Logo dan Lagu Tema Kemerdekaan ke-55

Masih ramai lagi yang belum melihat logo dan mendengar lagu tema Kemerdekaan ke-55. berikutan itu dikongsikan untuk makluman semua.
Logo



Lirik Lagu Tema – Janji Ditepati (Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55)

Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati


Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi


(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia


Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
BR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia


Lirik oleh Rais Yatim
Lagu oleh Aye/Jasnie/Arman E-Six


Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

blog.mfadhlan.com

Kucing


Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. malah diperbolehkan untuk berwuduk menggunakan  air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah SAW berani menyatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia?

Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis?

Jawapannya, kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing. Benjolan ini berbentuk bengkok menguncup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.


Kajian

Telah dilakukan pelbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir dan ekor. pada bahagaian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berda pada dinding dalam mulut dan lidahnya.




Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
  • Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

  • Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat pada air liurnya. Ini menynjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

  • Cairan yang diambil dari permukaan lidah jiga menunjukkan ketidakhadiran kuman.

  • hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasik dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalan jumlah kecil seperti anterobacter, streptococcus dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

  • Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Pelbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kuman kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr Gen Gustafsir menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.

Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing.

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat suka menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatikan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadis-hadis mengenai kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu di amenuangkan air untuk wuduk. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas dia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum.

Kabsyah berkata, "Perhatikanlah."

Abu Qatadah berkata, "Apakah kamu hairan?."

Kabsyah menjawab, "ya."

Lalu Abu qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda " "Kucing itu tidak najis, Kucing binatang yang sujka berkeliling dirumah (binatang rumahan)" (HR At-Tirmizi, An-Nasai, Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, "Ya Anas, tuangkan air wuduk untukku ke dalam bekas."

Lalu Anas menuangkan air. Ketia sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilat bekas air tersebut.

Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwuduk. Nabi ditanyamengenai kejadian tersebut, Beliau menjawab "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis."


Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, ternyata Aisyah sedang solat. Lalu dia memberikan isyarat untuk menyimpannya.

Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, dia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memekan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memekannya.

Rasulullah SAW berdabda, " Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling". Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwuduk dari sisa bekas jilatan kucing, (HRAl-Baihaqi, Abd Al-Razzaq dan Al-Daruqithni)


Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah SAW tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.




Day Napping

Tidur seketika pada siang hari atau qailulah atau day napping adalah kebiasaan masyarakat Arab, beberapa orang soleh dan ulama terdahulu. Mereka melakukannya tidak hanya pada Ramadan, tetapi pada hari biasa, khususnya pada musim panas.

Ulama soleh terdahulu menjadikan tujuan tidur seketika pada siang hari supaya pada malam harinya boleh bangun mendirikan solat tahajud. Oleh itu, tidur siang su dah menjadi kebiasaan atau budaya orang Islam terdahulu.

Dalam sebuah riwayat, Imam Abu Hanifah selama 40 tahun tidak pernah tidur malam kerana malamnya dipenuhi dengan solat malam. Beliau tidur hanya sebentar pada waktu siang hari.

Waktu tidur siang adalah selepas solat Zohor hingga Asar selama beberapa minit iaitu antara 20 hingga 30 minit. Jika bertujuan untuk membolehkan bangun malam untuk solat tahajud, tentu ini adalah sunnah Rasulullah.

Jika tidur siang ini hanya untuk bermalas-malasan, dan malam harinya tidak solat tahajud, Tarawih dan solat sunat lain, apakah nilai sunnah daripada tidur siang ini?

Khalifah Umar bin Khattab pernah suatu hari melakukan lawatan rasmi ke Iskandariah, ketika Muawiyah bin Khudaij menjadi gabenor di kota itu. Umar sampai ke kota itu pada waktu ketika kebanyakan orang tidur siang.

Umar menemui Muawiyah yang tidak tidur sekejap pada siang, lalu berkata: “Saya fikir kamu tidur pada siang ini, kalau kamu tidur siang hari, maka akan melalaikan hak rakyat, kalau kamu tidur malam, kamu melalaikan hak Allah, jadi bagaimana kamu mengatur tidur antara dua hak ini wahai Muawiyah.”

Umar seolah-olah mengingatkan bahawa manfaat waktu itu lebih penting daripada sekadar tidur siang. Intinya, harus mengimbangi dalam menggunakan waktu tidur siang (yang hanya seketika bukan sepanjang hari) meskipun pada Ramadan.

