Tahniah dan Terima Kasih

Pertamanya admin dan seluruh warga FKM mengucapkan Tahniah kepada penama berikut di atas kenaikan pangkat mereka:

1. Dr. Mohd Nizam bin Sudin
2. Encik Wan Mohd Farid bin Wan Mohamad
3. Encik Wan Mohd Zailimi bin Wan Abdullah @ Zakaria
4. Encik Shafizal bin Mat
5. Encik Mohd Azli bin Salim

Juga ucapan terima kasih kerana sudi menjamu kami tanda syukur di atas kenaikan pangkat.

Permudahkan Hidup

Setiap Orang mempunyai keinginan untuk menjadi yang terbaik dan hampir kesemua dari kita punyai naluri inginkan keselesaan yang terbaik dalam apa saja yang ingin kita lakukan. Menjadi yang terbaik biasanya tersimpan kemas di dalam hati sanubari.

Walaupun secara zahirnya, mulut menafikan untuk menjadi yang terbaik, hakikatnya sesekali kita cuba berangan untuk meletakkan diri dalam keadaan terbaik.

Permudahkan Hidup

Menjadi orang yang berjaya dengan cara tersendiri adalah dengan meringkas dan memudahkan hidup dengan menikmati apa yang sedang kita miliki. Kita perlu mencipta sejarah sendiri tanpa cuba menjadi orang lain. Petuanya :

Keputusan Kejohanan Badminton Tertutup FKM 2013

Selesai sudah program riadah dan mencari bakat baru dalam sukan badminton bagi mewakili fakulti pada Kejohanan SAJ 2013.



Tumpuan yang hilang

Pada pendapat admin program ini berjaya, berikutan banyak bakat baru yang boleh diasah terutama pemain wanita yang dilihat banyak peningkatan. Dengan hanya sedikit suntikan semangat dan sedikit skill training pemain ini mungkin akan menghasilkan pingat untuk fakulti di kejohaan SAJ nanti.

Hari Kelahiran

Alhamdulillah, hari ini genaplah usia admin 33 tahun.


Syukur kepada Allah SWT kerana telah memanjangkan usia dan mengurniakan admin kesihatan yang baik, sebuah kehidupan yang sempurna dengan sebuah keluarga yang bahagia (semoga ianya akan berkekalan ke akhir hayat),  perkerjaan halal, bos yang baik, rakan sekerja yang baik yang sentiasa bekerjasama, rakan -rakan yang sentiasa menyokong dan membantu di setiap masa, dan mempunyai sebuah perniagaan yang diusahakan dengan titik peluh sendiri.

Majlis Penghargaan ICEI & FV2012

Pada 6 Februari 2013 telah berlangsungnya Majlis Penghargaan ICEI & FV2012 yang diadakan di Kafeteria Kampus Industri. Majlis ini diadakan bagi mengenang jasa petugas-petugas yang telah melaksanakan program tersebut dengan jayanya.

Terima kasih kepada staf yang hadir ke majlis tersebut tidak lupa kepada Tetamu-tetamu VIP yang turut hadir ke majlis "simple tapi meriah" ini.

Tazkirah Jumaat



Sebentar tadi telah berlangsungnya Tazkirah Jumaat bagi Bulan Februari 2013. Tazkirah pada kali ini adalah bertajuk Amalan Sunnah dan kelebihan Hari Jumaat yang disampaikan oleh Ustaz Aswanzie Abbyd. Seramai lebih kurang 50 orang staf yang mempunyai kelapangan masa telah hadir ke tazkirah tersebut.


Di awal tazkirah, beliau menerangkan kepada setiap sesuatu perkara atau perbuatan perlu berasaskan kepada 5 hukum asas iaitu wajib, sunat, makruh, harus dan Haram. 5 Hukum ini menjadi asas dalam kehidupan seharian terutama bagi umat islam. Cermin mata merupakan contoh yang diberikan oleh Y.Bhg. ustaz iaitu seseorang yang rabun wajib memakai cermin mata untuk melaksanakan aktiviti harian seperti membaca dan sebagainya.