Resepi Sempoi

Musim-musim durian ni sudah tentu banyak tempoyak yang dijual. Sebut pasal tempoyak, ia mengingatkan admin kepada masakan yang berunsurkan tempoyak. Antara masakan tempoyak yang paling famous ialah ikan patin masak tempoyak.

So admin akan berkongsikan masakan tempoyak yang sempoi (campak-campak je).

Bahan-bahan:
  1. Ikan Patin atau ikan keli (ikan apa-apa pun boleh)
  2. 10 tangkai cili api (kalu nak pedas boleh lebihkan cili)
  3. 3 sudu besar tempoyak (nak lebih pun boleh)
  4. Terung (Potong sesedap rasa)
  5. 1 Asam Keping
  6. 1 inci kunyit hidup (tak de pun tak pe)
Cara-cara:
  1. Basuh ikan sehingga bersih.*
  2. Cili api diblender bersama kunyit hidup.
  3. Gaulkan cili tadi dengan tempoyak.
  4. Masukkan 2 cawan air, ikan dan bahan tadi ke dalam periuk (masukkan sedikit serbuk kunyit untuk kasi kuning), dan masak atas dapur dengan api yang sedang-sedang saje.
  5. Bila sudah mendidih masukkan garam dan asam keping.
  6. last sekali masukkan terung, biarkan mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.

*Ikan patin dan ikan keli perlu menggunakan tepung dengan cara mengosokkan tepung pada ikan untuk buangkan "lendir" kemudian cuci sehingga bersih. Kemudian cuci sekali lagi dengan air asam jawa untuk buang hanyir. akhir sekali cuci ikan tersebut dengan air sehingga bersih.

Kegembiraan

Kegembiraan menyambut kelahiran anak adalah antara kemuncak kebahagiaan dalam hidup berumahtangga. Perasaan girang, syahdu dan tenang akan membelai hati  apabila mendapat berita kelahiran, apa lagi selepas memandang dan memeluk anak buat kali pertama.

Kegembiraan ini tentunya perlu disandarkan kepada syukur yang melimpah kepada Allah. Syukur atas nikmat dan rezeki anak di atas kurniaanNya. Syukur di atas keselamatan nyawa dan kesihatan anak dan ibunya.

Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan tahniah kepada :

Encik Mohd Faizal bin Zailani
- kelahiran cahaya mata ke-5
Tarikh : 26 Jun 2012 yang lalu.

Encik Mohd Afzanizam bin Mohd Rosli
Bayi : Lelaki
Tarikh : 15 Jun 2012

Keburukan Makan Hati

Dalam buku biologi, Buku Permakanan (kajian dan terbitan orang bukan islam) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan untuk menambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.

Sains juga menggalakkan makan hati haiwan kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia. Tetapi sebenarnya Nabi Muhammad S.A.W. tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Mana mesti kita pilih? Nak ikut orang bukan islam atau Nabi Junjungan kita Muhammad S.A.W.?

Sebenarnya makan hati ayam akam melembabkan otak kita kerana hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. Disebabkan percaya dengan ajaran barat maka bengaplah otak manusia.

Kebanyakkan ayam dipasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepatkan proses tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang merbahaya ini akan dikumpulkan dihati.

Antara kandungan racun dalam hati :
  1. Antibiotik Tylosin
  2. Penisilin
  3. Oxytetracycline
  4. Kanamcyin
Kandungan bahan kimia di dalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan tertogenik dan kesan Karsinogenik. Kesan teratogenik boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutam kepada janin (kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat). Manakala kesan Karsinogen boleh menyebabkan kanser. Ginjal merupakan organ penting dalam badan dan berfungsi untuk membuang sisa metabolisma dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.

Walaupun Nabi Muhammad berkata jangan tetapi para ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.

Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
  1. Hati
  2. Paru-paru
  3. Perut
  4. Hempedal
  5. Buah Pinggang
  6. Jantung
  7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
  8. Telur ikan
Saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu yang diajar oleh orang yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang yahudi beranggapan bahawa alangkah indahnya jika dunia ini dipenuhi oleh orang yahudi sahaja.

Mereka ingin membunuh umat lain secara senyap. Orang yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al-Qur'an dan hadis cuma meraka tidak beriman sahaja. Ilmu sains dari barat mengajar untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi, Amarika dan England tidak memakan hati.