Sahabat Rasulullah SAW menjalani puasa Ramadan dengan tugas yang cukup berat seperti Perang Badar dan penaklukan Makkah.

Ini semua petunjuk bahawa puasa bukan untuk menjadikan kita bermalas tetapi pencetus semangat supaya memberikan yang terbaik meskipun dengan keterbatasan kecerdasan fizikal sebagai orang berpuasa.

Malah, tidur seketika pada siang umpama mengecas semula bateri kehidupan untuk beramal pada malam hari.

Tengah hari adalah masa paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan manusia secara biologi bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu.

Kajian menunjukkan mereka yang secara rutin tidur 30 minit pada waktu tengah hari mempunyai risiko menghidap sakit jantung 30 peratus lebih rendah berbanding mereka yang lain.Juga berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti.


Para saintis yang giat mengkaji mengenai tidu rini merumuskan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 8 manfaat

  • Membantu mengurangkan tekanan di tempat kerja dan belajar
  • Meningkatkan kecekapan dab produktiviti
  • Meningkatkan kemampuan pembelajaran dan ingatan
  • Baik untuk jantung dan kesihatan
  • Meningkatkan fungsi Kognitif
  • Memberi stamina kepada tubuh untuk melakukan senaman
  • Manjadikan minda lebih kreatif
  • Mengelakkan dari pada mengantuk ketika bekerja atau belajar

Resepi Sempoi 4

Ikan masih lagi menjadi pilihan untuk resepi kali ini dan  masih mengekalkan proses campak-campak namun penyediaan bahan agak banyak tapi ia amat berbaloi untuk mencuba. pada kali ini dikongsikan resepi Ikan Siakap kukus.

Gambar hiasan
Bahan-bahan

1 ekor siakap (sedang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
3 ulas bawang besar (dimayang)
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu gula
4 cm halia (dimayang)
3 tangkai daun sup/saderi (aksesori)
1/2 biji limau nipis
7 cili api
garam (secuk (aksesori)up rasa)

Cara-cara memasak
  • Cuci ikan dan belah 2 (jangan sampai putus). lumur garam dan gula (kurangkan jika tidak seka manis)
  • Masukkan ikan ke dalam pinggan bujur/ yang bersesuaian
  • Taburkan semua cili dan bahan yang dimayang
  • Tuangkan ketiga-tiga sos ke dalam pinggan
  • kukus sehingga masak kemudian taburkan hirisan daun sup dan perahkan limau.
  • siap untuk hidangan


Hebatnya Solat


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam fotografi, betul tak?

Subuh

Pada waktu subuh, alam berada dalam spektrumwarna biru muda yang bersamaan dengan frekunsi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru atau waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/ rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu subuh atau terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa)- dalam erti kata lain jaga dari tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermula azan subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melali konsep resonan pada waktu rukuk dan waktu sujud.

Jadi mereka yang terlewat subuh sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan mesuknya waktu zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekunsi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat zohornya berulang-ulang kali akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut pastinya tidak cera, kan...

Asar

Kemudian warna alam akan bertukar kepada warna oren, iaitu masuknya waktu asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekunsi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren adalah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal asar akan hilang daya kreativiti dan yang lebih malang lagi kalau di waktu asar ini jasad dan roh seseoranmg itu terpisah (tidur).

Tenaga pada waktu asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Maghrib

Menjelang waktu maghrib, alam akan berubah ke warna merah dan diwaktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu  ini menghampiri frekunsi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu maghrib atau warna merah ialah keyakinan, frekunsi otot, saraf dan tulang.

Isyak

Apabila masuk waktu isyak, alam berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian dimana frekunsinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan isyak akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam kembali bersinar dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu dimana ianya bersamaan dengan frekunsi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkasnya perkaitan waktu solat dengan warna alam.

manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya pelbagai kaedah meditasi yang dicipta. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah SWT tanpa perlu memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga lam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah SWT mewajibkan solat ke atas hambaNya atas sifat pengasih dan PenyayangNya sebagai pencipta kerana Dia Maha Menetahui.

Amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.

Wallahualam.

Duit Raya

Berikutan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Razak mengenai pemberian bonus Raya. Lantas seorang staf telah membuat urusan di Salah satu Institusi kewangan di Kota Fesyen. Ketika berurusan dikaunter, beliau melihat kakitangan intitusi kewangan tersebut sedang membuat persiapan penukaran wang baru. Dengan segera staf tadi menukar peruntukan duit raya yang akan diberikan kepada adik, anak saudara, sepupu-sepapat dan tetamu yang berkunjung ke rumah beliau.

