Ucap Tahniah


Nabi Muhammad SAW berbangga dengan ramainya umat Baginda di hari Akhirat kelak.Justeru, kelahiran bayi adalah sesuatu yang perlu disambut dengan adab Islam sebagai permulaan proses pembentukan mereka menjadi insan yang berguna.

Kesempatan ini kami mengucapkan tahniah kepada Puan Siti Khatijah binti Ayob @ Mohammad (Pembantu Akauntan) di atas kelahiran bayi leleki pada 29 Oktober 2012.

Saham Akhirat

Baru-baru ini admin telah menerima undangan Majlis korban oleh Pertubuhan Kebajikan Al-Muhibbin yang terletak di Taman Asean. Al-Muhibbin membawa maksud kasih sayang dan ianya merupakan satu pertubuhan kebajikan dalam mencanting kanvas kehidupan masyarakat yang terbiar agar nasib mereka terus terbela dalam meneruskan liku kehidupan yang kian mencabar. Pertubuhan ini adalah sebuah badan kebajikan yang diuruskan oleh orang persendirian.


Tujuan Pertubuhan Kebajikan Al-Muhibbin ini adalah untuk menjaga kebajikan terhadap golongan yang tidak bernasib baik seperti fakir miskin, anak-yatim dan ibu-ibu tunggal. Kehidupan golongan ini seperti "retak menanti belah" dek kerana nasib mereka terpinggir jauh daripada merasai kenikmatan hidup lantas hanyut dalam ledakan permodenan dunia.

Bumi Akan Bergelap Pada 23,24 & 25 Disember 2012

Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena Bumi kan bergelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23,24 dan 25 Disembar 2012. Apakah ini satu bencana atau satu anugerah? Entah benar atau tidak ia hanyalah jangkaan manusia sahaja.



Para saintis NASA menjangkakan perubahan alam semester dengan kegelapan penuh pada Bumi selama 3 hari bermula 23 Disember 2012 bukanlah akakan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah "Penyejajaran Alam Semester", dimana matahari dan Bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bum,i akan bertukar tempat dari dimensi ke -3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke-4.

Formula Varsity 2012


Selesai sudah program Formula Varsity 2012. Segala usaha dan penat lelah peranacangan dan pelaksanaan yang mengambil masa hampir 2 tahun berbaloi.

 
 

Terima kasih kepada semua yang terlibat, segala sokongan dan jasa anda amat dihargai. Tidak ketinggalan kepada staf yang terlibat dengan Medan niaga selama program ini berlangsung.

Kuliah Maghrib bersama Ustaz Azhar Idrus

Gambar Banner yang diGantung di Masjid Nurul Hidayah

Mungkin ramai yang mengenali Ustaz Azhar Idrus, Beliau merupakan seorang ustaz yang terkenal terutama dikalangan anak muda. Ustaz Azhar juga famous di you tube, Beliau sentiasa memberi ceramah atau kuliah mengenai permasalahan umat. 

Setiap kali ceramah atau kuliahnya pasti penuh dengan jemaah yang hadir. Untuk makluman semua Ustaz azhar akan berada di Melaka bagi menyampaikan kuliah Maghrib pada ketetapan berikut:

Tarikh   :   19 Oktober 2012 (Jumaat) Selepas Solat Maghrib
Tempat  :  Masjid Nurul Hidayah @ 'Masjid Airport'

Kepada sesiapa yng mempunyai kelapangan, tuan dijemput hadir untuk mengimarahkan lagi majlis ilmu itu nanti. Semoga kedatangan tuan akan mendapat rahmat dan keredhaan Allah.

 

Jemputan Tazkirah

Sempena dengan bulan Zulhijjah yang bakal menjelang, KeSURI akan mengadakan satu program khas iaitu Tazkirah Jumaat Khas Hari Raya Aidiladha 1433/2012 yang akan diadakan pada ketetapan berikut :
 
Tarikh   :   19 Oktober 2012 (Jumaat)
Masa     :   11.00 pagi
Tempat :   Bilik Seminar, Tingkat 3, FKM
Penceramah   :   Erti Sebuah Pengorbanan dalam mengejar Redha Allah.
 
 
 
Kepada semua yang berkelapangan dijemput hadir untuk mengimarahkan lagi majlis ilmu itu nanti. Semoga kedatangan anda mendapat anugerah rahmat dan redha daripada Allah SWT, InsyaAllah.