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malah memakannya akan mengundang pelbagai mudarat lain yang Allah dan Rasulnya saja yang mengetahui dengan tepat.

sumber : cikgubadarudin.com

Jemputan Walimatul urus



" Ya Allah, Berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini, Noryani binti Muhammad (Pensyarah baru FKM) dan Mohd Fadzli bin Mohd Yassin. Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini"
Merisik sudah bertunang pun sudah, Nikah dilafaz sunnah diwarisi,
Termeterai sudah janji bermadah, Majlis pernikahan kini di rai

Sireh bertepuk pinang menari, Dua hati memaut janji,
Salam bersahut kata bersambut, Hasrat terpaut di izin Illahi,

Dengan rasa kesyukuran dan tawadhu' ke hadrat Allah S.W.T. , Noryani menjemput YBhg/Dato/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan ke majlis perkahwinan mereka pada:

(Noryani)

Tarikh : 1 Julai 2012

Masa : 11.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Dewan Cahaya TNB, Jalan DFataran Utama, Taman Kempas, Johor Bahru

dan

(Fadzli)

Tarikh : 8 Julai 2012

Masa : 11.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : No 12, Jalan Desa Rhu 11, Taman Desa Rhu 2, Sikamat, Negeri Sembilan



Semoga kehadiran dan doa restu jemputan sekalian akan menyerikan majlis mereka serta diberkati Allah S.W.T.

Tasbih Kifarah

Saya rasa sudah pasti ramai yang pernah mengalami situasi ini. Setiap kali habis sesuatu majlis pasti pengerusi akan menyebut seperti ini, “kita sudahi majlis ini dengan tasbih kifarah dan surah al-Asr. Tahukah anda apa itu Tasbih Kifarah? Berikut adalah pengertian antara kifarah dan kafarrah.
PENGERTIAN
Kifarah bererti balasan Allah s.w.t. ke atas hamba-Nya yang mukmin ketika hidup di dunia akibat daripada dosa-dosa yang dilakukan olehnya.

Kaffarah dari sudut bahasa (al-Kafru) yang bermaksud menutup. Dinamakan kafarah kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah s.w.t.

    * Dari sudut Istilah ia bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakkannya.

So, jangan salah maksud antara keduanya...

Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:

 Subhanakallah humma wabihamdika asyhadu anla ilaha illa antastaghfiruka wa atubu ilaikl


Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis.


Maka berkata seorang lelaki: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini”.

Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis

Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:

Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?

Baginda menjawab: “Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut”.

Hadis dikeluarkan oleh Imam Tirmizi dari Abi Hurairah dan beliau mengatakan hadis ini hasan sohih. Imam Abu Daawuud juga ada mengeluarkan hadis yang sama makna dengan hadis ini dari beberapa orang sahabat.

 

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan  beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Adapun amalan membaca Surah Al-Asr sebelum mengakhiri suatu majlis mungkin diambil dari amalan para sahabat Nabi SAW ini:

At-Thabrani telah menyebutkan daripada Ubaidillah bin Hafs berkata: “Dua orang sahabat Rasulullah SAW apabila mereka berjumpa, mereka tidak pernah berpisah melainkan salah seorang membaca Surah Al-Asr sehingga akhirnya, kemudian mereka saling memberi salam antara satu sama lain”

Permulaan Kehidupan


Kelahiran adalah merupakan pengakhiran kepada proses kehamilan dan juga merupakan permulaan kepada sesebuah kehidupan yang digelar anak. Anak adalah merupakan sesuatu yang amat bernilai bagi setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga. Ini kerana di samping menceriakan suasana, anak merupakan penyambung zuriat bagi sesebuah keluarga.
Dikesempatan ini KeSURI mengucapkan tahniah kepada Encik Hilmi, Puan Siti Norbaya,  dan Encik Rashdan di atas kelahiran baby mereka.

Encik Hilmi bin Amiruddin
Bayi : Lelaki
Tarikh : 3 Jun 2012

Puan Siti Norbaya binti Sahadan
Bayi : Lelaki
Tarikh : 14 Jun 2012

Encik Rashdan bin Seman
Bayi : Perempuan
Tarikh : 28 April 2012


"Semoga Allah memberkati engkau dengan kelahiran anak ini dan engkau pula mensyukuri Pemberinya, semoga dia dipelihara hingga dewasa dan engkau mendapat layanan yang baik daripada anak ini."

RAHSIA DI SEBALIK MANDI WAJIB

Lafaz niat

Keluar mani atau keluar haid dan nifas

نَوَيْتُ رَفَعَ الْحَدَثِ الْاَكْبَرِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْحَيْضِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.

Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ الْجَنَابَةِ لِلهِ تَعَالَى
Maksudnya : “Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.

