Nama Anak

Tahniah diucapkan kepada staf berikut di atas kelahiran bayi mereka:

Nama : Anita Akmar binti Kamarolzaman
Bayi : Perempuan
Tarikh : 29 November 2012

Nama : Fadhilah binti Shikh Anuar
Bayi : Lelaki
Tarikh : 29 November 2012

Sunnah menyambut kelahiran bayi ialah memberinya nama dengan nama-nama yang baik. Dari Abu Darda' RA, bersabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya pada hari kiamat nanti kamu akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Oleh itu, berilah nama yang baik untuk kamu." (HR Abu Daud).

Aktiviti Riadah staf

Kawasaki + Victor
Sukan badminton merupakan salah satu sukan yang diminati ramai selain dari bola sepak. Selain dari datu Lee Chong Wei, pastinya peminat sukan badminton mengenali pemain-pemain bertaraf dunia dari negara lain yang mempunyai skil dan tetangkasan dalam mengawal bola seperti Lin Dan, Chen Jin, Peter Gade, Jung Jae Sung dan ramai lagi.

Sukan ini turut diminati sebahagian dari staf FKM malah turut mengasah skil dalam sukan badminton ini. Bukan untuk mengantikan Datuk Lee Chong Wei tetapi merupakan aktiviti riadah dalam menangani stress di tempat kerja.

Pengalaman di Utara Semenanjung

Pada minggu lepas admin telah diarahkan untuk menjadi urus setia program yang dibuat di Kangar, Perlis. Admin dan beberapa staf telah menginap di Hotel Seri Malaysia.

Hotel Seri Malaysia
Apa yang ingin dikongsikan adalah pengalaman admin sewaktu menjalankan tugasan tersebut. Ini merupakan pengalaman pertama admin menjejakkan kaki di Perlis. Perjalanan kami mengambil masa selama 11 jam (sengaja memandu secara rilek sambil memerhati pemandangan disamping mengelak dari ditembak oleh kamera AES).Tiada apa yang menarik sepanjang perjalanan kecuali berbual sesama kami.

Kenaikan Pangkat secara Time-Based

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyambut baik dan bersetuju dengan cadangan kerajaan supaya kenaikan pangkat secara "timedbased", yang kini dinikmati sektor pendidikan dan kesihatan, diperluas kepada perkhidmatan awam lain.

Presidennya, datu Omar Osman berkata langkah ini sememangnya dinantikan penjawat awam lain.

"Kalau semua kementerian menggunakan kaedah time-based, itu satu perkara yang amat ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam. Sebab di situ nanti mereka akan dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi kerja mereka."

"Time-based ini tidak sama dengan kenaikan pangkat KUP (Khas untuk Penyandang). Time-based mesti ada satu mekanisma supaya yang naik berdasarkan kaedah time-based hanya yang betul-betul layak sahaja. Kalau dia naik jawatan tapi tak tau nak buat kerja apa pun, baik tak payah." Katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kad Skuad Pengguna kepada anggota CUEPACS.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkaitan cadangan kerajaan berhubung perkara itu.

Sumber : Cuepacs.blog

Menyambut Kelahiran

Tahniah kepada Encik Basri bin Ali di atas kelahiran Bayi perempuan pada 24 November 2012.

Antara sunnah menyambut kelahiran anak ialah mencukur kepala anak pada hari ketujuh kelahirannya. Kemudian bersedekah kepada orang-orang fakir dengan perak seberat timbangan rambutnya itu.

Terdapat beberapa hadis yang menjelaskan perkara ini, antaranya ialah :

Dari Ja'far bin Muhammad dari ayahnya, dia berkata :"Fatimah RA telah menimbang rambut kepala Hasan, Husin, zainab dan Ummu Kalsom. Lalu dia menyedekahkan perak sebanyak timbangan rambut berkenaan."(HR Imam Malik)

Yahya bin Bakir ,eriwayatkan dari Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW telah menyuruh agar dicukur kepala Hasan dan Husin pada hari ketujuh dari kelahiran mereka. Lalu dicukur kepala merek, dan baginda menyedekahkan perak seberat timbangan rambut berkenaan."

Tahnik

Tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Yuszrin bin Yacob (Juruteknik) di atas kelahiran bayi lelaki pada 20 November 2012.

Antara sunnah yang perlu diamalkan terhadap bayi ialah 'tahnik', iaitu menggosok langit-langit bayi dengan kurma.

Caranya : Kurma yang dikunyah diletakkan di atas jari, kemudian memasukkan jari berkenaan ke dalam mulut bayi. Gerak-geraknya ke kanan dan ke kiri dengan lembut hingga merata.

Jika sukar untuk memperoleh kurma, boleh diganti dengan manisan lain.

