Semakan Saman

Setelah bercuti dan kembali bertugas pastinya ramai yang terfikir-fikir, adakah aku telah disaman Speed trap semasa perjalanan pulang ke kampung itu hari.

Bagi merungkaikan masalah itu, semuanya dihujung jari anda, Malah nak bayar online pun boleh. Apa yang perlu dilakukan ialah :

1. Semakan saman PDRM secara online : klik disini


2. Semakan saman PDRM melalui SMS:

Taip POLIS <jarak> SAMAN <jarak> [nombor pendaftaran kenderaan] hantar ke 32728

Contoh : POLIS SAMAN MCC4905 hantar ke 32728

Pengajuran Formula Varsity™


Formula Varsity™ adalah merupakan antara program terbesar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal yang dibuat setiap 2 tahun sekali. Ia adalah satu acara yang mencabar pelajar kejuruteraan untuk mereka bentuk, membina dan menguji jentera kereta lumba gaya formula untuk mereka. Ia juga merupakan satu acara dimana kemahiran teknikal dan analisis pelajar diuji. Di dalam platform ini kreativiti para pelajar diuji dalam membangunkan jentera dan menyelesaikan masalah secara praktikal.

Formula Varsity™ juga memberi pelajar pengalaman unik dan pengetahuan disamping kemahiran kerja berpasukan di luar bilik darjah. Ia juga menuntut pengetahuan dalam semua aspek industri automotif termasuk penyelidikan, reka bentuk dan analisis, membangunkan prototaip, menguji, membuat, memasang, pengurusan dan kemahiran komunikasi.

Ahli Fizik Masuk Islam Kaji Matahari Terbit Dari Barat

Perkembangan Islam di Ukraine yang pesat menyaksikan hampir setiap dua minggu terdapat rakyat asal Ukraine memeluk agama Islam di Pusat Islam Kyiv. Tetapi kejadian berikut ada kelainan apabila pusat tersebut didatangi oleh saintis Ukraine bernama Dimitry Boliakov. Beliau seorang saiantis muda yang tekun dalam kajian fiziknya. Beliau memasuki masjid di pusat tersebut ditemani bersama seorang yang aktif di pusat tersebut.

Pusat Islam Kyiv

Selepas imam menyampaikan kuliah biasanya di masjid tersebut dan kemudiannya diikuti dengan majlis lafaz sahadah oleh saudara Dimitry. Apakah kelainan peristiharan syahadah kali ini berbanding dengan yang lain sebelumnya. Ketika inilah Dimitry menjelaskan perjalanannya menuju keimanan terhadap Islam. Dia menyatakan kemasukkannya ke dalam Islam ialah hasil kajian sains terutamanya dalam fizik yang menjadi pengkhususannya. Sidang jemaah dengan penuh khusyuk dan tanda tanya bagaimana kajian fizik yang beliau jalankan dapat membawanya masuk Islam.

Speed Trap


Kalaulah PDRM boleh buat cam ni...


1. Pastinya dapat mengurangkan kemalangan maut.
2. Pemandu akan lebih berhemah
3. Undang-undang lalulintas pasti akan dipatuhi.
4. Di PLUS orang tidak akan memandu melebihi 120 km/j
5. Tak perlu OPS SIKAP @ OPS SELAMAT lagi

Aidilfitri 2012

Selamat Hari Raya, rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan ucapan ini kepada semua.

Kemeriahan dan keseronokan beraya di kampung halaman, berjumpa sanak saudara, rakan taulan dan saling bermaafan, pastinya memberikan pengalaman yang cukup indah. Disajikan pelbagai juadah kepada tetamu dan pastinya air tangan ibu sentiasa dinantikan setiap kali raya menjelang. Tidak kurang juga anak-anak yang sibuk mengumpul "duit raya".

Undangan rumah terbuka juga sinonim dengan sambutan hari raya. Selain dari majlis kahwin kesempatan menghadiri rumah terbuka perlu dipenuhi bagi mengeratkan silaturrahim dikalangan saudara dan teman-teman, kerana dikesempatan ini kita dapat berjumpa dengan saudara terutama saudara jauh yang mungkin anak-anak kita tidak berpeluang untuk mengenali mereka secara dekat.

Adab-Adab Hari Raya

1.   Mandi (الاغتسال): Ia merupakan salah satu dari adab yang baik sebelum keluar bersolat. Ia telah dilaporkan oleh Sa'id Ibnu Jubair, berkata : "3 perkara yang menjadi sunnah pada hari raya : berjalan kaki (ke tempat Solat), mandi dan mekan sebelum keluar (hari raya Aidilfitri).