Beliau sempat menukar wang RM20, RM10, RM5 dan RM1 seperti dibawah.

"Duit Raya" Baru 2012

Kepada sesiapa yang ingin menukar "duit raya" bolehlah berbuat demikian untuk mengelakkan kekurangan duit dan berputih mata di saat akhir nanti.

Bonus

Datuk Seri Najib bin Tun Razak telah mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Beliau  berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan. Beliau berharap langkah itu, dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri juga bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

Alhamdulillah dan ribuan terima kasih kepada PM di atas pengumuman tersebut, kerana sedikit sebanyak ianya dapat menampung perbelanjaan untuk menyambut hari raya. Bagi staf sokongan ianya amat bermakna terutama yang memiliki anak yang ramai. Paling tidak ianya boleh menampung perbelanjaan "balik kampung" tanpa menjejaskan perbelanjaan bulanan.

Bubur Lambuk FKM

Bubur Lambuk merupakan antara juadah popular yang sentiasa menjadi pilihan untuk berbuka puasa. Bubur lambuk Kampung Baru merupakan salah satu fenomena Di Masjid Jamek Kg. Baru dimana bubur tersebut menjadi kesukaan dan kegairahan pengunjung yang mencari juadah berbuka puasa.

FKM juga tidak terkecuali untuk menghasilkan bubur lambuk, ia merupakan Bubur Lambuk pertama yang dihasilkan oleh FKM dengan bantuan staf Pusat Islam. Ini merupakan salah satu variasi bubur lambuk yang telah berubah mengikut zaman dan resepi telah diubah bagi menyesuaikan menu masa kini.

Ribuan terima kasih kepada staf yang terlibat dalam penghasilan bubur tersebut. Rata-rata yang terlibat menyatakan ia merupakan penglibatan pertama dalam penghasilan bubur lambuk.  Keiklasan, gurau senda dan berkongsi cerita adalah di antara aktiviti semasa menyiapkan bubur ini. Tidak lupa ada yang berkesempatan untuk mempromosikan tempahan kueh raya. kepenatan tidak terasa berikutan keseronokan dan pengalaman yang dirasai ketika proses pembuatan.

Tidak dilupakan rakan-rakan dari PTJ lain yang turut membantu, mereka membuatkan proses pembungkusan dapat dilakukan dengan pantas.

Berikut adalah gambar penghasilan Bubur Lambuk FKM

kerjasama

Keceriaan setelah memotong bawang

berkongsi cerita, bukan mengumpat

masyuk air

Menjemur daun bawang dan daun sup

Bertanyakan resepi untuk berbuka

masyuk air 2

cuci perkakas

Sesi pengagihan

 

Resepi Sempoi 3

Pada kali ini bukan lagi tempoyak yang akan dikongsikan tapi sejenis masakan yang biasa dimakan dengan budu. Resepi kali ini diberi nama Kuah Singgang


Bahan-bahan (3-4 orang):
  • * Ikan Tongkol
  • 3 biji Bawang Putih
  • 3 biji Bawang Merah
  • 1" Lengkuas
  • 1" Kunyit Hidup
  • 1 Asam Keping
  • 10 Cili Api
  • Garam
  • Kunyit Debu (nak kasi kuning)
  • 3 cawan air
  • Bendi (aksesori)
Cara pembuatan:
  1. Ikan tongkol disiang, dipotong dan dibersihkan
  2. Bawang Putih, Bawang Merah, lengkuas, kunyit hidup di mayang.
  3. Masukkan air, ikan, bahan yang dimayang dan asam keping ke dalam periuk. dimasak dengan api yang sedang-sedang.
  4. Setelah mendidih masukkan garam (secukup rasa), cili api dan kunyit debu.
  5. Biarkan sebentar dan siap untuk dihidangkan.
* ikan lain juga boleh digunakan seperti ikan tenggiri, ikan sardin (Selayang) dan ikan kembung.
* Bahan-bahan boleh ditambah atau dikurangkan mengikut keperluan masing-masing

p/s - Hidangkan bersama budu
Khasiat Budu
http://www.aktechpage.com/khasiat-budu

Kueh raya 3

Almond London
RM24 / 50 pcs

Almond Chocolate
RM25 / 50 pcs


Tart Nenas
RM24 / 50 pcs
Kek Chocolate 350g / RM13

Kek Butter 350g / RM13


Tarikh akhir untuk tempahan adalah 27 Julai 2012.  Semua tempahan akan diserahkan seminggu sebelum raya atau boleh dapat awal sekiranya mohon untuk dapat awal

Sila hubungi Habibah (017-2390705) untuk tempahan


Hikmah Berwuduk

Islam mengajar umat supaya menjaga kebersihan terutama apabila ingin melalukan sesuatu ibadat. Antaranya ialah berwuduk bagi tujuan membaca Al-qur'an atau memunaikan solat.

