Pasukan Bola Sepak FKM


Pada petang ini akan berlangsungya perlawanan peringkat suku akhir di antara pasukan FKM melawan pasukan Hepa + Perpustakaan di Padang A pada jam 5.30 petang.
 
 
Perlawanan ini dijangka sengit untuk merebut tempat ke separuh akhir dan admin amat berbangga dengan pasukan FKM kerana berjaya membuka mata semua pihak bagi SAJ 2013. Di mana pasukan FKM telah menjadi salah satu pasukan yang digeruni pihak lawan.
 

Keputusan SAJ 2013

Sukan Antara jabatan (SAJ) merupakan aktiviti sukan tahunan yang diadakan pada setiap tahun. Selain beriadah, ianya juga merupakan pencarian bakat dikalangan warga UTeM dalam bidang sukan bagi mewakili UTeM untuk kejohanan sukan seperti SUKUM, Badan-badan Berkanun dan MTUN (Sukan antara unuversiti MTUN).

SAJ tahun ini, Ketua Biro Sukan KeSURI telah mensasarkan untuk meningkatkan pencapaian sukan berbanding tahun lepas. Banyak muka-muka baru diketengahkan bagi persiapan SAJ2013 seperti Bola Sepak, Bowling, Balapan dan juga sukan-sukan lain.

Beberapa acara telah berlangsung bagi kejohanan SAJ2013. Berikut adalah keputusan acara tersebut :

Sandwich di Booth KeSURI

 
Sandwich merupakan makanan yang ringkas dan berkhasiat bermula dengan penyediaan dan juga pemakanannya.
 
Sandwich roti gandum yang kaya dengan serat juga kaya dengan folate (sejenis vitamin B yang digunakan untuk membuat sel-sel ingatan dalam otak) yang merupakan hal penting dalam meningkatkan kejernihan berfikir.
 

Wang Poket

 
Wang poket merupakan wang perbelanjaan harian peribadi seseorang, ianya bergantung kepada individu untuk mengawal perbelanjaan tersebut. berikut adalah aplikasi andriod untuk merancang perbelanjaan harian anda.
 
Tapi bukan itu yang ingin diperkatakan disini.
 

Kuliah Maghrib

Alangkah indahnya jika satu keluarga pergi ke majlis ilmu, sedikit sebanyak ianya dapat meningkatkan moral anak-anak untuk menjadi pemuda pemudi yang berakhlak.
 
 
Sehubungan dengan itu, anda dan keluarga dijemput menghadiri Majlis Kuliah Maghrib pada ketetapan berikut :
 
Tarikh : 17 Mac 2013
Masa : Selepas Maghrib (anda juga digalakkan untuk berjamaah)
Tempat : Masjid Nurul Hidayah @ Masjid Airport.
Penceramah : Ustaz Haryanto Rizal
 

Anak Rezeki Dari Allah


Tahniah diucapkan kepada staf berikut di atas kelahiran ahli keluarga baru :

Nama : Muhamad Muzaini bin Sahary (Pak Jen)/ (Penolong Jurutera Kanan)
Bayi : Lelaki
Tarikh : 10 Mac 2013

Nama : Hairul Nezam bin Wahid (Juruteknik)
Bayi : Perempuan
Tarikh : 10 Mac 2013

Nama : Nurul Hilwa binti Mohd Zini (Pensyarah)
Bayi : Perempuan
Tarikh : 10 Mac 2013

MAPPA XIII

Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas yang diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada jam 11.00 pagi tadi yang bertemakan "Tranformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020".


Majlis tersebut telah dihadiri lebih kurang 10,000 anggota perkhidmatan awam dari seluruh Malaysia.

Di majlis tersebut Perdana menteri, YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak telah mengumumkan 'berita baik' 10 perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam.

Salam Takziah

Al Fatihah...

Salam takziah diucapkan kepada Encik Mahader bin Muhamad (juruteknik) di atas kehilangan ibu tercinta yang telah kembali ke rahmatullah pada 9 Mac 2013.

Bersama kita doakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang bertaqwa di syurga. In Shaa Allah.

Nescafe Percuma

Sempena Mesyuarat Agung KeSURI 2013 yang diadakan pada petang 6 Mac 2013, salah seorang ahli KeSURI Iaitu Encik Ismail bin Ibrahim telah membawa masuk Nescafe bagi menyediakan minuman percuma kepada staf dan pelajar di Kampus Industri, UTeM pada sebelah pagi.


Mesyuarat AGM KeSURI 2013

Mesyuarat AGM KeSURI 2013 telah berlangsung dengan jayanya. yang telah dihadiri anggaran 70 orang ahli.

Mesyuarat bermula dengan pendaftaran Ahli, juga serahan cenderamata di kaunter pendaftaran. Di sini juga dibuka kaunter bayaran yuran kepada mereka yang ingin menjelaskan yuran.

Sesi pendaftaran
Cenderahati
Selesai sesi pendaftaran, mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Hafidzal diikuti dengan ucapan ringkas Pengerusi KeSURI iaitu Encik Reduan bin Mat dan beserta pembentangan laporan kelab bagi tahun 2012.