Perniagaan Berjaya tidak Perlu Business Plan

Penyediaan kertas kerja perancangan perniagaan sebenarnay tidak perlu dan ia tidak pernah menjamin kejayaan sesebuah perniagaan.


Walaupun pendapat ini tidak disokong oleh mana-mana pakar, namun ia adalah hasil dari pengalaman dan pemerhatian terhadap rakan-rakan yang berjaya dalam perniagaan masing-masing.

Pendapat tersebut bukannya cakap kosong kerana Havard Business review ada mengeluarkan artikel dengan tajuk yang sama. Penulis menolak keperluan menyediakan business plan sebagai pra-syarat menjayakan sesebuah perniagaan.

FV Last Meeting b4 Race Day


Pada 3 Okt 2012, jam 2.30 petang Mesyuarat Formula Varsity 2012 telah diadakan dan telah dihadiri oleh semua AJK yang terlibat. Mesyarat tersebut adalah mengenai tugas dan tanggungjawab setiap AJK, tentetif program, sedikit penerangan tentang lay out litar dan apa yangboleh dan apa yang tidak boleh dilakukan sepanjang program tersebut berlangsung.

Gambar sewaktu mesyuarat yang dilinkkan dari imsymo.blogspot.com terima kasih diucapkan.

Short Cut key Board

 
Pada hari ini komputer (pc)/ komputer riba merupakan antara satu tren selain penggunaan harian ianya juga menjadi alat hubungan sosial yang hampir digunakan setiap orang.

Tapi tahukah anda, bagi memudahkan penggunaannya telah diwujudkan short cut key bagi mempercepat disamping memudahkan sesuatu kerja.

Belanjawan 2013

Selepas pembentangan Belanjawan 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak, rata-ratanya berpuas hati dengan apa yang dibentangkan terutama kebajikan rakyat. Penjawat awam juga rasa amat bersyukur dengan pemberian bonus 1 1/2 bulan. Namun terdapat rasa tidak puas hati dikalangan swasta dengan imbuhan bonus kepada penjawat Awam in. Tidakkah mereka bersyukur dengan bonus yang diberikan setiap tahun oleh majikan mereka?

Berbalik kepada pembentangan Budget 2013 yang bertemakan "Memakmur negara, Mensehjahtera rakyat, sebuah janji ditepati" , berikut adalah antara belanjawan yang telah dibentangkan:


MERINGANKAN KOS SARA HIDUP

1. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2)
    * Bantuan tunai RM500 - Isirumah berpendapatan < RM3000
    * Bantuan tunai RM250 - Individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan < RM2000

2. Program Penyeragaman Harga (Sabah& Sarawak)
    * Subsidi pengangkutan (contoh : LPG asal RM70 ; harga subsidi RM26.60)
    * Membuka 57 buah Kedai Rakyat 1Malaysia

3. Diskaun Komuter KTMB
    * Diskaun 50% kadar tambang komuter bagi pengguna berpendapatan < RM3000

4. Pesara Tentera tidak berpencen
    * Bantuan tunai RM1000 kepada bekas tentera yang menamatkan perkhidmatan kurang 21 tahun.

5. Pengurangan Cukai Pendapatan Individu
    * Kadar cukai pendapatan diturunkan 1 mata peratusan bagi kumpulan pendapatan bercukai tahunan > RM2500 ~ RM50000.

6. Diskaun Tambang Feri (Labuan ke Sabah & Sarawak)
   * Diskaun 50% ke atas tambang penumpang feri
   * Diskaun 50% ke atas tambang feri bagi kenderaan pengangkutan barangan.

7. Mempermudahkan Ibadah Haji
    * Membenarkan pencarum KWSP menggunakan simpanan Akaun 2 untuk menampung kekurangan tambang menunaikan haji.

8. Diskaun Bayaran Pasport
    * Diskaun 50% kepada warga emas & kanak-kanak bagi bayaran pemprosesan pasport antarabangsa bertempoh sah laku 5 tahun.

9. Bonus kakitangan Kerajaan
    * Pemberian Bonus kepada kakitangan awam sebanyak 1.5 bulan.

10. Menaikkan Pencen
     * Bayaran pencen dinaikkan RM720 ke RM820 (pesara kerajaan yang telah berkhidmat melebihi 25 tahun)