Tahukah anda, setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera semua tanpa dikecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh.

Pakar urat saraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wuduk yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Jumlah Titik Akunpuntur pada anggota wuduk (rukun dan Sunat) dimana terdapat 493 titik penerimaan ransangan pada anggota wuduk.

Muka = 84
Tangan = 95
Kepala = 64
Telinga = 125
Kaki = 125

Jumlah keseluruhan = 493

Pada celah-celah jari terdapat 16 titik akupuntur yang mana titik-titik tersebut apabila diransang secar istimewa ianya dapat mengubati migran, sakit gigi, tangan lengan merah, bengkak dan jari kaku.

Terdapat 125 titik akupuntur pada telinga apabila disentuh semasa mengambil wuduk.

Hikmah Berwuduk dari sudut sains



Dr. Magomed Magomedov dari Department of Man's Hygiene and Ecology di Akademi Perubatan Daghestan State telah menulis satu artikel yang bertajuk " Muslims Rituals and Their Effect on The Person's Health" Di dalam artikel tersebut, beliau menyatakan bahawa berwuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan cara merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi atau Biological Active Spots.

Mengikut ilmu perubatan cina, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 kawasan aktif Biologi dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. 61 daripada 66 kawasan tersebut berada di kawasan wuduk utama orang islam.

Selain daripada ibadah, wuduk juga mengandungi penawar yang mampu mencegah pelbagai penyakit. Dr. Magomed Magomedow menyatakan bahawa apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ai akan merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf. Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, penkreas, hempedu, tiroid (Thyroid) dan kawasan pinggang (lumbar area). Apabila kawasan kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.

Disamping itu, Mukhtar Salem menyatakan di dalam bukunya yang bertajuk "Prayers:A Sport for The Soul and Body" bahawa berwuduk boleh mencegah seseorang daripadamendapat kanser. Hal ini adalah kerana mengikut kajian semasa, salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang, kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Oleh sebab itu, pembasuhan badan melalui wuduk dapat membersihkan badan daripada kesan pencemaran tersebut.

Benarlah Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya...

Dipetik dari : Layar minda.

توجوان دشريعتکن برڤواسا

وهاي اورڠ يڠ برايمان ، تله دواجبکن کأتس کامو برڤواسا سباݢايمان يڠ تله دواجبکن کأتس اورڠ٢ يڠ تردهولو درڤد کامو ، مودە-مودهن کامو منجادي اورڠ يڠ برتقو


برداسرکن اية دأتس، توجوان برڤواسا اياله :
- مݢيکوتي شريعة برڤواسا سڤرتي اومت تردهولو.
- منمبه کتقوأن کڤد الله سباݢايمان فرمانڽ

توجوان دان متلامت برڤواسا
 منجادي وسيلة ( هوبوڠن روحاني ) انتارا سأورڠ همبا دڠن توهنڽ -
- داڤت مڠنداليکن هاوا نفسو دري کأيڠينن يڠ تياد باتس دان مڽالورکنڽ ڤد جالن يڠ درضأي الله
- برڤواسا داڤت مڠينصافي ديري بهاوا کيت اداله همبا الله يڠ لمه
- بوليه منديديق جيوا اونتوق منطاعتي سݢالا سوروهن الله دان رسولڽ
- داڤت ملاتيه ديري برصفة صبر ، تابه دالم مڠهادڤي ڤندريتاٴن، کسوسهن دان سݢالا چوباٴن دري الله.
- منداتڠکن ڤراساٴن کاسيه سايڠ دان تولوڠ منولوڠ سسام مأنسي تراوتام کڤد اورڠ يڠ ممرلوکن
- بوليه منداتڠکن کصيحتن دان ملاتيه ديري اونتوق لبيه برديسيڤلين

Tujuan disyariatkan berpuasa

Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah (183) yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa"

Berdasarkan ayat di atas, tujuan berpuasa ialah:
- Mengikuti syariat berpuasa seperti umat terdahulu
- Menambah ketaqwaan kepada Allah S.W.T. sebagaimana firmanNya.