Mandi disebabkan keluarnya darah nifas

نَوَيْتُ الغَسْلَ عَنِ النِفَاسِ لِلهِ تَعَالَى

Maksudnya : “Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.

Hikmah di Sebalik Mandi Wajib

Adalah banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @ suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa mandi junub.
Bakteria ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh. Allah Yang Maha Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas dan bersetubuh.
Ia adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri. Apabila bakteria tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkannya dari badan, ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.
Tayammun Pengganti Mandi Wajib
Kenapakah tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’( dua jenis penyucian diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang? Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan kontang seperti apabila dikenakan padanya debu. Ia akan mati setelah air badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan osmosis di luar badan menyebabkannya mati kerana air badan keluar dan kerana kekontangan fisiologi badan. – Oleh: Dr Jamnul Azhar Hj Mulkan
Mandi Wajib Mengikut Sunnah Rasullullah S.A.W.
Segala amal ibadah yang hendak dilakukan sebaik-baiknya perlu mengikut jejak langkah Rasulullah SAW.
Al-Bukhari dan Muslim daripada Aisyah r.ha. meriwayatkan sebuah hadis mengenai cara Rasulullah SAW mandi dengan katanya yang bermaksud:“Apabila Nabi SAW mandi janabah, Baginda mulakan dengan membasuh kedua-dua tangannya.”
(Hadis riwayat Muslim)
Menurut riwayat Muslim, “Kemudian Baginda mencurahkan air dengan tangan kanannya ke atas tangan kirinya, lalu membasuh kemaluannya.”
Munurut hadis di sisi al-Bukhari yang diriwayatkan daripada Maimunah r.ha. “Rasulullah SAW apabila mandi jenabah, Baginda mulakan dengan membasuh kedua-dua tangannya. Kemudian Baginda menuang dengan tangan kanannya daripada tangan kirinya, lalu Baginda membasuh kemaluannya. Kemudian Baginda berwuduk sebagaimana wuduk sembahyang. Kemudian Baginda memasukkan jari-jarinya ke dalam air lalu menyelati dengannya pangkal-pangkal rambutnya. Kemudian Baginda mencurahkan air di atas kepala sebanyak tiga cebok tangannya ke seluruh badannya. Kemudian Baginda mencuci kedua-dua kakinya.”
(Riwayat Muslim)
Wallahu’alam….
sumber : http://hasnulhadiahmad.com

Buku Laporan Prestasi

Pastinnya minggu ini adalah minggu yang agak sibuk bagi ibubapa terutama suami isteri yang mempunyai kerjaya, untuk membahagikan masa bagi program perjumpaan bersama guru bagi menandatangani Buku Laporan Prestasi anak-anak. Kesibukan harian tidak menghalang ibubapa dari menghadiri pertemuan bersama guru bagi mendapatkan  buku prestasi disamping berkongsi maklumat tentang pembelajaran anak.

Banyak perkara yang bermain difikiran mengenai prestasi dan kelakuan anak terutama di tahun satu. bak kata Najwa Latif "Banyak persoalan yang berada diminda...banyak tanda tanya dan juga kata kerja...otak kata jangan hati pula kata ya...hidup tak menentu adakah ini...Banyak soalan banyak juga jawapannya...kata hati dan rasa tak dibiar saja..setiap yang berlaku ada kebaikannya...harus pejam mata dan cuba apa saja..."

Sudah pasti ibubapa tidak runsingkan kakak atau abang kerana pastinya kita tahu prestasi mereka berdasarkan tahun-tahun sebelum ini. apa yang diinginkan adalah peningkatan dalam pembelajaran. Apapun kita pasti mahukan mempunyai anak yang cemerlang. 

Kepada ibubapa yang mempunyai anak di Sekolah Rendah Agama juga akan memanggil ibubapa bagi mengambil buku laporan. Ternyata ilmu agama juga ditekankan untuk mengimbangi ilmu dunia dan ilmu akhirat.

Terpulang kepada ibubapa untuk membahagikan masa atau membuat pembahagian yang adil dimana sekolah rendah bapa pergi dan sekolah agama ibu yang pergi. he he he

Tumbuh itu adalah ciri-ciri makhluk hidup, Berkembang adalah ciri-ciri seorang manusia, Berkembang itu pula dimulai dari belajar.

HABBATUSSAUDA BARAKAH SOFTGEL.


