang Pencipta, Dia tidak serta merta menciptakan sesuatu hal yang Ia sukai tanpa adanya proses.


Begitu juga dengan KalamNya, Allah tidak menurunkan Al-Qur'an sekaligus, namun dengan cara yang beransur-ansur, dan tentunya hal yang demikian ini mempunyai faedah dan hikmah tersendiri.

Kuih Tradisi

Berhari raya tanpa dilengkapi balang berisi biskut dan kek di atas meja hidangan tentunya terasa kurang meriahnya. Ia sudah menjadi amalan zaman-berzaman sehingga kini. Sebagai sebuah Negara berbagai kaum, Malaysia tidak kalah dengan aneka sajian lazat dan menyelerakan. bahulu, makmur, kek mentega, kerepek bawang, kacang botak, samprit, tapai dan dodol antara hidangan kuih raya tradisi yang masih wujud di hati masyarakat kini.


Menikmati kuih warisan berzaman ini, pasti akan membangkitkan semula kenangan menolong ibu menyediakan kuih raya tradisi di dapur menjelang hari raya.

Pembangunan Perkeranian

Sekadar gambar hiasan
Pada 26 & 27 jun 2013 yang lalu, admin telah mengikuti satu kursus Pembangunan Perkeranian. Di dalam kursus ini peserta diajar untuk meningkatkan kemahiran, protokol dan ciri-ciri yang perlu ada pada seorang Pembantu Tadbir (kerani).

Admin selaku wakil dari peserta ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penceramah bagi kursus bagi 2 hari tersebut iaitu Hj. Jalaludin bin Mohd Nor dan Dr. Ridzuan bin Mohd Sagir yang berjaya membuatkan setiap sesi kursus kami 'sempoi' dan ceria dengan gelak tawa namun turut memberi impak kepada kami dalam melaksanakan tugas harian di pejabat.




Banyak input yang kami dapat melalui kursus ini yang akan meningkatkan prestasi kerja dan teknik serta amalan dalam komunikasi  yang boleh/perlu diamalkan antaranya MESRA,SEDIA, JELASBAGUS dan HEBAT. Kami juga turut diajar tentang protokol dan teknik iaitu apa yang patut dan apa yang tidak sepatutnya dilakukan ketika berhadapan pelanggan/rakan sekerja/ sahabat handai dsb.

Di sini admin akan berkongsikan dengan semua tentang komunikasi sebagai panduan atau informasi bersama.