Tujuan dan Matlamat berpuasa

- Menjadi wasilah (hubungan rohani) antara seorang hamba dengan Tuhannya.
- Dapat mengendalikan hawa nafsu dari keinginan yang tiada terbalas dan menyalurkannya pada jalan yang diredhai Allah S.W.T.
- Berpuasa dapat menginsafi diri sendiri bahawa kita adalah hamba Allah S.W.T. yang lemah
- Boleh mendidik jiwa untuk mentaati segala suruhan Allah S.W.T. dan RasulNya
- Dapat melatih diri bersifat sabar, tabah dalam menghadapi penderitaan, kesusahan dan segala cubaan dari Allah S.W.T.
- Mendatangkan perasaan kasih sayang dan tolong-menolong sesama manusia terutama kepada orang yang memerlukan
- Boleh mendatangkan kesihatan dan melatih diri untuk lebih berdisiplin.

Dipetik dari : Edisi Khas Ramadhan 1433H


Rahsia, Hikmah, Faedah dan ganjaran Berpuasa

Puasa ramadan adalah ibadah yang difardhukan Allah S.W.T. Maksud ibadah ialah seseorang muslim melaksanakannya sebagai memenuhi titah perintah Allah S.W.T. dan menunaikan hak perhambaan kepada Allah S.W.T. tanpa melihat apa-apa natijah yang mungkin dihasilkan daripada ibadah puasa itu.

Setiap Hukum-hukum Allah S.W.T. semuanya mempunyai hikmah, rahsia dan faedah kepada hamba-hambaNya. Hikmah dan faedah ibadah puasa cukup banyak yang sebahagiannya diketahui oleh hambaNya, tetapi masih banyak hikmah yang masih belum diketahui. Diantara hikmat dan faedah puasa yang mungkin diketahui oleh seseorang islam ialah :
  • Menyedarkan hati seorang mukmin terhadap muraqabah Allah S.W.T. Ini disebabkan apabila orang yang berpuasa menghabiskan sebahagian waktu siangnya dengan berlapar, jiwanya inginkan makanan dan minuman. Tetapi kesedarannya tentang ibadah puasa yang sedang dilakukannya menghalang dirinya memenuhi kehendak jiwanya dalam rangka mematuhi perintah Allah S.W.T. daripada pertentangan jiwa ini akan lahirlah kesedaran hati dan suburlah perasaan muraqabah Allah S.W.T. serta berterusanlah ingatannya terhadap rubuubiyah dan keagungan kekuasaan Allah S.W.T. Begitu juga dia akan sentiasa tunduk kepada hukum Allah S.W.T. dan mematuhi kehendakNya.

  • Ramadan adalah bulan suci jika dibandingkan dengan semua bulan yang lain. Allah S.W.T. menghendaki hambanya supaya memenuhkannya dengan ketaatan dan mendekatkan diri kepadaNya. Juga mengisinya dengan setinggi-tinggi makna perhambaan kepada Allah S.W.T. Alangkah sukarnya untuk merealisasikan perkara itu apabila berhadapan dengan hidangan makanan, berada di majlis minum, selepas perut diisi penuh dan setelah naiknya hawa makanan ke dalam pemikiran otak. Jadi pengsyariatan puasa pada bulan ini adalah jalan yang paling mudah untuk memenuhi hak Allah S.W.T. dan melaksanakan kewajipan perhambaan kepadaNya.

  • Sesungguhnyab kehidupan seseorang muslim yang sentiasa berada dalam keadaan kenyang pasti akan memenuhkan jiwanya dengan sifat-sifat keras dan menyuburkan faktor-faktor pelampauan. Kedua-dua perkara ini bertentangan dengan keadaan sebenar seseorang muslim. Jadi pengsyariatan puasa akan membersihkan jiwanya dan menghaluskan perasaannya.

  • Di antara prinsip terpenting tertegaknya masyarakat islam ialah saling kasih mengasihi dan sayang menyayangi sesama umat islam. Amat sukar bagi si kaya untuk mengasihi si miskin dengan kasih sayang sebenar tanpa merasai kesakitan, kepayahan, kepahitan, kelaparan dan penderitaan kemiskinan. Bulan ramadan adalah sebaik-baik pengalaman yang akan diperolehi si kaya mengenai perasaan si fakir. Ini menjadikan hidup bersama si fakir di alam kepedihan dan dihalang daripada memiliki makanan. Dari sini puasa adalah sebaik-baik perkara yang akan menimbulkan faktor-faktor kasih sayang, rahmat dan kasihan di dalam jiwa si kaya. 

