JUALAN KELAB KESURI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa Kelab Kesuri ada membuat sedikit jualan. Antara bahan jualan ialah:

1) Pelbagai jenis roti - RM1.00

2) Layer Cake - RM0.30

3) Biskut Wafer - RM0.40

4) Nescafe 3 in 1 - RM0.70

Kepelbagaian jualan akan ditambah dari semasa ke semasa dan mengikut permintaan. Lokasi jualan di unit kewangan fakulti. Marilah bersama-sama memberikan sokongan kepada kelab kesuri.

Sekian

KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN BULAN REJAB


Bersabda Rasulullah S.A.W. maksudnya "Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah bulanKu & Ramadhan adalah bulan umatku.” Rejab ertinya MULIA dimana berlaku nya Peristiwa ISRA’ & MIKRAJ. Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata mata kerana mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah S.A.W. maksudnya,                                                                        

      I.        Sesiapa yang berpuasa sehari maka akan mendapat keredaan Allah

    II.        Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah

   III.        Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka akan dijauhkan oleh Allah dari dugaan dunia, diselamatkan dari penyakit merbahaya,dibina benteng penghalang dari api neraka di akhirat kelak & dari fitnah dajjal

  IV.        Sesiapa yang berpuasa 4 hari maka akan dijauhkan oleh Allah dari bala bencana

   V.        Sesiapa yang berpuasa 5 hari maka akan dihindarkan oleh Allah dari seksaan kubur

  VI.        Sesiapa yang berpuasa 6 hari maka akan dikeluarkan oleh Allah dari kubur dengan muka bercahaya

 VII.        Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahanam

VIII.        Sesiapa yang bepuasa 8 hari maka akan dibukakan oleh Allah 8 pintu syurga baginya

  IX.        Sesiapa yang berpuasa 9 hari maka Allah tidak akan menolaknya dari masuk syurga

   X.        Sesiapa yang bepuasa 10 hari maka Allah akan memperkenankan semua permintaan, hajatnya & diberikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di Titian Siratal Mustaqim

  XI.        Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lalu disamping akan digantikan segala amal kejahatannya dengan amal kebaikan

 XII.        Sesiapa yang bepuasa lebih dari 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalnya dengan berlipat kali ganda lagi

XIII.        Orang yang berpuasa dalam bulan ini di syurga kelak akan diberi minum dari air sungai yang bernama Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan & lebih dingin dari salji

XIV.        Dalam bulan yang lain setiap amalan kebaikan akan membalas dengan 10 kebajikan tetapi dalam Rejab Allah akan membalas setiap amalan kebaikan dengan 70 kebajikan                   

Digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan doa, zikir, bertasbih, istighfar, selawat serta mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan ini seperti Isra’ dan Mikraj.

Melaksanakan Solat Sunat Rejab iaitu Solat sunat Awal Rejab ( 1 Rejab ) , Malam Pertengahan ( 15 Rejab ) dan Malam Akhir ( 30 Rejab ).

Solat – sunat lain seperti Taubat, Hajat, Tahajjud dan lain-lain. Semoga segala amalan yang dilakukan diterima dan mendapat keberkatan didunia dan diakhirat kelak. INSYAALLAH

ADAB MUSLIM KETIKA BERGURAU

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya ."Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta supaya orang lain tertawa. Celakalah!" (Hadis riwayat Abu Daud)


Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau menggelikan hati orang lain. Sinonimnya kelakar adalah jenaka, lawak dan gurau senda.


Membuatkan orang lain senang hati termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah SAW juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan sahabat Baginda.


Namun, Bergurau mempunyai adab yang digariskan oleh Islam seperti:
  • Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah.
  • Gurauan itu bukan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
  • Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
  • Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
  • Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
  • Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
  • Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati seorang muslim.
Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila ketawa hanya menampakkan barisan gigi hadapannya, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam erti kata sepatutnya iaitu ketika bergurau.