2.   Makan sebelum keluar (الأكل قبل الخروج ): Seseorang janganlah hendaknya pergi ke rempat solat peda hari raya Aidilfitri sebelum makan beberapa tamar, kerana diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas Ibnu Malik berkata : "Rasulullah SAW tidak akan keluar pada pagi hari raya Aidilfitri sehinggalah dia memakan beberapa tamar dan Beliau akan makan bilangan ganjil."

Beberapa kesalahan Berhari Raya


Sabda nabi Muhammad SAW kepada Abu Bakar ra : "Setiap kaum ada perayaan, dan ini adalah perayaan kita". (HR Bukhari dan Muslim).

Sebagai persiapan untuk menyambut hari raya kita seharusnya menjaga adab-adab yang menepati sunnah Nabi Muhammad SAW agar kita semua bukan sahaja dapat bergembira malah dapat beramal soleh dan mandapat ganjaran pahala dari Allah SWT.

Namun kadang kala kita alpa tentang adab dan sunnah yang menyebabkan kita sering melakukan kesalahan dan dosa sewaktu meraikan Aidilfitri. 

Selamat Hari Raya


Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Dikesempatan ini AJK KeSURI memohon ampun dan maaf di atas segala khilaf yang telah dilakukan sepanjang tempoh lantikan. Sesungguhnya kami hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan kerana segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala yang buruk itu datangnya dari diri kami sendiri.

Iftar KeSURI 2012

Program Iftar KeSURI 2012 yang dirancang selama ini telah selesai dilaksanakan. Ribuan terima kasih kepada semua anggota yang terlibat, tidak lupa juga kepada staf yang turut memeriahkan majlis iftar ini. Anak-anak yati dari Rumah Tunas Harapan Semarak Kasih juga telah diraikan di dalam majlis tersebut.

Program tersebut bermula agak lewat berikutan terdapat sedikit masalah namun tetap berjalan dengan sempurna. Program dimulai dengan tazkirah ramadan yang disampaikan oleh Y. Bhg. Ustaz Muhammad Asyraf bin Sulaiman yang dijemput khas dari Pusat Islam, UTeM.

Tazkirah Ramadan

Program Jalinan Kasih 2012

Di awal Ramadan yang lalu KeSuri telah mengadakan satu program yang dinamakan Jalinan Kasih 2012. Program ini bertujuan untuk mengumpul sebanyak yang boleh sumbangan dari kalangan staf  untuk di agihkan dan diserahkan kepada badan kebajikan. Jenis dan bentuk sumbangan tidak dikhususkan namun sumbangan dalam bentuk yang tunai amat dialukan begi memudahkan badan kebajikan tersebut membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

Hasil kutipan sumbangan staf bagi program tersebut adalah berjumlah RM2891. Sumbangan ini telah dibahagikan kepada dua badan kebajikan iaitu Rumah Tunas Harapan Semarak Kasih di Bemban dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, Bahagian Negeri Melaka.

Lokasi Speedtrap di kawasan Lebuhraya PLUS

Kurang dari dua minggu sahaja lagi kita akan menyambut Aidilfitri, rasa-rasanya ramai juga yang sedang bersiap-siap membeli-belah, buat kuih, dan tak juga yang mengemas rumah.

Masalah speedtrap di lebuhraya ni, ada orang yang suka, dan ada orang yang tidak suka.Biasalah. Namun begitu, disini, kami ingin kongsikan kepada anda pembaca beritasemasa, senarai lokasi kawasan speedtrap yang ada di lebuh raya. Info ini bertujuan untuk mengingatkan anda, bukan bermakna anda boleh mengeksploitasi maklumat ini.

Nuzul Al-Qur'an



"Bacalah" merupakan perintah pertama yang Allah SWT turunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Membaca adalah sumber ilmu. Ilmu adalah alat dalam penerimaan ibadat. Syariat yang disampaikan oleh Allah SWT adalah satu ilmu. Dan untuk melaksanakan syariat kita mestilah berilmu. Begitulah kepentingan ilmu kepada manusia.


Peristiwa Nuzul Al-Qur'an merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Qur'an yang terdapat peda hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Qur'an berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, Tahun ke -41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW.

"Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Al-Qur'an adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada Umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Qur'an.