Berikut adalah ganjaran berpuasa berdasarkan beberapa hadis :

 

Dipetik dari : Edisi Khas Ramadhan 1433H    

Doa untuk Anak

Tahniah diucapkan kepada Puan Nur Ain binti Hasan (Pembantu Tadbir Kewangan) di atas kelahiran anak perempuan pada 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadan 1433.

Doa yang baik untuk dibaca kepada anak-anak supaya terhindar daripada Syaitan yang bernama Ummu Sibyan yang sering mengganggu anak-anak kecil.


"Aku berlindung akan dikau dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan dan binatang merbahaya dan daripada hasad yang bahaya."

Baca doa ini ditapak tangan dan sapu keseluruhan badan anak kecil tersebut, juga diambil minyak zaitun dan sapu kepada rambut anak-anak kecil kerana syaitan takut dengan minyak zaitun.


Ramadhan Al mubarak

Sabda Rasulullah S.A.W. " Setiap amalan baik anak Adam adlah untuk dirinya, setiap kebaikan digandakan sepuluh kali ganda bahkan sampai seratus kali ganda. Allah berfirman: "Kecuali puasa;ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya. Sungguh dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan juga minumnya demi Aku. Untuk setiap orang yang puasa ada dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Allah. Perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih baik bagi Allah dibandingkan wangian kasturi" (HR Bukhari dan Muslim)


Dikesempatan ini AJK KeSURI mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua ahli dan memohon ampun dan maaf di atas segala khilaf selama ini. Di Doakan semoga anda semua mendapat keberkatan dan kesihatan yang baik sepanjang ramadhan.

Berniaga

Berniaga adalah satu sunnah yang sudah dilupakan oleh sesetengah orang. Disebabkan sudah biasa dengan makan gaji, apabila ingin memulakan perniagaan, pelbagai tanggapan akan muncul seperti :

"Hidup sederhana sajalah, buat apa nak kejar kekayaan..."

"Bersyukurlah dengan apa yang ada..."

"Kalau kaya tapi hati tak tenang, lupa Tuhan buat apa..."

"Cukuplah dengan harta yang ada, bukan boleh bawa mati..."

"Berniaga tu sebab nak kaya cepatlah tu..."

Menjadi usahawan itu adalah salah satu karier yang dijalankan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya. tapi disebabkan tidak ramai yang mengetahui sirah Baginda, maka tidak ramai yang tahu akan kerjaya Baginda sebagai Businessman disamping seorang pemimpin agama, negarawan, pendakwah dan sebagainya.

Rasulullah S.A.W. telah didedahkan dengan ilmu perniagaan sejak kecil lagi. Baginda sering mengikuti Abu Talib berniaga, malah pernah dibawa ke Negeri Syam (Syria), Semasa berusia 12 tahun. dari situ Rasulullah S.A.W. berlajar selok belok perniagaan sehinggan baginda diberikepercayaan untuk mengendalikan perniagaan bapa saudaranya dan juga orang Quraisy yang lain.

Perniagaan adalah perkara yang penting dalam Islam , malah ia sering disebut dalam Al-Qur'an contohnya :



"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan Solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara sembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian." (35:29)



"Wahai orang-orang yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan Ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik dari kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (61:10-11)

Kenapa Allah menyebut perniagaan dan bukan pekerjaan? Kerana perniagaan itu ialah sesuatu yang menguntungkan dan memerlukan usaha sendiri, dan juga merugikan sekiranya tidak dijalankan dengan betul.

"9/10 daripada harta ialah dari hasil berniaga" (HR Tirmizi).

Ramai yang salah faham tentang konsep berniaga.. Berniaga bukan bertujuan untuk mengumpul harta(ia menjadi begitu sekiranya pernia berniat begitu)



" Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang bathil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku atas dasar suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu" (4:29)

Bermakna berniaga itu adalah sesuatu yang mesti dilakukan atas dasar suka sama suka dan tidak menipu atau menindas orang lain. Nyatalah Islam sendiri menyuruh kita menjalankan perniagaan.