Arab               = Habbatus Sauda’, Habbatul Baraka, Kamun Aswad, Sinauj
Inggeris         = Nigella, love in a mist. Fennel Flower, Onion Seed, black seed
Melayu           = Jintan Hitam :D



Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda …… merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa apa-apa kesan sampingan. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

* Antiinflamasi - mengubati perih/radang tenggorokan.
* Antiarthritis - mengubati reumatik.
* Analgesik - mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
* Aktivitas hormon - mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
* Antiseptik - mengubati bau mulut.
* Antivirus - mengubati demam dan flu.
* Dermatologi - mengubati jerawat dan eksim.
* Urinary tract - mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
* Sistem kekebalan - meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
* Gastrointestinal tract - mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
* Sistem sirkulasi - meningkatkan kinerja jantung.
* Nematocidal - mengubati cacing pita.
* Respiratory tract - mengubati sesak nafas (asma).

Khasiat Habatus Sauda'


*      ANGINA (sakit pada hati/ jantung) - kesakitan yang perit dan menyucuk-nyucuk pada dada, selalunya disebabkan oleh ketidak cukupan bekalan oksigen yang dibekalkan pada otot jantung. 

*      MASALAH PEREDARAN DARAH – anemia, arteroskloerosis, tekanan darah tinggi,tekanan darah redah, masalah jantung, varikosvein dan strok. 

*      MASALAH PERNAFASAN - asma, pneumonia, bronchitis dan batuk berkahak 

*      MASALAH SAKIT PUAN - fibroid, menopause,gangguan peredaran darah haid, jangkitan kulat/ keputihan, masalah ketika hamil, ketidaksuburan dan alahan. 

*      MASALAH BUAH PINGGANG - batu karang, bengkak buah pinggang, jangkitan pundi kencing dan kegagalan fungsi buah pinggang. 

*      MASALAH SEKSUAL - kelemahan fungsi seksual, mati pucuk, dan kurang ransangan 

*      MASALAH KULIT- insomnia, gangguan selera makan, tekanan dan ketegangan. 

*      MASALAH TULANG / SENDI - gout, arthritis dan reumatima 

*      MASALAH PENGHADAMAN - sembelit,direa, ulser, ketidakhadaaman dan gastik 

*      MASALAH MENTAL - meningkatkan/ meransangkan prestasi mental, membekalkan nutrien dan sebatian bagi menyempurnakan perjalanan fungsi otak dan kecergasan minda. 

*      MASALAH UMUM - kencing manis, alergi, migraine, kelesuan, sinus atau resdung, buasir dll.

*      MASALAH PEROKOK - menghindarkan penyakit barah yang disebabkan oleh NIKOTIN yang mengganggu peredaran darah dan debaran jantung. 

*      BRONKITIS - radang paru-paru, bengkak pada tiub udara di kerongkong.

Habbatus Sauda - English


In English, Nigella sativa seed is variously called Black cumin, fennel flower, nutmeg flower, Roman coriander, blackseed, black caraway, or black onion seed. Other names used, sometimes misleadingly, are onion seed and black sesame, both of which are similar-looking but unrelated. The seeds are frequently referred to as black cumin (as in Bengali কালো জিরা kalo jira), but this is also used for a different spice, Bunium persicum. The scientific name is a derivative of Latin niger “black”.[1] An older English name gith is now used for the corncockle. In English-speaking countries with large immigrant populations, it is also variously known as kalonji (Hindi कलौंजी kalauṃjī or कलोंजी kaloṃjī), kezah Hebrew קצח), chernushka (Russian), çörek otu (Turkish), habbat albarakah (Arabic حبه البركة ḥabbatu l-barakah “seed of blessing”) or siyah daneh (Persian سیاه‌دانه siyâh dâne)or كلونجى in urdu.

A Commercial Pack of Kalonji


This potpourri of vernacular names for this plant reflects that its widespread use as a spice is relatively new in the English speaking world, and largely associated with immigrants from areas where it is well known. Increasing use is likely to result in one of the names winning out. Nigella sativa has a pungent bitter taste and a faint smell of strawberries. It is used primarily in candies and liquors. The variety of naan bread called Peshawari naan is as a rule topped with kalonji seeds. In herbal medicine, Nigella sativa has anti-hypertensive, carminative, and anthelminthic properties. They are eaten by elephants to aid digestion.
In Islam, it is regarded as one of the greatest forms of healing medicine available. Muhammad once stated that the black seed can heal every disease—except death—as recounted in the following hadith:
           Narrated Khalid bin Sa’d:We went out and Ghalib bin Abjar was accompanying us. He fell ill on the way and when we arrived at Medina he was still sick. Ibn Abi ‘Atiq came to visit him and said to us, “Treat him with black cumin. Take five or seven seeds and crush them (mix the powder with oil) and drop the resulting mixture into both nostrils, for ‘Aisha has narrated to me that she heard the Prophet saying, ‘This black cumin is healing for all diseases except As-Sam.’ ‘Aisha said, ‘What is As-Sam?’ He said, ‘Death.’ ” (Bukhari)