BOLA TAMPAR WANITA FKM



Syukur Alhamdulillah, pada SAJ 2012 kali ini pasukan bola tampar wanita FKM Berjaya meraih tempat ke- 3 pada kejohanan tersebut.  Berbekalkan latihan yang gigih sebelum tarikh kejohanan berlangsung, pasukan bola tampar wanita tampak bersemangat dan mempunyai keazaman yang tinggi untuk bermain mewakili FKM seterusnya berjuang  bagi  meraih pingat untuk fakulti. 


 Jutaan terima kasih diucapkan kepada En. Herdy Rusnandi yang sudi memberi tunjuk ajar sebelum dan semasa kejohanan berlangsung.  Juga ucapan terima kasih kepada staf-staf FKM yang telah memberikan kata-kata semangat serta titipan doa untuk pasukan bola tampar wanita untuk terus mara dalam SAJ 2012. 


Semoga kemenangan ini dapat dipertahankan dan semakin bertambah baik pada masa yang akan datang.  Sekian, terima kasih.



“Bersama merapatkan Ukhuwah melalui bersukan”

JEMPUTAN WALIMATUL URUS

Bismillahirrahmannirrahim


"Semaikanlah di atas kedua pengantin perasaan kasih sayang. Tunjukkanlah kepada keduanya jalan petunjuk dan taqwa. Lanjutkan umur keduanya di dalam kehidupan bahagia dan menggembirakan. Sentiasa dalam ketenangan dan lapang dada. Himpunkanlah di antara keduanya persefahaman dan kemesraan, dan jadikanlah hidup keduanya sentiasa merasa Qana‘ah (kecukupan) dan terpelihara dari segala godaan. Kurniakanlah Ya Allah! Kepada keduanya keturunan yang soleh dan solehah. Limpahkanlah Ya Allah! Keduanya nikmat yang berkat.  Luaskanlah kepada keduanya pintu rezeki. Peliharalah keduanya dan lindungilah Ya Allah dari fitnah-fitnah hidup. Jauhilah keduanya perangai buruk dan kurniakanlah keduanya peliharaan Mu dan keredha Mu Ya Allah"
Dengan penuh rasa kesyukuran kehadrat Ilahi, staf Makmal iaitu Encik Ismail bin Ibrahim menjemput Y.Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Engr./Tuan/Puan ke Majlis Perkahwinan anak beliau Mohd Firdaus bin Ismail dan pasangannya Suhana Bte Malik pada ketetapan berikut:


27 Mei 2012 (Ahad) bertepatan 6 Rejab 1433 Hijrah
bertempat di KM9, Jalan Sidang Hasan, Bukit Katil, 75450 Melaka.


Semoga kehadiran Y.Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Engr./Tuan/Puan  dan restu para hadirin sekalian akan menyerikan lagi majlis serta diberkati ALLAH S.W.T. jua hendaknya. InsyaAllah

KHASIAT DURIAN BELANDA



Assalamualaikum
Semalam ketika admin singgah di Hentian Tapah ternampak buah Durian Belanda, lantas mengambil tindakan untuk membeli sebiji kerana rasanya dah lama sangat tak makan buah tersebut.
Hari ini kita akan berkongsi 1 khasiat mengenai buah Durian belanda yang dipetik dari Kongsi Bersama Nora. Blogspot
Durian Belanda adalah buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semula jadi sel kanser yang ajaib yang lebih kuat daripada terapi kemoterapi.
Pohonnya rendah, buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah bewarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan terus atau dibuat jus.

Khasiat buah Durian Belanda ini memberikan kesan anti tumor/kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bekteria, anti fungus, berkesan melawan segala jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tingg, kemurungan, stress dan menormalkan sistem saraf yang kurang baik.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buah ini:
·         Menyerang sel kanser secara efektif dan semula jadi tanpa rasa mual, berat badan turun, rambut gugur seperti yang terjadi pada terapi kimoterapi.
·         Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan
·         Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan/penyembuhan.
·         Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat menejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amarika. Buah Durian Belanda ini telah diuji lebih dari 20 makma, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil uji kaji dari ekstrak buah ini adalah:
·         Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza di antaranya kanser Usus Besar, Kanser Payu dara, Kanser Prostst, Kanser Paru-paru dan Kanser pankreas.
·         Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan
·         Sel kanser jika dibandingkan dengan Adriamycin dan terapi Kemo yang biasa digunakan
·         Tidak seperti terapi kimo, ekstrak ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan tidak membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amarika melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh di hutan Amazon. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini. Kulit kayu, akar, daun isi dan bijinya selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan  sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai-bagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan.