"(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (Kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan" (24:37)

rasulullah S.A.W. bersabda: "Peniaga yang jujur akan ditempatkan di kalangan para Nabi, Para Syuhada dan Siddiqin" (HR Tirmizi)

Di sini dinyatakan bahawa sifat yang tercela ialah bila dilalaikan oleh [erniagaan hingga lupa Allah, dan tidak membayar Zakat. Bermakna berniaga adalah salah satru perkara yang utama selagi tidak melupakan Allah dan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti menunaikan zakat. Memang menjadi masalah kalau dah mula meniaga, dah untung mula rasakan diri best, nak keluarjkan zakat rasa sayang, takut habis pula harta. Sedangkan Allah sudah berjanji dalam ayat seterusnya dalam surah di atas.

"(Mereka mengerjakan semua itu) supaya Allah membalas mereka dengan ysebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung." (24:38)

Bermakna semakin kita jujur dalam perniagaan, semakin kuat pergantungan kita kepada Allah, semakin banyak kita infak harta, semakin banyak kurniaan-Nya kepada kita.

Mencari dan memiliki harta adalah dituntut dalam Islam. Buktinya  banyak surah yang menyebut tentang jihat dengan harta dan jiwa. Jiwa memang sedia kita miliki selagi kita belum mati. Harta?



"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepad Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan jarta benda dan jiwa meraka pada jalan Allah; Mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)."(49:15)



"Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran- dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah(untuk membela Islam) dengan hartadan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan pahala yang amat besar." (4:95).

Berjuang yang dimaksudkan dalam ayat-ayat di atas bukanlah tertakluk kepada jihar berperang semata-mata, malah mencukupi setiap sudut kehidupan (rujuk Ibnu Kathir).

Kenapa kita perlu memiliki harta?
  • Dengan harta kita boleh mengeluarkan zakat, sedekah dan membantu sesama Islam.

  • harta boleh digunakan untuk membangunkan agama. Rasulullah bersabda : "Ketiadaan harta (fakir) boleh mendekatkan kita kepada kekafiran". Ia memeng benar-benar terjadi. Apabila terjebak dalam desakan hidup, manusia sanggup buat apa saja, malah sanggup jadi pelacur untuk sesuap nasi.

  • harta untuk penyebaran dakwah Islam. Pemilikan harta membolehkan kita beribadah dengan tenang. sebagai contoh pemilikan rumah yang membolehkan kita beribadah di dalamnya.

  • Suara kita tidak didengar bila kita miskin. bayangkan kita dengan niat nak berdakwah tetapi tiada duit. Pergi ke rumah orang akan disangka nak minta derma. Bila ada kes kecurian, orang mudah menuduh kita oleh sebab kita miskin. Bila nak beri pendapat dalam "mesyuarat" orang taknak dengar sbb kita tak ada pengaruh.
Rasulullah pernah bersabda tentang pemilikan harta : " Harta itu merupakan kekayaan terpuji tetapi hanya bagi orang yang soleh, kerana orang yang soleh akan menggunakan hartanya secara bijaksana, tidak dikotori rasa angkuh yang menghilangkan keberkatan dari Allah"

Jadi ternyata amat besar perkaitan antara ketakwaan dan pemilikan harta. harta itu boleh menjadi satu medium yang sangat kuat dalam perjuangan dan boleh juga jadi punca kemurkaan Allah seperti yang terjadi kepada Firaun dan Qarun.

Jika diteliti sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W. dan ayat -ayat Al-Qur'an harta dan hasil perniagaan adalah alatalat untuk menyampaikan kita kepada Allah. Namun itu tertakluk kepada sejauh mana hubungan kita dengan-Nya pada peringkat awal. Harta dan perniagaan juga boleh menjadi pintu ke Neraka sekiranya ia makin menjauhkan kita dengan-Nya.

Jadi penuhilah tuntutan agama untuk berjihad dengan sebenar-benar jihad. Jihad itu bukannya dengan menawarkan diri untuk menjadi suicide bomber. Kita lihat kebangkitan Islam di zaman Rasulullah S.A.W. bermula dengan pembinaan akidah, bukan terus memerangi orang kafir Quraisy. Zaman sekarang ini lebih teruk lagi dari zaman Jahiliyah. Orang Jahiliahsekurang-kurangnya ada pedoman hidup juga dari 'Tuhan' mereka (yang dipanggil Latta dan Uzza) tapi sekarang ramai orang tidak bertuhan. Orang Jahiliyah bunuh anak perempuan kerana peraturan dalam bangsa mereka, orang sekarang bunuh anak sebab hasil zina. Orang Jahiliyah kuat ikatan kekeluargaannya mengikut kabilah-kabilah tertentu. Orang sekarang, mak bapak pun di buat musuh.