Maintain A Healthy Immune System 


For over 3000 years, Black Seed has been revered by people from cultures around the world for its amazing power to heal and strengthen the body.
Also known as the “Blessed Seed”, Black Seed has been recommended in religious scriptures and was well-known in Ancient Egyptian, Roman and Greek medicine. It is an important herb in Ayurvedic and Middle Eastern treatments. Traditional uses for Black Seed are numerous and range from digestive complaints and skin problems to asthma and infertility.
In the last few decades, Black Seed has been the focus of numerous scientific and medical studies. The results have far surpassed expectations. Black Seed oil is rich in essential fatty acids, minerals and vitamins. An array of over 100 active components act in a unique synergy to strengthen and enhance the body, primarily through the immune system but also through the digestive, circulatory, respiratory and hormonal systems as well.

Historical Uses


Cultivation of black seed has been traced back more than 3,000 years to the kingdom of the Assyrians and ancient Egyptians. A bottle of black cumin oil was found in the tomb of King Tutankhamun, perhaps to protect the ruler in the afterlife.
Black cumin was a vital ingredient in many Egyptian dishes. Physicians of the pharaohs used the seeds as a digestive aid after opulent feasts and as a remedy for colds, headaches, toothaches, infections, inflammatory disorders and allergies. Black seed oil has been a beauty secret of women since ancient times. Queen Nefertiti, praised for her exquisite complexion, was an avid user of black seed oil.
Pliny the Elder crushed black seeds, mixed them with vinegar and honey, and applied the paste to snake bites and scorpion stings.
Black cumin and its oil have been used to purge parasites and worms, detoxify, ameliorate amoebic dysentery, shigellosis, abscesses, old tumors, ulcers of the mouth and rhinitis. Recent research confirms these uses for humans, dogs, cats and horses.

Modern Research


More than 200 university studies conducted since 1959 attest to the effectiveness of traditional uses of black seed. The essential oil of N. sativa seeds is antimicrobial and successful in the ratification of intestinal worms. In vitro studies in Jordan and the

United States have shown its volatile oil to be anti-leukemic. Other studies suggest this same active ingredient may serve as an immune-system booster and is proven effective in treating asthma and whooping cough.

Black seed is a complex substance of more than 100 compounds, some of which have not yet been identified or studied. A combination of fatty acids, volatile
Jualan untuk tabungan KESURI
Harga sekotak RM12  (Harga di pasaran luar mencecah RM 15)
Setiap penjualan sekotak Habbatus Sauda,  RM1 akan dimasukkan ke dalam tabung KESURI.
Berminat sila hubungi – Pengerusi KESURI - Reduan (017-6739010) or email reduan.dan@utem.edu.my

Peristiwa Israk dan Mikraj dan Pengajaran yang Perlu Dihayati


Assalamualaikum

HARI semalam hari AHAD ... semua ORANG tau...

HARI semalam hari BAPA .... semua BAPA-BAPA & hampir semua ORANG tau

HARI semalam hari paling penting ... agak-agak ramai ke yg tahu? 17/6 bersamaan 27 rejab 1433H PERISTIWA ISRA' MIKRAJ .... Berikutan itu, satu artikel yang akan dikongsi bersama..

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah.

Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.

a)    Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.


b)    Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.

Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi SAW bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan "asra bi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi "asra bi rohi 'abdihi lailan" yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.

Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.

Setelah baginda S.A.W menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda S.A.W. Fitnah terhadap baginda S.A.W bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda S.A.W maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi S.A.W lalu beliau dengan tegas menyatakan :

"Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda S.A.W mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya". Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.

Selain itu, pernah juga diriwayatkan Rasulullah S.A.W berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.

Sahabat yang dimuliakan,

Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

01.Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,

02.Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,

03.Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan),

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :

a)    Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.


b)    Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).S


c)    Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
 

d)    Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
 

e)    Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
 

f)     Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.


g)    Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
 

h)   Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. 

i)     Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
 

j)      Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

k)    Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. 

l)     Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua. 

m)  Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah SWT : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj:

Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)



Sahabat yang dikasihi,

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam)

Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah. Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin.

Di petik dari- Artikel iluvislam.com