Delima

Delima merupakan tanaman buah-buahan yang berasal dari Negara Iran. Buahnya bulat hampir sebesar limau, berkulit keras dan kemerahan. Isinya berbiji-biji seperti kristal.

Dalam sesetangah masyarakat, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Misalnya masyarakat di Timur Tengah percaya buah Delima menjadi simbul kesuburan bagi perkahwinan. Orang cina menyajikan buah delima sewaktu upacara perkahwinan kerana menganggap ianya lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar. Dalam Islam buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia untuk dinikmati dan sebagai penawar di atas dunia.

Firman Allah S.A.W. dalam surah Al-Rahman ayat ke 68 yang bermaksud:
 " Pada kedua-duanya terdapat buah-buahan, pokok kurma dan delima"

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:
 " Makanlah delima dengan kulitnya kerana sesungguhnya buah delima baik untuk penghadaman perut" (Diriwayatkan Ahmad, Baihaqi dan Ibnu Sunni)

Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud:
 " Tidaklah buah Delima yang ada pada kalian sekarang ini, melainkan sebahagian daripada buah delima dari syurga" (Diriwayatkan oleh Al-Dzahabi)

Ali Radhiyallahu anhu berkata:
 " Makan buah Delima menambah potensi sperma lelaki dan memperbagus anak yang dizahirkan"

Buah Delima juga digelar " Super Fruit" kerana mengandungi antioksida yang tinggi, ianya juga kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien separti riboflavin, naisin, vitamin c, kalsium dan fosforus.

Bukti Kehebatan Buah delima

Melalui kajian di Universiti of California, Los Angles

- Kajian menyatakan bahawa antioksida dalan jus delima menduduki tempat pertama dalam carta jus buah-buahan yang mengandungi antioksida.

Claudio Napoli, Profesor Perubatan dan Patologi Klinikal di Universiti Naples, Itali

- Dalam kajiannya, beliau telah menemui yang pholyphenol dan sebatian-sebatian asli laian yang terkandung dalam jus buah delima boleh melambatkan Atherogenesis (pengerasan Salur Jantung).

Dr. Emad Al-Dujaili, Pensyarah Kanan Biokimia Universiti Queen Margaret, Edinburgh

- Penggunaan jus delima asli mempunyai satu potensi dalam mengurangkan tekanan darah tinggi. Dalam satu kajian sukarelawan, menunjukkan penurunan dalam tekanan darah tinngi sebanyak 3-7Hg.

Pat Hagon, Uk & World News

- Kajian menunjukkan 5 daripada 10b lelaki yang mempunyai masalah ereksi berjaya diubati dengan meminum jus delima berbanding 1 daripada 10 lelaki yang mengambil pil Viagra atau Cialis.

Kajian di Universiti Wisconsin, AS

- Pakar-pakar sangat percaya yang jus delima boleh memanjangkan jangka hayat lelaki dan wanita berusia 60-75 tahun yang mengidap kanser tanpa memerlukan rawatan perubatan.

Hospital Sultan Abdul Halim

- Menyatakan bahawa buah Delima boleh menghalang pembentukan sel kanser, mencantikkan kulit, mencecah nyanyuk, memberi tenaga, elok untuk pesakit darah tinggi dan rendah, elok untuk sistem penghadaman, mengurangkan berat badan, mencegah alahan bagi ibu mengandung, memperelokkan rahim dll