"Al-Qur'an" bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tajwid, Ibadat, Jinayat, Muamalat, Sains, Teknologi dan sebagainya. Kalimah Al-Qur'an, sering dicantumkan dengan rangkai kata "Al-Qur'an mukjizat akhir zaman" atau "Al-Qur'an yang mempunyai mukjizat". Malah inilah sebenarnya kelebihan Al-Qur'an tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam Al-Qur'an, dengan lain perkataan segalanya terdapat dalam Al-Qur'an.

 Firman Allah :



"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekorpun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada kami tinggalkan sesuatupun di dalam kitab Al-Qur'an ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An'am:38)"


Al-Qur'an adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi menusia. Segala isi kandungan Al-Qur'an itu benar. Al-Qur'an juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi. Al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara hak dan batil. Dan Al-Zikr bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW ayat al-Qur'an yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada surah Al-'Alaq.





CUEPACS Cadang Imbuhan Tetap Perumahan dan COLA Diselaras

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini mencadangkan pennyelarasan imbuhan tetap perumahan kepada RM450 sebulan untuk semua penjawat awam dan penurunan kadar faedah pinjaman perumahan daripada 4% kepada 1%.

Timbalan Preseden CUEPACS, Aziz Muda, berkata cadangan berkenaan antara 23 syor yang dikemukakan CUEPACS kepada Suruhanjaya Khas mengenai Tranformasi Perkhidmatan Awam.

"Satu perkara yang kita beri penekanan kepada suruhanjaya adalah isu perumahan. Ini kerana lonjakan harga rumah dengan gaji yang diterima penjawat awam pada hari ini menyebabkan mereka tidak memiliki rumah. Jadi kita minta suruhanjaya dan kerajaan melihat perkara ini secara komprehensif." katanya kepada pemberita selepas sesi pembentangan penambahbaikan perkhidmatan awam di Bangunan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Turut dicadangkan ialah pelarasan elaun bantuan sara hidup (COLA) kepada RM400 sebulan berbanding RM150 dan RM pada masa ini serta cadangan menaikkan elaun tetap keraian.

Beliau berkata semua cadangan itu diharap dapat dilaksanakan tahun depan. " Kita juga meminta 22 klasifikasi perkhidmatan yang telah diberi persetujuan untuk dinaik taraf (dalam Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) daripada gred 17 kapada gred 27 seperti juruteknik, renjer hutan, pembantu pertanian berkuatkuasa 1 Jan 2012." katanya.

Aziz berkata selain 23 syor itu, CUEPACS turut membentangkan 23 isu penjawat awam pada masa ini serta 24 cadangan penambahbaikan untuk memberi pengiktirafan kepada penjawat awam. Katanya CUEPACS komited mengubah persepsi rakyat mengenai kualiti perkhidmatan awam demi kepuasan rakyat.

"Kami komited untuk memberi jaminan kepada kerajaan bahawa CUEPACS menyokong penuh supaya perubahan drastik dibuat untuk memperbaiki sistem penyampaian yang ada sekarang ini," katanya.

Malam Lailatul Qadar


"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Qur'an) ini pada malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!."


Rasululullah SAW bersabda : " Temuilah malam Lailatul Qadar di malam ganjil pada sepuluh malam terakhir bulan ramadan."


Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk mencari malam Lailatul Qadar. Jika awal ramadan jatuh pada hari :
    1.   Ahad atau Rabu - malam Lailatul Qadar
          dijangka berlaku pada malam 29 Ramadan

     2.   Isnin - Malam Lailatul Qadar dijangka
           berlaku pada malam 21 Ramadan.

     3.   Selasa atau Jumaat - Malam Lailatul Qadar
          dijangka berlaku pada malam 27 Ramadan.

     4.   Khamis - Malam Lailatul Qadar dijangka
           berlaku pada malam 25 Ramadan.

     5.   Sabtu - malam Lailatul Qadar dijangka
           berlaku pada malam 23 Ramadan.

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam-malam ini sahaja. Carilah malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.


Tanda malam Lailatul Qadar ialah :

     I.   Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas.

     II.  Siangnya cahaya matahari warnanya pucat.

     III. Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu,
           dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak
           secara tiba-tiba.

Marilah  kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadan dengan beribadat kepada Allah SWT dengan ikhlas dan penuh keimanan. Mudah-mudahan kita dapat kurniaan Allah yang kelebihan pahalanya melebihi 1000 bulan atau 83 tahun.

Sumber : myibrah.com

Lanjutan Kisah Bola Hitam dan Bola Putih

Kisah Bola Hitam dan Bola Putih merupakan sebuah cerita yang menarik yang membuatkan pembaca ingin mengetahui cerita selanjutnya dan selanjutnya.