Dan yang lebih utama, "tahnik" ini hendaklah dilakukan oleh seorang yang mempunyai sifat taqwa dan soleh. Ini adalah sebagai suatu penghormatan dan harapan agar anak ini juga akan menjadi seorang yang bertaqwa dan soleh.

Hadis Rasulullah SAW dari abu Burdah, dari Abu Musa RA, katanya :"Aku telah dikurniakan seorang anak. lalu aku membawanya kepada Nabi SAW dan baginda menamakannya dengan Ibrahim, men'tahnik' nya dengan kurma serta mendoakannya dengan keberkatan. Kemudian Baginda SAW menyerahkannya kembali kepadaku." (HR Bukhari & Muslim)

Bantulah Palestin

Setiap hari pasti kita akan membaca dalam akhbar tentang kekejaman Israel terhadap penduduk Palestin. Pastinya berpuluh-puluh nyawa telah melayang dan mungkin beribu yang mengalami kecederaan akibat pengeboman oleh tentera Israel.

Kematian dan kecederaan yang dialami oleh penduduk Palestin setakat semalam

"Saya boleh menghapuskan semua bangsa yahudi ketika saya berkuasa, tetapi saya tinggalkan sedikit untuk kamu mengenali saipakah sebenarnya bangsa yahudi dan mengapa saya membunuhnya." - Adolf Hitler.

Insentif Khas

Kongress Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menyediakan insentif khas kepada penjawat awam yang tidak berpeluang dinaikkan pangkat meskipun mempunyai ijazah dan diploma. Presidennya Datuk Omar Osman berkata, pihaknya mencadangkan agar insentif khas sebanyak RM350 diberikan kepada pemegang ijazah dan RM200 kepada pemegang diploma.

Beliau bagaimanapun berkata, insentif berkenaan hanya layak diberikan kepada petugas yang mempunyai ijazah atau diploma yang berkaitan dengan jawatan mereka " Sekarang kita ada hampir 5000 pekerja sektor awam yang mempunyai ijazah atau diploma tetapi terhad untuk meningkat kepada jawatan lebih baik tertakluk kepada jawatan kosong. Jadi kita mahu walau[pun tidak dinaikkan pangkat tetapi diberi insentif tersebut memandangkan mereka dibebankan dengan tugas berdasarkan pengalaman mereka." katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Malaysai (GAKUM) di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Menurut Omar, pemberian insentif itu akan dapat memberikan keadilan kapada penjawat awam selain menaikkan semangat mereka untuk bekerja bersungguh-sungguh. Sementara itu, beliau berharap kerajaan menetapkan kauta ke atas pengambilan jawatan kosong sektor awam bagi memberi keadilan kepada semua penjawat awam.

"CUEPACS mencadangkan 50% kouta dibnerikan kepada penjawat awam sedang berkhidmat manakala 50% lagi kepada pemohon baharu." katanya. " Bagi memastikan kebajikan kira-kira 45000 pekerja kontrak, kerajaan diminta menyerap kesemua pekerja kontrak yang berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun ke jawatan tetap. Sekiranya tidak dapat dilaksanakan serentak, kontrajk pekerja tersebut perlu disambung selain pengambilan pekerja kontrak baharu tidak diteruskan lagi." " Saya kesal kerana ada agensi yang menamatkan pekerja mereka dan melantik pekerja baharu sebab mereka dapat membayar gaji yang murah kepada pekerja baharu." ujarnya lagi.

Sumber : CUEPACS

Rezeki

Sering kali kita berdoa supaya dimurahkan rezeki, kita akan beranggapan rezeki itu hanyalah helaian RM yang mememudahkan kita membeli apa sahaja yang kita mahu. Sebenarnya rezeki itu luas tafsirannya. Segala kebaikan yang Allah kurniakan kepada kita adalah rezeki yang tidak terhitung. Antara rezeki yang sering kita lupa mensyukurinya adalah :

1.   Kesihatan tubuh badan
2.   Anak-anak yang soleh dan tidak berkerenah
3.   Sahabat yang ikhlas
4.   Jiran yang baik.
5.   Pekerjaan yang bersesuaian
6.   Ilmu yang berguna untuk kehidupan
7.   Negara yang aman dan stabil.

Allah memberi jalan buat setiap hambanya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan di dunia dan di akhirat. Di antaranya :

Usahawan

 
 
Menceburkan diri dalam perniagaan memang susah, bila dah jadi usahawan anda tidak ada pilihan lain selain daripada memastikan anda berjaya dan tidak lagi menyusahkan diri sendiri dan juga orang lain.

Pendidikan Awal Anak

Tahniah di ucapkan kepada Engr. Dr. Mohd azman bin Abdullah di atas kelahiran bayi perempuan pada 5 November 2012.


Antara pendidikan awal terhadap anak ialah sejurus selepas di dilahirkan ke dunia. Perkara pertama yang sunat dilakukan ialah mengazankan dan mengiqamahkan ke telingan anak.