Jus daun durian belanda, diamalkan ¼ suku gelas setiap 2 jam sehari selama 42 hari.
Bahan-bahan
·         Daun durian belanda – 36 helai
·         Air masak @ mineral
·         Kisar kesemua daun dan ditapis.
Rasa jus ini sangat kelat namun khasiatnya sungguh baik.

JEMPUTAN KE MAJLIS WALIMATUL URUS

Assalamualaikum wrt. wbt / salam sejahtera,

Y.Bhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof Madya/Dr./Engr./Tuan & Puan,

Dengan rasa penuh kesyukuran kepada Allah Yang Maha Esa, Encik Noorhasyuddin Bin Mohd Basri dengan segala hormatnya mempersilakan Y.Bhg Datuk/ Dato'/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan, ke Majlis Walimatul Urus adik - adiknya yang akan diadakan pada :

TARIKH : 27 MEI 2012 (AHAD)


TEMPAT : DEWAN AWAM SRI EMPANGAN MACHAP,
                  86200 SIMPANG RENGAM,
                  KLUANG JOHOR        

Bersama-sama dengan ini dilampirkan salinan kad jemputan dan pelan ke rumah beliau.



Semoga dengan kehadiran Y.Bhg Datuk/ Dato'/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan akan dapat menambahkan lagi keberkatan majlis yang akan berlangsung.

Terima kasih.



 

RENUNGILAH DAN BETULKAN NIAT...



"Ada orang datang ke tempat kerja dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena..
 
Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah... " -- Datuk Dr. Fadilah Kamsah
 
Jadi renungi lah :-
 
  1. Ada antara kita datang ke tempat kerja hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja.
  2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.
  3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY.
  4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.
  5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA
  7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT' 
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera, tapi manusia tetap manusia, sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik, adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?
 
Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan, kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.
 
Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat, kita draw kat akhirat nanti, tapi kalau kita asyik dengki mendengki, nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih...
 
Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...

Bola Tampar SAJ 2012



Hujung minggu ini, 19 Mei 2012 & 20 Mei 2012 akan berlangsung satu lagi kejohanan SAJ 2012 iaitu Acara Bola Tampar Lelaki dan Perempuan. Mampukan Pasukan Bola Tampar lelaki untuk menggalas sasaran untuk memenangi Emas? Sama-sama kita nantikan…
Sejarah pernah berlaku, di mana pada tahun 2010 di bawah pengurusan Encik Mohd Rizal bin Roosli Pasukan Bola Tampar Lelaki telah menjuarai kejohanan ini. Dengan berbekalkan keazaman dan semangat juang, kita Mampu lakukan! Apa yang paling penting adalah semangat kesukanan dan semangat berpasukan perlu ditanam dalam diri. Elakkan emosi, kerana setiap anggota pasukan akan berikan yang terbaik dan membuktikan bahawa mereka juga berhak ke atas setiap kutipan mata yang akan membuatkan pasukan Bola Tampar Lelaki FKM menjadi juara.
Bukan sahaja pasukan lelaki yang perlu diberi penekanan, pasukan wanita tidak kurang hebatnya. Dengan pengorbanan yang telah mereka berikan seharusnya kita perlu berbangga dengan pencapaian mereka. Adakah kita tahu, susah payah dan pahit maung yang perlu mereka hadapi? Mereka  terpaksa menahan atau membuangkan seketika sifat feminin yang ada dalam diri semata-mata mahu turut berjuang bagi menaikkan mana FKM dalam persada sukan UTeM.
FKM Boleh!
Chaiyok...Chaiyok...
"Bersama merapatkan ukhuwah melalui bersukan"

SUKAN ANTARA JABATAN 2012

Sukan Antara Jabatan 2012 akan berlangsung sekitar bulan Februari hingga Mei 2012. Sehubungan dengan itu, kepada seluruh warga FKM yang berminat mewakili fakulti, boleh berbuat demikian dengan memberi nama kepada pengurus pasukan yang dilantik (rujuk lampiran).