Tapi tahukah anda ianya mengisahkan beberapa watak.

Anak : seorang yang baik hati, lemah lembut, memahami keadaan ayahnya, tidak mengada dan meminta-minta. suka sangat dengan bola hitam & bola putih.

Bapa : Seorang yang workholic, duda, kaya, sangat menyayangi anak dan sentiasa cuba membahagiakan anaknya. tapi kurang berikan kasih sayang kepada anak berikutan kesibukkannya.

Pengasuh : mengasuh "anak" dari kecil, Sentiasa memberikan pendapat dan nasihat kepada "ayah"

Kawan2 : Sentiasa mengikut peredaran zaman berdasarkan usia

Awek : Kekasih "anak", membuatkan "ayah" terkedu kerana bertanyakan soalan yg sensitif, punca kemalangan maut

Polis : memaklumkan kemalangan "anak"

Doktor : merawat "anak"

Bola Hitam & Bola Putih : Arghhhhhhhh...kenapa bola Hitam & bola Putih? Kenapa "anak" suka sangat dengan Bola Hitam & Bola Putih? Arghhhhhhhhh......

Perlukah untuk membuat andaian sendiri?

Kisah Bola Hitam & Bola Putih


Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal  yang kematian ibu selepas dia dilahirkan. Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan tak kahwin2 lagi. Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun cuma tinggal bersama pengasuh je.                                                 
Lepas Tadika, sementara member2 lain dah ada basikal, dia masih berjalan kaki.  Pengasuhnya mengadu pada bapanya. "Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia tak de basikal apa tuan tak segan?                                                 

Lantas si bapa memanggil si anak, ditawarkan basikal yang macam mana dan si anak cuma bagitau, "Tak payah susah2 la papa, belikan je saya bola hitam dan bola putih"

Hek eleh takkan macam tu kot? Bingung si bapa. "Kenapa bola hitam dan putih?"

"Tak perlulah saya terangkan kenapa. Kalau papa ada duit, belikan itu je". Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima je maka dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masatu, yang paling canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.

Masa berlalu kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda. Sekian lama pengasuh perhatikan budak itu tak pernah minta bapanya belikan kasut roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je. Basikalnya disimpan dlm stor..

Maka si pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi kepada sibapa.

Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi.

"Anakku, kamu tak nak dibelikan kasut roda macam kawan2 kamu? Apasal tak bagitau kat papa?"

No problem setakat beli kasut roda je...".

Si anak menjawab "Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya dah rosak. Kalau bole papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut roda. Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut road, kan papa?" 

Si bapa geram, walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya kasut roda, ditambah bola hitam dan bola putih.

Selang beberapa tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang. Sekarang kawan2nya main permainan lain. Main roller blade. Musim rollerblade melanda kwasan tmpat tinggalnya.

Trend baru....

Sementara tu, budak lelaki tersebut masih setia dgn kasut rodanya.. Lepas bapanya pulang dari luar negeri dan terlihat anaknya yg masih pakai kasut roda, si bapa jadi malu  sangat2.

Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat banyak, keluar negeri lagi tu....Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman....

Keesokkan harinya, dlm bilik anaknya sudah ada sepasang roller blade baru bersama secebis nota: "Biar kamu tak malu".

Pada malamnya, terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa...Nota tersebut berbunyi:"Papa, kenapa tak belikan bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan nya."

"Haaaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu....

Apalah istimewanya bola itam dan bola putih!!??

Keesokkan hari dan seterusnya lagi sibapa berkali2 ditinggalkan nota sebegitu...hingga dia  tak tahan dan terus membelikan anak lelakinya bola hitam dan bola putih untuk kesekian kalinya.                                                         

Benar, setelah mendapat bola itam dan bola putih tu, si anak tidak mendesak bapanya...

Secebis nota juga ditinggalkan di ruang kerja si bapa...

"trima kasih byk2 papa kerana belikan saya bola itam dan bola putih"                   

 Masa berlalu....

Ketika di Sek.Men, yg jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik dgn bas, member2nya sudah ada yg membawa motor dan keta ke sekolah.

Suatu hari, ketika bapanya ada dirumah, si anak dihantar pulang oleh membernya dgn motor Haley Davidson color biru laut.  Si bapa menjadi sangat malu. Anaknya bukan 4,bukan 3,.......2 pun tidak. Itulah satu-satunya anaknya. Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan anaknya!. Maka ditawarkan anaknya untuk dia beli sebuah motosikal.