Pengguna Jalan Raya

Berdasarkan statistik, kemalangan jalan raya di seluruh negara meningkat sekali ganda dalam masa 10 tahun 265,175 kepada 449040 kes sehingga 2011.


Timbalan Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Ahmad Nasir Abdul Ghani berkata, kejadian kemalangan itu menunjukkan peningkatan 60.3 peratus dalam masa 10 tahun diikuti kematian akibat kemalangan meningkat sebanyak 17.6 peratus.

Berikutan situasi itu, katanya negara mengalami kerugian antara RM8 hingga RM9 bilion setahun akibat kematian dan kecederaan membabitkan pengguna jalan raya.

Penunggang dan pembonceng motosikal merupakan penyumbang terbesar kepada bilangan kematian akibat jalan raya, di mana pada 2010 sahaja daripada 6872 kematian dan seramai 4036 orang membabitkan penunggang serta pembonceng motosikal.

Namun, bukan semua kemalangan motosikal adalah disebabkan kecuaian penunggang sahaja, terdapat faktor lain yang menyumbang kepada kemalangan tersebut.

Berdasarkan pengalaman admin, sikap pengguna jalan raya yang lain adalah faktor kemalangan yang membabitkan motosikal. Berikut adalah beberapa faktor yang pernah dialamai sendiri oleh admin.

1. Dihimpit oleh kenderaan lain - ketika admin menunggang untuk ke tempat kerja, pernah beberapa kali di himpit oleh kenderaan lain sehingga terbabas ke bahu jalan. Apakah alasan pemandu kenderaan tersebut sehinggakan perlu menghimpit motosikal?

2. Kenderaan keluar simpang tiga tanpa memberhentikan kenderaan - Apa yang difikirkan oleh pemandu tersebut? Adakah motosikal itu boleh mengelak? apa akan berlaku sekirangan tidak sempat membrek? sekiranya dapat mengelak dan memekan jalan sebelah dan tedapat kenderaan di hadapan, apakah yang akan berlaku?


Seharusnya pemandu kenderaan perlu memberi perhatian kepada penunggang motosikal kerana mereka tiada perlindungan tambahan selain dari topi keledar, tidak seperti kenderaan lain yang mempunyai bumbung, pintu dan tali pinggang keselamatan.

Sekiranya berlaku kemalangan mereka terdedah kepada pelbagai bahaya. paling tidak kecederaan luka yang merupakan kecederaan yang paling ringan yang mengambil masa 2 3 hari untuk sembuh. Apatah lagi sekirangan kecederaan itu ialah patah tangan atau kaki atau kematian.

Jika berlaku kecederaan serius mahupun ringan, ia akan melibatkan banyak perkara antaranya diri, keluarga, pendapatan, majikan dsb.

Sehubungan itu, nasihat admin kepada pengguna jalan raya agar memberi sedikit perhatian dan keperihatinan kepada penunggang motosikal, bukan mereka tidak memikirkan keselamatan mereka tapi mungkin disebabkan perkara lain yang membuatkan mereka memilih untuk menunggang.  


Gaji Penjawat Awam naik 5% setahun

Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan sehingga lima peratus bermula tahun hadapan.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Hamsa berkatakajian itu bagi membantu penjawat awam menangi masalah kos hidup yang semakin meningkat.

"Kita akan mengambil kira mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula." katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama 500 penjawat awam dan Anugerah Inovasi Sektor Awam Di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Beliau berkata kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manafaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.

Ali berkata pihaknya turut mengambil kira kajian yang dibuat Suruhanjaya Khas Tranformasi Perkhidmatan Awam yang akan membentangkan laporan penuh kepada kerajaan pada akhir tahun ini.

"Buat masa ini suruhanjaya berkenaan sedang membuat kajian menyeluruh berhubung sektor awam di negara ini, kita akan mengambil isu kenaikan gaji ini jika ia ada termaktub dalam kajian itu, namun jika tidak ada isu (kenaikan gaji) dalam laporan itu, kita akan mulakan kajian mengenainya pada tahun hadapan." katanya.

sumber : cuepacs.blogspot

Tanggungjawab Bapa

Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak. Namun disebalik kebahagiaan ini tersimpan tanggungjawab yang amat berat yang harus dipikul. Anak amat bererti kepada ibubapa, antaranya :

1. Anak sebagai rahmat Allah SWT
2. Anak sebagai amanat Allah SWT
3. Anak sebagai saham di Akhirat
4. Anak sebagai sumber kebahagiaan
5. Anak sebagai penguji keimanan


Admin mengucapkan tahniah kepada Dr Nor Salim bin Muhammad di atas kelahiran bayi perempuan pada 30 Oktober yang lalu.