Akhir zaman, itu satu. Tapi selagi dunia belum kiamat, kita tak boleh tunggu aje. Ingat kiamat itu datang esok ke? Kita kene buat sesuatu sebelum semua yang kita makan /pakai/guna adalah 'agenda Yahudi'.

Kueh Raya 2

Pasti ramai yang pernah menikmati keenakkan kueh raya yang dibekalkan oleh Cik Nurussalwa pada tahun lepas. Pada 2012 terdapat pertambahan resepi baru yang mungkin akan memberi anda keenakkan berganda.





Untuk tempahan sila hubungi Cik Nurussalwa di talian 017-6302171 / 06-2346896 atau berjumpa terus di Pejabat Pentadbiran FKM. Tarikh akhir untuk tempahan adalah pada 28 Julai 2012.

RM1 akan disumbangkan kepada tabung kelab bagi setiap pembelian.


Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa 1433H


Alhamdulillah Bulan Ramadhan akan menjelma untuk kita merebut peluang bagi menambah amalan yang akan digandakan Allah S.W.T.

Dilampirkan Jadual Waktu Imsak dan berbuka puasa tahun 1433H yang dikeluarkan oleh Jakim. Namun tarikh permulaan puasa tertakluk kepada pengumuman Penyimpan Besar Raja-raja pada malam Khamis (19 Julai 2012).


Resepi Sempoi 2

Masih mengenai tempoyak...kali ini dikongsikan resepi Sambal Tempoyak, terasa "lecur" air liur tatkala menulis resepi ini terbayangkan masakan ini.


Bahan-bahan:
  1. 100g Ikan Bilis
  2. 15 Cili api (nak tambah pun ok)
  3. 3 Sudu besar tempoyak (kasi lebih pun tak pe)
  4. 1 Asam keping
  5. 1/2  Sudu teh serbuk kunyit (kasi nampak kuning)
  6. Petai (Aksesori)
  7. 1 biji Bawang besar (Aksesori)
Cara-cara :

  1. Basuh ikan bilis
  2. Cili dikisar/ditumbuk kemudian digaulkan dengan tempoyak.
  3. Bawang dihiris nipis
  4. Masukkan 2 cawan air, ikan bilis, cili kisar + tempoyak dan asam keping ke dalam kuali dan masak dengan api yang sedang.
  5. Setelah mendidih masukkan garam secukup rasa
  6. Apabila hampir pekat masukkan petai,hirisan bawang besar, taburkan serbuk kunyit dan masukkan sedikit gula (nak cover pedas)
  7. Masak hingga pekat dan sedia untuk dihidang

Ramadhan

Tinggal Beberapa hari lagi Ramadhan akan menjelma. petikan akhbar Utusan Online menyatakan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan ialah pada petang Khamis (19 Julai 2012). Majlis raja-raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. Pengisytiharan permulaan puasa akan disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam tersebut.

Sempena Bulan Ramadhan yang bakal menjelma ini bersama-samalah kita bermaafan dan ambillah kesempatan ini untuk beramal kerana pada bulan ini setiap kebaikan akan digandakan Allah S.W.T.

Solat Terawih (juga disebut Qiyamu Ramadan) adalah amalan yang sangat dituntut di Bulan Ramadhan bagi Lelaki mahupun perempuan yang beragama islam. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirehat. Solat terawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati.

Abu Hurairah berkata : "Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan solat terawikh sekalipun beliau tidak mewajibkannya." Rasulullah S.A.W bersabda " Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau."

Aisyah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W. mengerjakan solat terawih di masjid. kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutinya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakan lagi di masjid, sahabat-sahabat datang pun semakin ramai. Pada malam ke-3 sahabat-sahabat berkumpul di masjid menunggu kedatangan Rasulullah S.A.w. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka : "Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu." Dan peristiwa itu terjadi dalam bulan ramadhan.

Makan Free

Ribuan terima kasih diucapkan kepada En. Afza, En. Suhaimi dan penerima APC kerana sudi memberikan kami makan Free pada 11 dan 13 Julai yang lalu.

Menu Hari Jumaat

Nasi Beriyani, Buah-buahan tempatan dan minuman terutama Air Coconut Shake Klebang yang dijamu kepada kami cukup memuaskan hati dan sedap.

Apapun tujuan mereka, moga diberkati, dimurahkan rezeki dan mencapai kecemerlangan dalam kerjaya mahupun kehidupan di hari-hari mendatang.