Si anak menolak tawaran ayahnya dgn alasan motor kurang praktis, lagipun si anak cuma inginkan bola hitam dan bola putih sahaja! Si bapa tidak dapat menerima penolakan itu. Kerana anaknya dah beso panjang, bole berbincang.

 Akhirnya tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah pula dgn bola itam dan bola putih semestinya!! . Tetapi si bapa masih kesal...kesal kerana sudah berberapa tahun dia belikan anak lelakinya bola hitam dan bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya begitu memerlukan sebiji bola hitam dan sebiji bola putih! Dan si anak pula tak pernah bagitahu kenapa dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam dan bola putih.

Sehingga tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti. Kerana gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak dihadiahkan oleh si bapa sebuah kereta keluaran ferrari.                                               

Akan tetapi, sehingga beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motor je. Sehingga aweknya juga turut bingung-kan ke dia ada ferrari? Kenapa naik motooooor jeeeee...... .

Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak belikan bola hitam, bola putih. Tak paham perasaan anak sendiri!

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama  dgn bapanya. So selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk bertanya kpda si bapa, kenapa pak cik tak belikan bola hitam, bola puth?

Si bapa terkedu kerana dia sebenanya sensitif dgn bola2 tu..huh....sampai awek anak aku pun tanya....bila sibapa menanyakan si awek semula kenapa soalan tu yg di tanya?

Si awek pun bagitau, anak lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh Ferrarinya selagi tidak diberi bola hitam & boa putih!!

Si bapa binggung, diruang bilik anaknya sudah begitu banyak bola hitam & bola putih. Nak buat apa lagi...., fikir si bapa. Tapi demi memelihara imejnya di hadapan awek anaknya itu, maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.

Suatu hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yg berbukit bukau (kira cameron la) menaiki Ferrari untuk bersiar2. Yelah anak muda kan, ketika tenang memandu si anak dicium aweknya dan dia jadi gelabah dan terus accident!!!! Mereka dikejarkan ke hospital dan si bapa juga dimaklum oleh pihak polis tentang perkara tersebut. Keduanya cedera parah kerana mereka tidak memakai seatbelt, si awek mati dlm perjalanan ke hospital dan si anak tenat.

Si bapa tiba di Hospita.."macammana doktor, anak saya?" Doktor (dgn simpati dan penuh dukacita) : "Maaf Encik, kami telah berusaha sedaya upaya...tetapi terserah kepada Nya...

Sebaiknya Encik manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik..."

Perlahan si  bapa masuk, mendekati anaknya.

"Papa, maafkan saya...tidak berhati hati semasa memandu.." si anak juga menangis kerana aweknya tak dapat diselamatkan. Si bapa cuba menenangkan dia...akrablah dua manusia itu beberapa saat sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat pertemuan terakhir antara dia dan anak lelakinya...

Dia teringat kembali persoalan yg selama ini sering bermain di benaknya dan keinginannya untuk mengetahui tentang "mengapa anaknya selama ini selalu minta bola hitam, bola putih"

"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk...sehingga kamu sering kesepian...

maafkan papa, nak. Papa tak berkesempatan untuk menjadi ayah yg baik."

Anaknya menjawab dlm keadaan lemah, "tak mengapa papa, saya faham....Cuma saya kecewa disebabkan papa ada kemewahan, papa belikan saya macam2.....saya cuma minta bola hitam dan bola putih je kan?"

Si bapa rasa timing jawapan untuk persoalannya sudah tepat..., "KENAPA KAMU SELALU MINTA BOLA HITAM & BOLA PUTIH ANAKKU...ADA APA DGN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU BERERTI BUATMU?"

(anda semua pun ingin tahu kan....?)

.
.
.
.
.
Si anak menjawab dengan nada terputus putus kerana sudah tidak dapat bertahan dan masanya sudah hampir tiba...

 "sebabnya ....saya..

 saya...                              

 saya...."                                                  

 *hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan nafasnya hilang. Si anak sudah meninggal sebelum sempat memberitahu bapanya tentang bola hitam dan bola putih.

Tengok, si bapa yang selalu hidup bersama anaknya pun tak tau......apalagi aku cuma bercerita, lagi la tak tau ape ape...


Isk! Ish! Ish! rasa nak tumbuk je perut orang yang mula-mula forward kat aku.

P/S :
Sorry aarr sebab forward ni kat korang. Ye lah…Takkan nak jadi
korban
sorang-sorang je kan …


dipetik dari : www.mediajer.com