Pada temasya kali ini, terdapat dua acara sukan baru akan dipertandingkan iaitu Catur campuran dan Tarik tali .Sesi pemilihan dan saringan akan dijalankan oleh pengurus pasukan yang dilantik bagi mendapatkan skuad yang mantap dan terbaik.


Penyertaan staf-staf baru amat digalakkan untuk turut serta bagi memberikan cabaran baru pada skuad senior FKM dan cabaran getir buat pasukan lawan.


FKM optimis untuk membawa sekurang - kurangnya 2 kejuaran daripada 19 permainan yang dipertandingkan


Bagi memudahkan perancangan rakan sekalian, berikut saya maklumkan tarikh dan lokasi bagi setiap pertandingan :


Bola Sepak
Tarikh : 20 Feb - 23 April 2012
Lokasi : Stadium UTem / Padang A


Kejohanan Olahraga Tahunan
Tarikh : 25 Mac 2012
Lokasi : Stadium UTem


Tarik Tali Lelaki
Tarikh : 25 Mac 2012
Lokasi : Stadium UTem


Bola jaring
Tarikh : 31 Mac 2012
Lokasi : Dewan Sukan, UTeM


Dart Terbuka
Tarikh : 31 Mac 2012
Lokasi : Dewan Cubic, Kampus Industri

Tennis Campuran
Tarikh : 31 Mac - 1April 2012
Lokasi : Court Tennis UTem


Tenpin Bowling ( Lelaki & Wanita )
Tarikh : 1 April 2012
Lokasi : MIBC, Ayer Keroh


Badminton Campuran
Tarikh : 20 - 22 April 2012
Lokasi : Dewan Sukan


Futsal Lelaki
Tarikh : 21 April 2012
Lokasi : Sports Planet Cheng


Karom Campuran
Tarikh : 21 April 2012
Lokasi : Dewan Cubic, Kampus Industri


Boling Padang Campuran
Tarikh : 21 - 22 April 2012
Lokasi : Kompleks Hang Jebat


Catur Campuran
Tarikh : 5 Mei 2012
Lokasi : Dewan PPS


Bola Tampar ( Lelaki & Wanita )
Tarikh : 5 - 6 Mei 2012
Lokasi : Dewan KBS


Sepak Takraw Berpasukan
Tarikh : 5 - 6 Mei 2012
Lokasi : Dewan Sukan


Ping Pong Campuran
Tarikh : 5 Mei 2012
Lokasi : Dewan Sukan


Adalah diharap pada SAJ kali ini dapat memberikan kejayaan dan kebaikan kepada kita semua.


Wassalam


"Bersama merapatkan ukhuwah melalui bersukan"

JOHAN PING PONG KEJOHANAN SAJ 2012




<><> <> <><> <><><> <> <><> <>

Alhamdulillah,  Berkat usaha gigih dari pemain kita masih mengekalkan kejuaraan SAJ acara ping pong.  Kejohanan tersebut telah diadakan pada 15 & 16 Mei 2012 bertempat di Kompleks Sukan UTeM, Kampus Induk. 

Tahniah Juga kepada Pengurus yang juga merangkap jurulatih yang mempunyai semangat yang kental dalam melatih pemain bagi memantapkan kemahiran dan prestasi. Berikut disenaraikan senarai pemain Ping Pong bagi Kojohanan SAJ 2012. 

Pengurus

1.   Dr. Mohd Azman Abdullah



Pemain lelaki

1. Rashdan Seman

2. Ikhmal Hisyam Ibrahim

3. Johardi Abd. Jabar

4. Hairul Nizam Daud

5. Faizol Kamarul Zahari

6. Harbirafidi Ramly

7. Azhar Baharudin

8. Mohd Khairul Hassan ( simpanan)



Perempuan:

1. Mahanum Mohd Zamberi

2. Siti Nor Habibah Hassan

3. Suhaila Mohd Yusof

4. Dr. Nona Merry Merpati Mitan



Veteran

1. Ridzuan Ahmad

2.Herdi Rusnandi